01 November 2017 Analisis Harian
Dolar A.S. masih bullish sementara menunggu isyarat yang lebih lanjut.
Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia meningkat sebanyak 0.07% ke 94.51 berbanding dengan sebakul mata wang utama yang lain. Pergerakan harganya telah dipacu susulan dengan pertumbuhan sektor pembuatan yang optimistik serta data keyakinan pengguna yang masih menyokong prestasi ekonomi Amerika Syarikat. Bagi bulan Oktober, keyakinan pengguna telah meningkat ke paras 125.9 iaitu paras tertinggi sejak 2008. Ia adalah lebih tinggi berbanding dengan sebelumnya dengan bacaan 119.8 dan menjangkaui ramalan untuk meningkat hanya 121.0. Selain itu, data Chicago PMI – salah satu sumbangan utama kepada ekonomi A.S. juga telah meningkat ke paras 66.2 berbanding dengan ramalan 61.0. Namun, keuntungan yang dicapai adalah masih terhad sementara para pelabur menunggu isyarat yang lebih lanjut dari mesyuarat Bank Pusat A.S. (Fed) pada malam ini dan keputusan calon Pengerusi Fed dari Presiden Donald Trump yang bakal diumumkan pada hari Jumaat ini. Bagi rantau yang lain, pasangan GBP/USD telah meningkat sebanyak 0.60% ke $1.3281 selepas para pelabur memberikan prospek yang lebih tinggi kepada Bank Pusat England untuk meningkatkan kadar faedah buat kali pertama di dalam sedekad pada hari Khamis nanti.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 27 cents ke paras $54.66 setong selepas sentimen bullish dipacu oleh OPEC dan Rusia mengehadkan pengeluaran sebanyak 1.8 juta tong sehari bagi menurunkan bekalan global. Sementara itu, harga emas susut sebanyak 0.20% ke $1,269.54 se troy auns selepas dolar A.S. mengukuh kembali berlatarbelakangkan pandangan ekonomi yang lebih kukuh.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
02:00 USD FOMC Statement
04:15 CAD BoC Gov Poloz Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 05:45 | NZD – Employment Change (QoQ) (Q3) | -0.2% | 0.8% | 2.2% |
| 09:45 | CNY – Caixin Manufacturing PMI (Oct) | 51.0 | 51.0 | 51.0 |
| 17:30 | GBP – Manufacturing PMI (Oct) | 55.9 | 56.0 | – |
| 20:15 | USD – ADP Nonfarm Employment Change (Oct) | 135K | 200K | – |
| 22:00 | USD – ISM Manufacturing Employment (Oct) | 60.3 | 60.2 | – |
| 22:00 | USD – ISM Manufacturing PMI (Oct) | 60.8 | 59.5 | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 0.856M | -2.578M | – |
| 02:00 | USD – Fed Interest Rate Decision | 1.25% | 1.25% | – |
GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1.3210. Pasangan tersebut kini sedang menguji di tahap rintangan 1.3275. Pemecahan dari tahap tersebut serta MACD histogram yang susur ke atas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya ke sasaran berikut di 1.3430.
Tahap rintangan: 1.3275, 1.3430
Tahap sokongan: 1.3210, 1.3065
EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan 1.1610. Kekurangan isyarat yang teliti dari bentuk lilin dan MACD histogram mencadangkan untuk menunggu berlakunya pemecahan bagi mendapatkan pengesahan pada arah aliran pasangan ini untuk jangka pendek selepas itu.
Tahap rintangan: 1.1685, 1.1720
Tahap sokongan: 1.1610, 1.1470
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah ditawarkan dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 113.45. Susunan lilin bullish dan garisan isyarat MACD yang membentuk corak silang emas mencadangkan pasangan tersebut untuk meneruskan kenaikannya ke sasaran berikut di 114.15.
Tahap rintangan: 114.15, 114.75
Tahap sokongan: 113.45, 113.10
CrudeOIL

Crude OIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 53.95. Ia kini sedang menguji di tahap rintangan 54.65. Pemecahan dari tahap tersebut akan mencadangkan harga minyak mentah untuk melanjutkan kenaikannya dan menuju ke sasaran berikut di 57.20.
Tahap rintangan: 54.65, 57.20
Tahap sokongan: 53.95, 53.40
GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah ditawarkan dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1280.00. Ia kini sedang menguji di tahap sokongan 1268.95. Pemecahan dari tahap tersebut akan mencadangkan lanjutan pada kerugiannya ke sasaran berikut di tahap sokongan 1262.20.
Tahap rintangan: 1280.00, 1291.00
Tahap sokongan: 1268.95, 1262.20