83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

2 April 2019                         Analisis Sesi Tengah Hari

 

RBA bakal memotong kadar faedah?

Dolar Australia telah didagang dengan lebih rendah semasa pertengahan sesi Asia susulan dengan pembebasan keputusan kadar faedah dari Bank Pusat Australia (RBA). Seperti yang dijangkakan, RBA telah mengekalkan kadar faedah di paras 1.50% untuk kali ke-29. Sementara bank pusat tersebut menegaskan beberapa risiko kemelesetan seperti perang perdagangan AS-China dan kelembapan ekonomi global, mereka masih kekal optimistik mengenai pasaran pekerjaan di Australia. RBA menyatakan bahawa pasaran buruh yang kukuh dalam kadar pengambilan pekerjaan telah mendorong kepada pertumbuhan gaji yang boleh menyokong kenaikan kadar inflasi bagi jangka panjang. Namun, mereka menegaskan untuk mengambil pendekatan neutral mengenai dasar kewangan dan hanya melaksanakan perubahan bagi memberi sokongan kepada pertumbuhan ekonomi dan mencapai sasaran inflasi. Isyarat tersebut telah meningkatkan prospek pemotongan kadar faedah memandangkan data dari Australia baru-baru ini memaparkan isyarat kemelesetan yang makin meningkat. Sementara itu, dolar AS melantun dari paras bawahnya semenjak semalam susulan dengan data bullish dari sektor pembuatan. Semasa penulisan, pasangan AUD/USD merosot sebanyak 0.40% ke 0.7082 sementara indeks dolar meningkat sebanyak 0.13% ke 96.87.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.03% ke $61.59 setong. Harga minyak melonjak ke paras tinggi tahunan pada hari Selasa selepas Washington mempertimbang untuk mengenakan sekatan tambahan ke atas Iran. Tambahan pula, hab eksport minyak mentah di Venezuela telah menghentikan operasinya. Sebaliknya, harga emas merosot sebanyak 0.05% ke $1,287.12 se troy auns susulan dengan lantunan dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16.30 GBP – Construction PMI 49.5 49.8
20.30 USD – Durable Goods Order -0.2% 0.3%
4.30 (3hb) CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock 1.930M

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 96.80. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan indeks ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 97.20.

 

Tahap rintangan: 97.20, 97.60

Tahap sokongan: 96.80, 96.40

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3065. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami kerugian selepas pemecahan berlaku di 1.3065.

 

Tahap rintangan: 1.3145, 1.3215

Tahap sokongan: 1.3065, 1.2965

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas pemecahan berlaku di tahap sokongan 1.1220. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish serta silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan aliran menurun dan menuju ke arah 1.1180.

 

Tahap rintangan: 1.1220, 1.1280

Tahap sokongan: 1.1180, 1.1120

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 111.40 baru-baru ini. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan aliran menurun dan menuju ke arah 110.85.

 

Tahap rintangan: 111.40, 112.00

Tahap sokongan: 110.85, 110.35

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 0.7120. MACD yang memaparkan momentum bearish serta silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan 0.7070.

 

Tahap rintangan: 0.7120, 0.7145

Tahap sokongan: 0.7070, 0.7005

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6775. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 0.6775.

 

Tahap rintangan: 0.6820, 0.6860

Tahap sokongan: 0.6775, 0.6730

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap sokongan 1.3345. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek dan menuju ke arah 1.3345.

 

Tahap rintangan: 1.3345, 1.3375

Tahap sokongan: 1.3290, 1.3220

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas pemecahan berlaku di tahap rintangan 0.9985. MACD yang memaparkan bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.0020.

 

Tahap rintangan: 1.0020, 1.0070

Tahap sokongan: 0.9985, 0.9965

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 61.25. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek dan menuju ke arah 61.25.

 

Tahap rintangan: 62.60, 64.10

Tahap sokongan: 61.25, 60.25

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1292.30. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish serta silang emas mencadangkan harganya untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke arah 1292.30.

 

Tahap rintangan: 1292.30, 1300.25

Tahap sokongan: 1283.70, 1277.05