83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

1 Ogos 2017                         Analisis Harian

 

Dolar layu sementara pesanan short meningkat.

                Dolar A.S. meneruskan kerugiannya sambil berlegar di paras rendah 14 bulan yang baru selepas pesimisme diantara para pelabur makin meningkat berikutan dengan data ekonomi yang bercampuran dari negara tersebut. Indeks dolar meningkat sebanyak 0.04% ke 92.72, tidak jauh dari paras rendah 14 bulan iaitu 92.55. Indeks pembelian pengurus Chicago, salah satu petunjuk yang dipantau rapi oleh Institute for Supply Management (ISM) telah susut sehingga 58.9 bagi bulan Julai, jauh lebih rendah dari paras tinggi tiga tahun iaitu 65.7 bagi bulan Jun. Di dalam laporan yang berasingan, National Associations of Realtors menunjukan bahawa jualan rumah telah meningkat sebanyak 1.5% bagi bulan Jun, melebihi ramalan sebanyak 0.7%. Walaubagaimanapun, dolar A.S. masih menerima pesanan short makin meningkat berikutan dengan beberapa siri data ekonomi lembap sebelum ini yang telah mengurangkan prospek para pelabur untuk satu lagi kenaikan kadar pada tahun ini. Berbanding dengan mata wang utama yang lain, EUR/USD susut dari paras tinggi 30 bulan sebanyak 0.13% ke $1.1826 manakala GBP/USD berlegar berhampiran paras tinggi 10 bulan iaitu $1.3205.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.06% ke $50.20 berikutan dengan tanda-tanda pengurangan pada kelebihan stok pasaran. Pada masa yang sama, harga emas meningkat sebanyak 0.13% ke $1,268.20 selepas dolar A.S. yang lebih lemah meningkatkan penampilan aset berharga tersebut sebagai pelaburan alternatif.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

All Day                   CHF                       Switzerland – National Holiday

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

12:30                     AUD                       RBA Rate Statement

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
09:45 CNY – Caixin Manufacturing PMI (Jul) 50.4 50.4 51.1
12:30 AUD – RBA Interest Rate Decision (Aug) 1.50% 1.50%
15:55 EUR – German Manufacturing PMI (Jul) 58.3 58.3
15:55 EUR – German Unemployment Change (Jul) 7K -5K
16:30 GBP – Manufacturing PMI (Jul) 54.3 54.4
22:00 USD – ISM Manufacturing PMI (Jul) 57.8 56.5

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah melantun dengan mendadak dari paras bawah saluran menaik menyempit dan kini sedang menguji di paras atasnya. Pemecahan keluar dari paras ini akan memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk meneruskan kenaikannya ke sasaran berikut di 1.3250.

 

Tahap rintangan: 1.3200, 1.3250, 1.3300

Tahap sokongan: 1.3150, 1.3100

 

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah melanjutkan kenaikannya selepas ia melantun dari garisan 20-MA (merah). Penunjuk MACD yang memaparkan isyarat menaik yang makin meningkat mencadangkan EURUSD untuk meneruskan kenaikannya selepas ia memecahkan tahap rintangan 1.1850.

 

Tahap rintangan: 1.1850, 1.1900

Tahap sokongan: 1.1775, 1.1700

 

 

USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY telah memecah keluar dari paras bawah segi tiga menaik dan ia memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menurun selanjutnya. Penutupan niaga di bawah tahap sokongan 110.10 akan mencadangkan USDJPY untuk menurun selanjutnya ke sasaran berikut di 109.40.

 

Tahap rintangan: 110.85, 111.85, 114.30

Tahap sokongan: 110.10, 109.40, 108.55

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan 20-MA (merah). Kedua-dua garisan MA yang masih melebarkan jarak dan menuju ke atas mencadangkan harga minyak mentah untuk meneruskan momentum menaiknya ke sasaran berikut di 50.85.

 

Tahap rintangan: 50.85, 51.70

Tahap sokongan: 50.00, 49.00

 

 

GOLD

GOLD_, H4: Harga minyak mentah didagang dengan aliran menaik dan kini masih menguji berhampiran tahap rintangan yang kukuh di 1270.00. Pemecahan dari paras ini akan mencadangkan bias menaik untuk harga emas melanjutkan kenaikannya ke sasaran 1276.40.

 

Tahap rintangan: 1270.00, 1276.40

Tahap sokongan: 1261.10, 1250.30