83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

2 Mei 2017                           Analisis Harian

 

Pasaran kewangan membuka semula, dolar A.S. didagang tipis.

                Dolar A.S. diniagakan dengan tidak berubah semasa sesi Asia pada hari Selasa selepas pasaran membuka kembali berikutan dengan Hari Buruh pada semalam manakala para pelabur memberi fokus kepada minit mesyuarat Bank Pusat Australia pada tengah hari nanti. Indeks dolar disebut niaga di 98.88 berbanding dengan enam mata wang yang lain sewaktu penulisan laporan ini. Semalaman, dolar telah didagang dengan lebih tinggi meskipun data ekonomi mereka mengecewakan para peserta pasaran manakala kenyataan bullish dari Setiausaha Perbendaharaan A.S. Steven Mnuchin gagal untuk menyokong dolar untuk meningkat selanjutnya. Menurut kepad Mnuchin, ia berkemungkinan untuk mengambil masa sehingga dua tahun bagi ekonomi A.S. mencapai pertumbuhan 3% manakala menekankan bahawa pelan pembaharuan cukai dan kelonggaran kawal selia dari Trump bakal menjadi pemangkin utama untuk mendorong pertumbuhan ekonomi mereka. Sementara itu, pound sterling meningkat sebanyak 0.15% ke $1.2905 namun masih menerima tekanan oleh kerana pemimpin EU berkemungkinan untuk menyeru UK membayar liabiliti sebelum perjanjian perdagangan baru boleh dibincangkan.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.10% ke $48.79 manakala para pelabur kini memberi tumpuan mereka kepada data inventori minyak mentah A.S. yang bakal dilepaskan pada awal pagi esok. Selain itu, harga emas menokok sebanyak 0.29% ke $1,256.99 selepas para pelabur mengambil kesempatan untuk membelinya dari harga yang rendah selepas ia mengalami kerugian untuk beberapa sesi berturut-turut.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

12:30                       AUD                     RBA Rate Statement

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
09:45 CNY – Caixin Manufacturing PMI (Apr) 51.2 51.2
12:30 AUD – RBA Interest Rate Decision (May) 1.50% 1.50%
16:30 GBP – Manufacturing PMI (Apr) 54.2 54.0
04:30 Crude Oil – API Weekly Crude Oil Stock 0.897M

 

GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2890. Garisan isyarat dari MACD histogram yang mula untuk membentuk isyarat menaik mencadangkan GBPUSD untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.2915, 1.2965

Tahap sokongan: 1.2890, 1.2865

 

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD didagang di dalam lingkungan harga dan ia telah melantun dari tahap sokongan 1.0895 baru-baru ini. Ini mencadangkan EURUSD untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek ke sasaran tahap rintangan di 1.0950. Arah aliran jangka panjang hanya boleh dikenal pasti selepas ia memecah keluar dari salah satu sisi lingkungan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.0950, 1.1000

Tahap sokongan: 1.0895, 1.0850, 1.0800

 

 

USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah melanjutkan keuntungannya selepas pembentukan corak silang emas oleh kedua-dua garisan MA. Pemecahan pada tahap rintangan 112.20 akan mencadangkan USDJPY untuk melanjutkan momentum menaiknya.

 

Tahap rintangan: 112.20, 112.90

Tahap sokongan: 111.40, 110.60

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah didagang dengan lebih rendah selepas pembentukan corak silang kematian oleh kedua-dua garisan MA. Kedua-dua garisan tersebut yang masih melebarkan jarak dan menuju ke bawah mencadangkan harga minyak mentah untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan 48.65.

 

Tahap rintangan: 48.95, 49.20

Tahap sokongan: 48.65, 48.20

 

 

GOLD

GOLD_, H4: Harga emas didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup niaga di bawah tahap sokongan yang kukuh di 1260.85. Petunjuk MACD histogram yang masih memaparkan isyarat menurun mencadangkan harga emas untuk melanjutkan penurunannya ke sasaran tahap sokongan di 1251.45.

 

Tahap rintangan: 1260.85, 1267.40

Tahap sokongan: 1251.45, 1239.50