83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

1 Jun 2017                            Analisis Harian

 

Sterling kekurangan momentum, dolar menjunam.

                Dolar A.S. telah berlegar berhampiran dengan paras rendah enam bulan manakala pound sterling menyusut selepas tinjauan semasa menunjukan bahawa sokongan kepada Parti Konservatif yang diketuai oleh Perdana Menteri Theresa May telah susut sebelum pilihan raya pada minggu depan. Semalaman, dolar menurun sehingga mencapai paras rendah sesi selepas data jualan rumah menunjukan gambaran yang lebih pesimis terhadap pasaran perumahan mereka. Bacaan tersebut telah mencemaskan para pelabur yang sedang menunggu untuk kenaikan kadar faedah seawal-awalnya semasa mesyuarat FOMC yang akan datang pada 13hb Jun. Indeks dolar disebut niaga berdekatan dengan 96.90, tidak jauh dari paras rendah enam bulan di 96.65. Selain itu, pound sterling masih menerima tekanan selepas tinjauan dari YouGov melaporkan bahawa Parti Konservatif mendahului sokongannya dengan perbezaan hanya 3 peratus apabila dibandingkan dengan saingannya Parti Buruh. Laporan sebegini memberikan sentimen pesimis kepada peserta pasaran di mana beliau berkemungkinan untuk tidak mendapat sokongan majoriti semasa pilihan raya minggu depan. Pasangan GBP/USD menurun sebanyak 0.08% ke $1.2880.

 

Melihat ke dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.97% ke $48.79 selepas laporan industri A.S. menunjukan penurunan yang mendadak pada stok simpanan minyak. Menurut kepada American Petroleum Institute, inventori minyak mentah telah susut sebanyak 8.7 juta tong, lebih tinggi daripada jangkaan untuk menurun hanya 2.5 juta tong sahaja. Untuk pasaran emas, harga logam berharga tersebut susut sebanyak 0.36% ke $1,267.44 selepas dolar A.S. ditawarkan dengan lebih tinggi pada pagi ini.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
09:30 AUD – Private New Capital Expenditure (QoQ) (Q1) -2.1% 0.8% 0.3%
09:30 AUD – Retail Sales (MoM) (Apr) -0.1% 0.3% 1.0%
09:45 CNY – Caixin Manufacturing PMI (May) 50.3 50.1 49.6
15:55 EUR – German Manufacturing PMI (May) 59.4 59.4
16:30 GBP – Manufacturing PMI (May) 57.3 56.5
20:15 USD – ADP Nonfarm Employment Change (May) 177K 185K
20:30 USD – Initial Jobless Claims 234K 239K
22:00 USD – ISM Manufacturing PMI (May) 54.8 54.5
23:00 Crude Oil – Crude Oil Inventories -4.432M -2.517M

 

 

GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur berdekatan dengan garisan 20-moving average di 1.2920. Merujuk kepada petunjuk MACD yang masih berlegar di luar momentum menaik, GBPUSD dicadangkan untuk kekal berayun di dalam lingkungan 1.2920 dan 1.2795 pada jangka pendek. Arah aliran jangka panjang masih mencadangkan GBPUSD untuk meneruskan kenaikannya selepas ia memecahkan tahap rintangan 1.2920.

 

Tahap rintangan: 1.2920, 1.3045

Tahap sokongan: 1.2795, 1.2640

 

 

EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah memecah keluar dari paras atas saluran menurun dan ia memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menaik selanjutnya. Oleh kerana kedua-dua garisan MA masih melebarkan jarak dan menuju ke atas, pemecahan pada tahap rintangan 1.1255 akan mencadangkan EURUSD untuk melanjutkan kenaikannya.

 

Tahap rintangan: 1.1255, 1.1280

Tahap sokongan: 1.1225, 1.1200

 

 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia berundur dari paras atas saluran tersebut. Penutupan niaga di bawah garisan 60-moving average (hijau) baru-baru ini mencadangkan USDJPY untuk menurun selanjutnya selepas ia memecahkan tahap sokongan 110.85.

 

Tahap rintangan: 111.10, 111.40

Tahap sokongan: 110.85, 110.65

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 47.85. Isyarat menurun dari MACD histogram yang makin menyusut mencadangkan harga minyak mentah untuk melanjutkan kenaikannya selepas ia memecahkan tahap rintangan 48.85.

 

Tahap rintangan: 48.85, 50.05

Tahap sokongan: 47.85, 46.90

 

 

GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan 60-moving average (hijau). Penutupan niaga di atas garisan 20-moving average (merah) baru-baru ini mencadangkan harga emas untuk meningkat selanjutnya ke sasaran tahap rintangan di 1271.00. Pemecahan keluar dari paras atas akan memberi isyarat kepada pertukaran arah alirannya untuk meningkat selanjutnya selepas itu.

 

Tahap rintangan: 1271.00, 1278.20

Tahap sokongan: 1261.40, 1253.80, 1246.00