1 Oktober 2018 Analisis Sesi Pagi
CAD menokok selepas data GDP menjangkaui ramalan.
Dolar AS telah membuka niaga minggu ini dengan lebih rendah selepas pembebasan data ekonomi AS yang lemah pada Jumaat lepas. Indeks dolar yang mengukur kekukuhannya berbanding dengan enam mata wang utama telah menyusut sebanyak 0.03% ke 94.63. Dari segi ekonomi, data inflasi yang digemari oleh Bank Pusat AS (Fed) iaitu Core PCE Price Index telah tidak memaparkan sebarang pertumbuhan, tersasar daripada ramalan iaitu 0.1%. Sementara itu, University of Michigan telah melaporkan bahawa sentimen para pengguna mengalami penyusutan ke paras 100.1, tersasar daripada ramalan iaitu 100.5 bagi bulan September. Sebaliknya, pasangan USD/CAD telah melanjutkan kerugiannya sebanyak 0.46% ke paras $1.2851 semasa awal sesi dagangan Asia. Dolar Kanada menerima permintaan yang tinggi selepas Gross Domestic Product (GDP) untuk bulan July bertumbuh dengan kadar yang lebih tinggi sebanyak 0.2% berbanding ramalan iaitu 0.1%.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.11% ke $73.70 setong. Harga minyak menerima tekanan bearish selepas Presiden AS Donald Trump dilaporkan menghubungi Raja Salman dari Arab Saudi sambil berbincang mengenai langkah yang boleh diambil untuk memastikan kestabilan pasaran minyak global. Hubungan tersebut telah dilakukan sehari selepas Trump mengkritik OPEC mengenai harga minyak yang tinggi sambil menyeru untuk meningkatkan pembekalan mereka. Sementara itu, harga emas menurun sebanyak 0.11% ke $1,190.69 se troy auns selepas prospek yang tinggi terhadap kenaikan kadar di AS mengehadkan sebarang kenaikan pada komoditi ini.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Sehari HKD Hong Kong – National Day
Sehari CNY China – National Day
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
21:00 USD FOMC Member Bostic Speaks
00:15 USD FOMC Member Rosengren Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:55 | EUR – German Manufacturing PMI (Sep) | 53.7 | 53.7 | – |
| 16:30 | GBP – Manufacturing PMI (Sep) | 52.8 | 52.5 | – |
| 22:00 | USD – ISM Manufacturing Employment (Sep) | 58.5 | – | – |
| 22:00 | USD – ISM Manufacturing PMI (Sep) | 61.3 | 60.3 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dan menutup di atas 94.65. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan indeks ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 95.00.
Tahap rintangan: 95.00, 95.50
Tahap sokongan: 94.65, 94.00

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan garisan trend menaik. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan momentum bearish dan menuju ke arah 1.2985.
Tahap rintangan: 1.3055, 1.3100
Tahap sokongan: 1.2895, 1.2910

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1.1675. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 1.1550.
Tahap rintangan: 1.1605, 1.1675
Tahap sokongan: 1.1550, 1.1495

USDJPY, H1: USDJPY telah meneruskan keuntungannya selepas ia memecahkan tahap rintangan di 113.70. MACD yang telah membentuk corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan sasaran di 114.00.
Tahap rintangan: 114.00, 114.35
Tahap sokongan: 113.70, 113.40

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan trend menurun. MACD yang mula membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia menutup di bawah garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 0.7230, 0.7240
Tahap sokongan: 0.7200, 0.7175

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 60-MA (hijau). MACD yang mula untuk membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia menutup di bawah garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 0.6620, 0.6635
Tahap sokongan: 0.6600, 0.6575

USDCAD, H4: USDCAD telah menjunam secara mendadak selepas ia memecahkan tahap sokongan yang kukuh di 1.2900. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 1.2820.
Tahap rintangan: 1.2900, 1.2955
Tahap sokongan: 1.2820, 1.2750

USDCHF, H4: USDCHF telah melanjutkan keuntungannya selepas ia melantun berhampiran 0.9760. MACD histogram yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan sasaran di 0.9810.
Tahap rintangan: 0.9810, 0.9850
Tahap sokongan: 0.9760, 0.9710

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan trend menaik. MACD yang memaparkan pembentukan isyarat silang emas mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan sasaran di 73.55.
Tahap rintangan: 73.55, 75.00
Tahap sokongan: 71.35, 69.30

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan trend. MACD histogram yang mula untuk membentuk silang kematian mencadangkan harga komoditi ini untuk menurun selanjutnya pada jangka pendek dan menuju ke arah 1184.00.
Tahap rintangan: 1192.00, 1202.00
Tahap sokongan: 1184.00, 1177.00.
Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: Oktober 1 – 5
| Isnin, Oktober 1 |
Data JPY – Tankan Large Non-Manufacturers Index (Q3) EUR – German Manufacturing PMI (Sep) GBP – Manufacturing PMI (Sep) USD – ISM Manufacturing PMI (Sep)
Events N/A
|
| Selasa, Oktober 2 |
Data AUD – RBA Interest Rate Decision (Oct)
Events AUD – RBA Rate Statement
|
| Rabu, Oktober 3 |
Data GBP – Services PMI (Sep) USD – ADP Nonfarm Employment Change (Sep) USD – ISM Non-Manufacturing Employment (Sep) USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Sep) CrudeOIL – Crude Oil Inventories
Events USD – Fed Chair Powell Speaks
|
| Khamis, Oktober 4 |
Data USD – Initial Jobless Claims USD – Factory Orders (MoM) (Aug) CAD – Ivey PMI (Sep)
Events N/A
|
|
Jumaat, Oktober 5
|
Data AUD – Retail Sales (MoM) (Aug) USD – Average Hourly Earnings (MoM) (Sep) USD – Nonfarm Payrolls (Sep) USD – Unemployment Rate (Sep) CAD – Employment Change (Sep)
Events N/A
|