83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

1 Mei 2019                           Analisis Sesi Tengah Hari

 

Dolar rate menjelang mesyuarat FOMC, Kiwi menjunam.

Indeks dolar telah melanjutkan kerugiannya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama pada hari Selasa walaupun data perumahan dan keyakinan pengguna adalah optimis. Menurut kepada Conference Board AS, indeks keyakinan pengguna memberi bacaan sebanyak 129.2, melebihi ramalan ekonomis sebanyak 126.0 serta menunjukkan keyakinan yang tinggi terhadap aktiviti ekonomi AS. Namun, data inflasi terkini telah mencetuskan ketidakpastian di dalam pasaran sementara menunggu kenyataan kadar faedah pada hari ini untuk mendapat pengesahan yang selanjutnya. Bank Pusat AS (Fed) dijangka untuk mengekalkan kadar pada paras yang sama namun para pelabur bimbang bahawa kadar inflasi yang makin merosot akan mendorong kepada pemotongan kadar faedah pada bulan Disember tahun ini. Secara keseluruhannya, para pelabur masih akan memberi tumpuan kepada data utama seperti data mengenai sektor pembuatan dan pekerjaan dari ADP untuk memantau penggerakan dolar sebelum memberi fokus kepada kenyataan Fed. Dalam berita lain, pembebasan data pekerjaan New Zealand bagi suku pertama pada pagi ini telah mengakibatkan kepada penurunan Kiwi. Menurut kepada Statistics New Zealand, data Employment Change telah memberi bacaan sebanyak -0.2%, jauh rendah daripada jangkaannya sebanyak 0.5%. Data tersebut telah mengisyarat pasaran pekerjaan yang lemah dan menyebabkan para pelabur untuk menjual mata wang tersebut. Indeks dolar telah menokok sebanyak 0.03% ke 97.17 sementara pasangan NZD/USD menjunam sebanyak 0.33% ke 0.6648.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menurun sebanyak 0.17% ke $63.33 setong berikutan dengan peningkatan dalam inventori minyak. Sentimen pasaran minyak kekal bercampuran di tengah-tengah ketegangan politik di Venezuela dan kebimbangan pemansuhan pemotongan bekalan oleh OPEC selepas bulan Jun. Laporan terkini telah menunjukkan pertikaian di antara Presiden Venezuela Nicolas Maduro dan pemimpin pembangkang Juan Guaido yang bakal mendorong kepada keganasan yang berskala besar dan menjejaskan pembekalan minyak. Selain itu, harga emas telah menjunam sebanyak 0.26% ke $1279.85 se troy auns susulan dengan peningkatan selera risiko terhadap pasaran pound dan euro yang lebih beruntung.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

Sehari                    Jerman                  Hari Pekerja

Sehari                    Hong Kong            Hari Pekerja

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

02:00 (2hb)           USD                                        FOMC Statement

02:30                     USD                                        FOMC Press Conference

04:15                     CAD                                        BoC Gov Poloz Speaks

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16:30 GBP – Manufacturing PMI (Apr) 55.1 53.2
20:15 USD – ADP Nonfarm Employment Change (Apr) 129K 181K
22:00 USD – ISM Manufacturing PMI (Apr) 55.3 55.0
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories 5.479M 1.485M
02:00 (2hb) USD – Fed Interest Rate Decision 2.50% 2.50%

 


 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan 97.05. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan melantun ke arah tahap rintangan di 97.55.

 

Tahap rintangan: 97.55, 98.00

Tahap sokongan: 97.05, 96.45

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.3015. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan di 1.3015 sebagai pembetulan teknikal jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.3105, 1.3190

Tahap sokongan: 1.3015, 1.2960

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 1.1215. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan di 1.1180.

 

Tahap rintangan: 1.1215, 1.1245

Tahap sokongan: 1.1180, 1.1115

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 111.45. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 111.80.

 

Tahap rintangan: 111.80, 112.10

Tahap sokongan: 111.45, 110.90

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan rata sementara menguji pada tahap rintangan di 0.7050. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7050, 0.7085

Tahap sokongan: 0.7005, 0.6950

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 0.6640. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6675, 0.6720

Tahap sokongan: 0.6640, 0.6585

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya di 1.3395. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang ketara mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.3345.

 

Tahap rintangan: 1.3395, 1.3430

Tahap sokongan: 1.3345, 1.3295

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rata berdekatan tahap rintangan di 1.0200. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.0200, 1.0230
Tahap sokongan: 1.0160, 1.0115

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 64.55. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 62.85.

 

Tahap rintangan: 64.55, 66.30

Tahap sokongan: 62.85, 61.85

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 1280.45. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan emas untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1287.00, 1296.40

Tahap sokongan: 1280.45, 1271.80