1 November 2019 Analisis Sesi Petang
Mata wang antipodean kekal kukuh susulan data yang baik.
Antipodean, yang merujuk kepada Dolar New Zealand dan Dolar Australia telah melonjak berikutan dengan data optimis yang telah diumumkan dari China. Berdasarkan dengan data ekonomi mengenai aktiviti sektor perkilangan China, ia menunjukkan bahawa aktiviti perkilangan dalam China pada bulan Oktober telah berkembang dengan kadar paling pantas sejak tahun 2017. Data PMI Pembuatan Caixin telah mencapai sebanyak 51.7, lebih tinggi daripada jangkaan ekonomi sebanyak 51.0. Ia menunjukkan bahawa pesanan eksport China telah meningkat serta aktiviti perkilangannya masih berkembang. Selain itu, data ekonomi yang memberangsangkan dari China dijangka meningkat disebabkan oleh penyusutan dalam perang perdagangan dengan Amerika Syarikat, di mana Amerika Syarikat telah mengecualikan 400 daripada produk import China dari tarif baru sementara China perlu membeli lebih banyak produk pertanian dari AS seperti yang dijanjikan. Semasa penulisan, NZD/USD telah meningkat sebanyak 0.33% kepada 0.6430 manakala AUD/USD menokok sebanyak 0.18% kepada 0.6905. Sebaliknya, pasangan USD/CAD telah meningkat sebanyak 0.01% kepada 1.3155 berikutan dengan data GDP Kanada menunjukkan peningkatan sebanyak 0.1%, lebih rendah daripada ramalan sebanyak 0.2%. Data pesimis ini menunjukkan tekanan inflasi Kanada telah bertukar lemah di mana ekonomi dijejaskan oleh ketidakpastian dalam konflik perdagangan antarabangsa serta risiko pertumbuhan global yang perlahan. Ini adalah selaras dengan nada dovish Bank Pusat Kanada (BoC) pada hari Rabu.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.57% kepada $54.40 setong susulan dengan data Manufacturing PMI dari China yang kukuh telah mendorong sentimen optimistik pasaran terhadap komoditi hitam ini. Namun, inventori minyak mentah baru-baru ini telah meningkat dan kebimbangan pasaran untuk mencapai kesepakatan antara China dan Amerika Syarikat terus mengimbangi minyak mentah. Selain itu, harga emas telah jatuh sebanyak 0.16% kepada $1510.00 se troy auns di tengah-tengah penurunan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 17.30 | GBP – Manufacturing PMI (Oct) | 48.3 | 48.1 | – |
| 20:30 | USD – Nonfarm Payrolls (Oct) | 136K | 85K | – |
| 20:30 | USD – Unemployment Rate (Oct) | 3.5% | 3.6% | – |
| 22:00 | USD – ISM Manufacturing PMI (Oct) | 47.8 | 48.9 | – |
| 01:00
(2hb) |
CrudeOIL -U.S. Baker Hughes Oil Rig Count | 696 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 96.85. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 97.70, 98.35
Tahap sokongan: 96.85, 96.05

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.3005. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan 1.2785.
Tahap rintangan: 1.3005, 1.3180
Tahap sokongan: 1.2785, 1.2685

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.1170. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 1.1075.
Tahap rintangan: 1.1170, 1.1225
Tahap sokongan: 1.1075, 1.1020

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 108.25. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan terkini di 108.25.
Tahap rintangan: 108.25, 108.85
Tahap sokongan: 107.55, 106.70

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.6870. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 0.6870.
Tahap rintangan: 0.6950, 0.7040
Tahap sokongan: 0.6880, 0.6805

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.6425. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 0.6350.
Tahap rintangan: 0.6425, 0.6500
Tahap sokongan: 0.6350, 0.6285

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.3185. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 1.3135.
Tahap rintangan: 1.3185, 1.3235
Tahap sokongan: 1.3135, 1.3065

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.9845. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 0.9915.
Tahap rintangan: 0.9915, 0.9980
Tahap sokongan: 0.9845, 0.9800

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 54.80. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap rintangan 54.80.
Tahap rintangan: 54.80, 56.95
Tahap sokongan: 52.10, 50.15

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1514.60. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 1481.30
Tahap rintangan: 1514.60, 1535.10
Tahap sokongan: 1481.30, 1455.85