02 April 2019 Analisis Sesi Pagi
Bull dolar beruntung walaupun dengan Retail Sales yang lemah.
Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah didagang dengan lebih tinggi sebanyak 0.07% ke 96.78 semasa penulisan walaupun dengan pembebasan data Retails Sales yang lemah pada hari Isnin. Menurut kepada Consus Bereau AS, aktiviti penjualan di AS telah menyusut ke paras -0.2%, tersasar dengan ramalan ekonomis sebanyak 0.4%. Namun, pasaran dolar berkekal bullish didorong oleh data pembuatan AS yang kukuh seperti yang dicatatkan oleh data ISM Manufacturing dengan lebih tinggi dengan bacaan sebanyak 55.3 berbanding dengan 54.5. Selain itu, perkembangan positif terkini dalam perbincangan perdagangan di antara AS dan China juga memberi sokongan kepada sentimen dolar. Sebaliknya, pasangan GBP/USD telah menjunam sebanyak 0.21% ke 1.3072 semasa penulisan selepas parlimen UK menolak draf Brexit yang dikemukakan oleh ahli parlimen. Menurut kepada laporan, Setiausaha UK Stephen Barclay telah menyatakan bahawa undian pada hari semalam gagal untuk menyelesaikan sebaran masalah mengenai isu Brexit. Kebuntuan Brexit kini telah meningkatkan kemungkinan UK untuk meninggalkan EU tanpa sebarang perjanjian pada 12hb April serta mencetuskan kebimbangan bagi para pelabur dan menyebabkan mereka untuk menjual mata wang pound. Para pelabur kini akan menumpukan perhatian mereka kepada sebarang perkembangan Brexit dan juga data ekonomi seperti Markit Construction PMI UK untuk memantau sentimen selanjutnya bagi pound sterling.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melanjutkan kenaikannya sebanyak 0.21% ke $61.82 setong semasa penulisan berikutan dengan sekatan Iran dan juga penutupan pelabuhan Venezuela. Menurut kepada laporan, seorang pegawai AS telah menyatakan bahawa Washington kini mempertimbangkan untuk melanjutkan sekatan terhadap Iran yang akan menjejaskan kawasan yang belum dikenakan. Eksport minyak di terminal Jose Venezuela telah dihentikan susulan dengan pemadaman yang panjang, mengurangkan dengan selanjutnya pembekalan minyak dan mendorong sentimen positif ke atas pasaran minyak. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.09% ke $1288.72 se troy auns semasa penulisan berikutan dengan kekukuhan dolar yang didorong oleh data pembuatan yang baik dan perkembangan dalam perbincangan perdagangan US-Sino.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16.30 | GBP – Construction PMI | 49.5 | 49.8 | – |
| 20.30 | USD – Durable Goods Order | -0.2% | 0.3% | – |
| 4.30 (3hb) | CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | 1.930M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 96.70. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 97.05.
Tahap rintangan: 97.05, 97.60
Tahap sokongan: 96.70, 96.20

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.3085. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.3000.
Tahap rintangan: 1.3085, 1.3180
Tahap sokongan: 1.3000, 1.2915

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.1215. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.1175.
Tahap rintangan: 1.1215, 1.1260
Tahap sokongan: 1.1175, 1.1125

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 111.45. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan di 110.95.
Tahap rintangan: 111.45, 112.00
Tahap sokongan: 110.95, 110.35

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.7115. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.7070.
Tahap rintangan: 0.7115, 0.7150
Tahap sokongan: 0.7070, 0.7025

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 0.6775. MACD yang menunjukkan permulaan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6820, 0.6865
Tahap sokongan: 0.6775, 0.6730

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.3350. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.3285.
Tahap rintangan: 1.3350, 1.3400
Tahap sokongan: 1.3285, 1.3245

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 0.9980. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.0010.
Tahap rintangan: 1.0010, 1.0040
Tahap sokongan: 0.9980, 0.9950

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 61.85. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang ketara mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk menutupkan lilinnya di atas tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 61.85, 62.50
Tahap sokongan: 61.15, 60.20

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1287.00. Oleh kerana kekurangan isyarat daripada MACD, lantunan yang lebih jelas atau pemecahan dari tahap sokongan adalah diperlukan untuk pengesahan yang selanjutnya sebelum memasuki ke dalam pasaran.
Tahap rintangan: 1294.50, 1299.50
Tahap sokongan: 1287.00, 1279.70