83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

1 November 2018                              Analisis Sesi Pagi

 

Dolar AS berlegar di paras tinggi 16 bulan.

Dolar AS berlegar di paras tinggi 16 bulan berbanding dengan mata wang utama yang lain pada hari Rabu berlatarkan data pekerjaan swasta yang optimistik. Indeks dolar meningkat sebanyak 0.02% ke 96.82 semasa sesi dagangan Asia. Bagi pasaran pekerjaan, ADP telah melaporkan bahawa jumlah pekerjaan yang dijana di dalam sektor swasta memberi bacaan sebanyak 227,000 bagi bulan Oktober, lebih tinggi daripada jangkaan ekonomis iaitu 189,000. Data yang bullish tersebut telah mengejutkan kebanyakan para pelabur oleh kerana para ekonomis meramalkan keputusan yang suram akibat daripada ribut Taufan Florence. Namun, keuntungan yang dialami oleh dolar adalah terhad selepas pound sterling melantun dari paras rendah sesi berikutan dengan harapan untuk mencapai perjanjian Brexit lebih awal daripada yang dijangkakan. Sentimen pasaran telah bertukar positif selepas surat daripada Menteri Brexit Dominic Raab mengulas bahawa UK dan EU berkemungkinan untuk mencapai konsensus mengenai syarat Brexit pada 21hb November. Namun, keuntungan yang dicapai oleh sterling adalah terhad selepas Raab mengakui bahawa mereka masih tidak mempunyai tarikh muktamad bagi memulakan rundingan tersebut. Semasa penulisan, pasangan GBP/USD menokok sebanyak 0.04% ke 1.2771.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak menjunam lebih daripada 11% pada semalam sambil mencatat kerugian yang terbesar di dalam tempoh dua tahun. Momentum tersebut telah tercetus oleh kerana pasaran tidak yakin dengan embargo minyak AS terhadap Iran dalam memberikan impak yang besar ke atas pembekalan minyak dunia. Di samping itu, China memberi isyarat untuk melaksanakan langkah rangsangan ekonomi selanjutnya selepas data ekonomi baru-baru ini menunjukkan bahawa dasar semasa tidak menghasilkan kesan yang diingini sebelum ini. Sentimen yang bearish ke atas pengimport minyak utama di dunia telah meletakkan tekanan tambahan ke atas komoditi tersebut. Semasa penulisan, harga minyak memangkas kerugiannya sebanyak 0.19% ke $64.92 setong. Sementara itu, hara emas meningkat sebanyak 0.21% ke $1,217.13 se troy auns berikutan dengan penghindaran risiko di dalam pasaran akibat daripada pandangan pesimistik ke atas ekonomi China.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                   Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                  Acara

20:00                     GBP                        BoE Inflation Report

20:30                     GBP                        BoE Gov Carney Speaks

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
17:30 GBP – Manufacturing PMI (Oct) 53.8 53.0
20:00 GBP – BoE MPC Vote Cut (Nov) 0 0
20:00 GBP – BoE MPC Vote Hike (Nov) 0 0
20:00 GBP – BoE MPC Vote Unchanged (Nov) 9 9
20:00 GBP – BoE Interest Rate Decision 0.75% 0.75%
20:30 USD – Initial Jobless Claims 215K 213K
20:30 USD – Unit Labour Costs (QoQ) (Q3) -1.0% 1.0%
22:00 USD – ISM Manufacturing Employment (Oct) 58.8 57.5
22:00 USD – ISM Manufacturing PMI (Oct) 59.8 59.0

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar kekal didagang di dalam saluran menaik sementara kini sedang menguji di paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat negative divergence mencadangkan indeks ini untuk meneruskan kerugiannya bagi jangka pendek dan menuju ke paras terendah saluran tersebut.

 

Tahap rintangan: 97.00, 97.40

Tahap sokongan: 96.60, 96.20

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan sasaran di 1.2805. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah 1.2895.

 

Tahap rintangan: 1.2895, 1.2955

Tahap sokongan: 1.2805, 1.2690

 

EURUSD, H1: EURUSD kekal didagang di dalam saluran menurun sementara kini sedang menguji di paras atasnya. MACD yang mula untuk membentuk corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di paras atasnya.

 

Tahap rintangan: 1.1330, 1.1385

Tahap sokongan: 1.1280, 1.1240

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 113.30. MACD yang mula untuk membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 112.60.

 

Tahap rintangan: 112.95, 113.30

Tahap sokongan: 112.60, 112.10

 

AUDUSD, H1: AUDUSD kekal didagang di dalam saluran menaik selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang mula untuk membentuk corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke tahap rintangan 0.7130.

 

Tahap rintangan: 0.7130, 0.7150

Tahap sokongan: 0.7100, 0.7080

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6520. MACD yang mula untuk membentuk corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan sasaran di 0.6540.

 

Tahap rintangan: 0.6540, 0.6575

Tahap sokongan: 0.6520, 0.6500

 

USDCAD, H1: USDCAD kekal didagang di dalam saluran menaik selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang mula untuk membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecahkan sasaran di 1.3155.

 

Tahap rintangan: 1.3210, 1.3255

Tahap sokongan: 1.3155, 1.3115

 

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari sasaran 1.0095. MACD yang mula untuk membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya bagi jangka pendek dan menuju ke arah 1.0055.

 

Tahap rintangan: 1.0095, 1.0140

Tahap sokongan: 1.0055, 1.0025

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 64.80. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk mengalami pembentukan teknikal dan didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 65.45, 66.10

Tahap sokongan: 64.80, 64.25

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini sedang menguji di garisan trend menurun. MACD yang telah membentuk corak silang emas mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan garisan trend menurun tersebut.

 

Tahap rintangan: 1220.25, 1229.05

Tahap sokongan: 1213.15, 1206.05