83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

1 Julai 2022                          Analisis Sesi Pagi

Dolar AS merosot berikutan data ekonomi yang lemah.

Indeks Dolar yang didagang berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama merosot pada hari Khamis di tengah-tengah latar belakang data ekonomi yang lemah. Menurut kepada Bureau of Economic Analysis, Core PCE Price Index MoM AS untuk bulan Mei telah mencapai bacaan sebanyak 0.3%, melepasi jangkaan pasaran sebanyak 0.4%. Core PCE Price Index digunakan untuk menentukan perubahan dalam harga barang dan perkhidmatan yang dibeli oleh pengguna untuk tujuan penggunaan, yang tidak termasuk makanan dan tenaga. Bacaan yang lebih rendah daripada jangkaan menunjukkan bahawa inflasi mula perlahan, yang mengurangkan kemungkinan kenaikan kadar faedah daripada Rizab Persekutuan. Selain itu, walaupun Initial Jobless Claims AS telah menurun daripada bacaan sebelumnya 233K ke 231K, bacaan tersebut masih lebih tinggi daripada ramalan pasaran sebanyak 228K. Pasaran buruh yang rapuh akan menjejaskan kemajuan ekonomi di AS, yang mendorong para pelabur untuk mengalihkan modal mereka ke arah aset lain yang mempunyai prospek yang lebih baik. Semasa penulisan, Indeks Dolar menyusut sebanyak 0.33% ke 104.50.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.32% ke $106.10 setong selepas penurunan mendadak sepanjang sesi semalaman susulan dengan kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi yang perlahan telah mengurangkan permintaan pasaran. Sebaliknya, harga emas menurun sebanyak 0.06% ke $1806.25 se-troy auns semasa penulisan di tengah-tengah bank pusat utama melaksanakan kenaikan kadar faedah yang agresif untuk memerangi risiko inflasi.

 

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15:55 EUR – German Manufacturing PMI (Jun) 52.0 52.0
16:30 GBP – Manufacturing PMI (Jun) 53.4 53.4
17:00 EUR – CPI (YoY) (Jun) 8.1% 8.3%
22:00 USD – ISM Manufacturing PMI (Jun) 56.1 55.0

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya.

 

Tahap rintangan: 104.80, 105.90

Tahap sokongan: 103.65, 102.50

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.2190, 1.2270

Tahap sokongan: 1.2115, 1.2010

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.

 

Tahap rintangan: 1.0530, 1.0605

Tahap sokongan: 1.0450, 1.0385

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 136.65, 137.35

Tahap sokongan: 135.55, 134.25

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mangalami pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.6930, 0.7005

Tahap sokongan: 0.6850, 0.6770

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.

 

Tahap rintangan: 0.6295, 0.6350

Tahap sokongan: 0.6235, 0.6145

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.

 

Tahap rintangan: 1.2875, 1.2940

Tahap sokongan: 1.2800, 1.2730

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.

 

Tahap rintangan: 0.9595, 0.9675

Tahap sokongan: 0.9520, 0.9455

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 107.60, 111.35

Tahap sokongan: 103.30, 97.70

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1807.95, 1819.70

Tahap sokongan: 1798.50, 1785.90