1 Julai 2019 Analisis Sesi Pagi
AS-China menyambung semula rundingan perdagangan.
Dolar AS telah didagang dengan lebih tinggi semasa sesi Asia susulan dengan penyusutan ketegangan perdagangan diantara AS dan China. Di dalam acara yang dinanti-nantikan diantara Presiden AS Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping, kedua-dua negara telah bersetuju untuk menyambung semula rundingan perdagangan selepas Washington mengumumkan untuk tidak mengenakan tarif yang selanjutnya ke atas barangan import China. Sebagai tindak balas, China telah bersetuju untuk membeli barangan sektor pertanian dari AS. Trump mengulas bahawa tarif semasa yang dikenakan ke atas China akan masih berkuatkuasa. Namun, kedua-dua negara telah bersetuju untuk tidak membawa ketegangan perdagangan ke tahap yang lebih tinggi. Trump juga telah melembutkan sentimen beliau terhadap Huawei sambil menegaskan bahawa ia “tidak membawa risiko kepada keselamatan negara”. Oleh itu, Huawei kini dibenarkan semula untuk membeli peralatan elektronik dari syarikat di AS. Bagi setakat ini, para pelabur akan terus memantau keadaan rundingan perdagangan bagi melihat tahap risiko di dalam pasaran. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.18% ke 96.45 semasa sesi dagangan Asia.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah melonjak sebanyak 2.09% ke $59.24 setong. Niaga hadapan minyak mentah menerima permintaan yang tinggi selepas Rusia dan Arab Saudi bersetuju untuk melanjutkan perjanjian pembekuan pembekalan minyak sehingga ke akhir tahun ini. Sementara itu, harga emas susut sebanyak 0.95% ke $1,396.15 se troy auns akibat daripada penyusutan risiko di dalam pasaran.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Sehari CAD Canada Day
Sehari HKD SAR Region Establishment Day
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
15:00 CNY PBOC Gov Yi Speaks
Tentatif CrudeOIL OPEC Meeting
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:55 | EUR – German Manufacturing PMI (Jun) | 45.4 | 45.4 | – |
| 15:55 | EUR – German Unemployment Change (Jun) | 60K | -3K | – |
| 16:30 | GBP – Manufacturing PMI (Jun) | 49.4 | 49.2 | – |
| 22:00 | USD – ISM Manufacturing PMI (Jun) | 52.1 | 51.0 | – |
| 22:00 | USD – ISM Manufacturing Employment (Jun) | 53.7 | 52.5 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan sasaran di 95.80. MACD yang membentuk isyarat bullish mencadangkan indeks ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 96.35.
Tahap rintangan: 96.35, 97.05
Tahap sokongan: 95.80, 95.50

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek di dalam saluran sisi.
Tahap rintangan: 1.2745, 1.2790
Tahap sokongan: 1.2670, 1.2630

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan sasaran di 1.1380. MACD yang membentuk isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah 1.1345.
Tahap rintangan: 1.1380, 1.1415
Tahap sokongan: 1.1345, 1.1275

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan 108.25. MACD yang membentuk isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 108.70.
Tahap rintangan: 108.70, 109.20
Tahap sokongan: 108.25, 107.70

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.7040. MACD yang membentuk isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.7040, 0.7110
Tahap sokongan: 0.7005, 0.6960

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan sasaran di 0.6710. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 0.6765.
Tahap rintangan: 0.6765, 0.6840
Tahap sokongan: 0.6710, 0.6655

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1.3050. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.3120, 1.3220
Tahap sokongan: 1.3050, 1.2970

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di paras atas segi tiga menyempit. Walaupun MACD telah memaparkan isyarat bullish, pemecahan dari paras atasnya adalah diperlukan untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut.
Tahap rintangan: 0.9810, 0.9835
Tahap sokongan: 0.9770, 0.9730

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 59.60. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk meningkat selepas pemecahan berlaku di 59.60.
Tahap rintangan: 59.60, 61.10
Tahap sokongan: 58.85, 57.25

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1390.00. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian selepas pemecahan berlaku di 1390.00.
Tahap rintangan: 1415.00, 1448.00
Tahap sokongan: 1390.00, 1374.10