83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

1 Oktober 2019                  Analisis Sesi Pagi

 

Euro menjunam susulan data yang mengecewakan.

Euro telah melanjutkan kerugiannya ke paras yang terendah semenjak Mei 2017 berikutan dengan data ekonomi bearish yang telah dibebaskan pada semalam. Menurut kepada Federal Statistics Office German, CPI bagi bulan September memberi bacaan sebanyak 0.0%, tersasar daripada ramalan ekonomis untuk meningkat sebanyak 0.1%. Pada masa yang sama, kadar inflasi yang diselaraskan bagi seluruh zon EU susut ke paras 0.9% dan ia memberi isyarat kepada risiko kemelesetan yang bakal mendorong trend menurun bagi data tersebut kelak. Beberapa data yang negatif ini telah membuka ruang untuk mempunyai kelonggaran dasar yang berlebihan dari Bank Pusat Eropah selepas mereka mengumumkan untuk memotong kadar faedah ke paras yang lebih rendah pada bulan lepas. Namun, euro masih mampu untuk mengehadkan kerugiannya selepas data German Unemployment Change memberi bacaan sebanyak -10,000, lebih baik daripada ramalan untuk meningkat sebanyak 5,000. Sementara itu, dolar AS masih meneruskan kenaikannya susulan dengan perkembangan optimis mengenai perang perdagangan diantara AS dan China. Menurut kepada Bloomberg, Perbendaharaan AS telah menafikan spekulasi bahawa mereka akan mengehadkan pelaburan syarikat AS ke dalam syarikat China dan ini telah menurunkan ketegangan diantara kedua-dua negara. AS dan China dijangka untuk memulakan rundingan perdagangan di Washington pada minggu depan. Semasa penulisan, pasangan EUR/USD tidak berubah di paras 1.0898 sementara indeks dolar meningkat sebanyak 0.28% ke 98.98.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.11% ke $54.28 setong. Pada semalam, harga minyak menjunam secara mendadak selepas Arab Saudi mengesahkan bahawa pembekalannya tidak terjejas walaupun terdapat serangan di perkhidmatan minyaknya baru-baru ini. Sementara itu, harga emas susut sebanyak 0.02% ke $1,472.82 se troy auns berikutan dengan dolar AS yang lebih kukuh.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

Sehari                    HKD                      Hong Kong – National Day

Sehari                    CNY                      China – National Day

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

12:30                     AUD                       RBA Rate Statement

00:45 (2hb)            EUR                       ECB President Draghi Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
12:30 AUD – RBA Interest Rate Decision (Oct) 1.00% 0.75%
15:55 EUR – German Manufacturing PMI (Sep) 43.5 41.1
16:30 GBP – Manufacturing PMI (Sep) 47.4 47.0
17:00 EUR – CPI (YoY) (Sep) 1.0% 1.0%
20:30 CAD – GDP (MoM) (Jul) 0.2% 0.1%
22:00 USD – ISM Manufacturing PMI (Sep) 49.1 50.4
22:00 USD – ISM Manufacturing Employment (Sep) 47.4
04:30

(2nd)

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock 1.400M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di 99.00. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan indeks ini untuk meningkat selepas pemecahan berlaku di sasaran 99.00.

 

Tahap rintangan: 99.00, 99.20

Tahap sokongan: 98.65, 98.40

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di 1.2260. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap 1.2260.

 

Tahap rintangan: 1.2325, 1.2400

Tahap sokongan: 1.2260, 1.2170

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 20-MA (merah). MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya pada jangka pertengahan dan menuju ke arah 1.0870.

 

Tahap rintangan: 1.0930, 1.1010

Tahap sokongan: 1.0870, 1.0800

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 108.10. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan:108.10, 108.45

Tahap sokongan: 107.60, 107.05

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6745. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk menurun dengan lebih lanjut selepas pemecahan berlaku di tahap tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6800, 0.6830

Tahap sokongan: 0.6745, 0.6705

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6250. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6290, 0.6320

Tahap sokongan: 0.6250, 0.6220

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.3255, 1.3280

Tahap sokongan: 1.3220, 1.3190

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap di 0.9970. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat bagi jangka pertengahan dan menuju ke arah 1.0010.

 

Tahap rintangan: 1.0010, 1.0055

Tahap sokongan: 0.9970, 0.9925

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 54.45, 55.55

Tahap sokongan: 53.00, 51.60

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1483.50, 1494.50

Tahap sokongan: 1471.50, 1446.00