02 Januari 2019 Analisis Sesi Pagi
Dolar menyusut di tegah-tengah ketidakpastian politik.
Indeks dolar telah menyusut dalam nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama sementara membuka pasaran dengan lebih rendah sebanyak 0.09% ke 95.65 selepas penutupan pasaran menjelang perayaan Tahun Baru akibat sentimen yang suram pada hujung minggu yang lalu. Pada hari pertama tahun 2019, Presiden AS Donald Trump dalam Twitternya telah mengkritik parti Demokrat yang gagal untuk meluluskan pembiayaan pembinaan dinding sempadan Mexico. Dalam tweetnya, beliau telah mengulas bahawa dinding tersebut adalah diperlukan bagi keselamatan sempadan dan kini sempadan yang bersifat terbuka hanya akan meningkatkan aktiviti jenayah dan dadah. Sebelum perayaan Tahun Baru, beliau pernah sekali mengancam untuk menangguhkan tempoh penutupan kerajaan sekira pembiayaan bagi pelan dindingnya tidak diluluskan. Hal ini telah mencetuskan kebimbangan pelabur terhadap isu politik di AS. Dalam berita lain, pasangan USD/JPY telah melanjutkan kerugiannya sebanyak 0.10% ke 109.0 selepas mencecah paras rendah enam bulan pada malam tahun baru. Kebimbangan penyusutan pertumbuhan ekonomi global dan ketidakpastian dalam hal politik dalam pasaran telah menyebabkan para pelabur untuk mencari perlindungan di pasaran Yen yang selamat. Dengan jangkaan kemerosotan pertumbuhan ekonomi bagi Zon Eropah dan juga AS untuk tahun ini telah menyebabkan pelabur untuk memasuki pasaran Jepun yang mempunyai dasar yang longgar dan kestabilan pertumbuhan ekonominya.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melantun sebanyak 1.69% ke $45.90 setong sementara menyambut Tahun Baru dengan kelihatan pasaran yang lebih baik akibat perlaksanaan pemotongan bekalan oleh OPEC. Harga minyak mentah telah mencatatkan kerugian tahunan pertama sejak tahun 2015 di tengah-tengah kelebihan bekalan yang berasal daripada negara AS. Untuk setakat ini, sentimen bagi pasaran minyak masih mendung sementara bull minyak berharap perlaksanaan pemotongan bekalan OPEC sebanyak 1.2 juta tong sehari akan mendorong kenaikan harga minyak mentah. Di samping itu, harga emas telah menyusut sebanyak 0.04% ke $1278.95 se troy auns sebagai pembetulan teknikal sementara bertahan pada paras $1280.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:55 | EUR – German Manufacturing PMI (Dec) | 51.5 | 51.5 | – |
| 17:30 | GBP – Manufacturing PMI (Dec) | 53.1 | 52.6 | – |
| 22:45 | USD – Manufacturing PMI (Dec) | 53.9 | 53.9 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 95.70. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk menutupkan lilin di atas tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 95.70, 96.00
Tahap sokongan: 95.25, 94.95

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.2740. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.2700.
Tahap rintangan: 1.2740, 1.2780
Tahap sokongan: 1.2700, 1.2660

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.1470. MACD yang menunjukkan permulaan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.1435.
Tahap rintangan: 1.1470, 1.1520
Tahap sokongan: 1.1435, 1.1395

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 109.30. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang ketara mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 109.75, 110.20
Tahap sokongan: 109.30, 108.75

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 0.7000. MACD yang menunjukkan permulaan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk menutup lilinnya di bawah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7035, 0.7070
Tahap sokongan: 0.7000, 0.6970

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.6700. MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.6650.
Tahap rintangan: 0.6700, 0.6745
Tahap sokongan: 0.6655, 0.6600

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.3645. MACD yang menunjukkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.3680.
Tahap rintangan: 1.3680, 1.3720
Tahap sokongan: 1.3645, 1.3610

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 0.9835. MACD yang menunjukkan permulaan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9835, 0.9875
Tahap sokongan: 0.9785, 0.9750

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 45.20. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke paras rendah saluran sisi selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 47.00, 48.50
Tahap sokongan: 45.20, 43.55

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 1283.00. MACD yang menunjukkan permulaan momentum bullish mencadangkan emas untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1283.00, 1288.10
Tahap sokongan: 1278.00, 1273.50