02 Januari 2019 Analisis Sesi Petang
Dolar memulih kekuatannya di tengah-tengah optimisme pertikaian perdagangan.
Indeks dolar telah memulih semula kekuatannya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama semasa pasaran didorong oleh optimisme perdagangan. Walaupun sentimen terhadap pasaran dolar berkekal suram akibat penutupan kerajaan AS dan penyusutan kenaikan kadar faedah oleh Fed, namun kini sentimen telah ditambah baik akibat komen Presiden Donald Trump mengenai kemajuan penyelesaian masalah ketegangan perdagangan antara AS dan China. Selain itu, media China juga menyatakan bahawa Presiden Xi JinPing berharap perunding kedua-dua negara dapat mencapai persetujuan yang saling menguntungkan. Indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.03% ke 95.70 semasa penulisan. Sebaliknya, pasangan AUD/USD telah menjunam sebanyak 0.50% ke 0.7015 semasa penulisan berikutan dengan pengumuman data Caixin PMI China. Merujuk kepada data tersebut, bacaan sebenarnya sebanyak 49.7 adalah lebih rendah daripada jangkaannya sebanyak 50.3. Data tersebut telah menunjukkan prospek ekonomi yang suram di China dan mendorong pedagang bearish untuk menjual dolar Australia dengan lebih mendadak kerana negara Australia merupakan salah satu rakan dagangan China yang terbesar dan penggerakan mata wang tersebut amat tertakluk kepada keadaan ekonomi China.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menurun sebanyak 0.38% ke $44.94 berikutan dengan lonjakan dalam pembekalan minyak di AS dan juga kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi. Kelebihan bekalan masih memberi tekanan kepada pasaran minyak semasa data Crude Oil Inventories tersasar dengan ramalan ekonomi dengan bacaan -0.046M berbanding dengan -2.869M. Selain itu, laporan mengenai aktiviti perkilangan di China juga menunjukkan tanda penguncupan buat kali pertama dalam tempoh 19 bulan dan hal ini berkemungkinan untuk menjejaskan permintaan terhadap komoditi tersebut. Sebaliknya, harga emas telah menaik sebanyak 0.30% ke $1283.82 semasa penulisan susulan dengan risiko geopolitik yang mendorong kepada permintaan terhadap aset selamat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:55 | EUR – German Manufacturing PMI (Dec) | 51.5 | 51.5 | – |
| 17:30 | GBP – Manufacturing PMI (Dec) | 53.1 | 52.6 | – |
| 22:45 | USD – Manufacturing PMI (Dec) | 53.9 | 53.9 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 95.80. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 95.40.
Tahap rintangan: 95.80, 96.35
Tahap sokongan: 95.40, 94.60

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.2770. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan di 1.2700.
Tahap rintangan: 1.2770, 1.2840
Tahap sokongan: 1.2700, 1.2610

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.1440. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1.1485.
Tahap rintangan: 1.1485, 1.1550
Tahap sokongan: 1.1440, 1.1395

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 109.75. MACD yang memaparkan momentum bearish yang ketara serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 109.20.
Tahap rintangan: 109.75, 110.30
Tahap sokongan: 109.20, 108.75

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.7030. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.6975.
Tahap rintangan: 0.7030, 0.7070
Tahap sokongan: 0.6975, 0.6910

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 0.6690. MACD yang menunjukkan permulaan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 0.6740.
Tahap rintangan: 0.6740, 0.6785
Tahap sokongan: 0.6690, 0.6610

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.3615. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish yang ketara mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.3560.
Tahap rintangan: 1.3615, 1.3650
Tahap sokongan: 1.3560, 1.3505

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 0.9860. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan di 0.9860.
Tahap rintangan: 0.9860, 0.9905
Tahap sokongan: 0.9805, 0.9750

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 46.20. MACD yang menunjukkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 44.45.
Tahap rintangan: 46.20, 48.44
Tahap sokongan: 44.45, 42.05

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1278.80. MACD yang menunjukkan isyarat bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1288.15.
Tahap rintangan: 1288.15, 1301.35
Tahap sokongan: 1278.80, 1265.15