83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

02 Mei 2018                        Analisis Harian

 

Dolar mencecah paras tinggi 2018 menjelang mesyuarat FOMC.

Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia meningkat sebanyak 0.67% ke paras 92.22 semasa penulisan berikutan dengan kelemahan mata wang utama yang lain. Semalaman, para pelabur telah mengetepikan data ISM sektor pembuatan yang lebih suram selepas ia mengecut ke paras 57.3 berbanding ramalan iaitu 58.6 bagi bulan April. Momentum bullish telah dipacu berlatarbelakangkan sentimen optimistik dari pasaran ke atas reformasi sistem cukai yang boleh mendorong kepada penyusutan nilai peralatan dan jentera sambil meningkatkan aktiviti perkilangan bagi tahun ini. Selain itu, dolar AS telah mengukuhkan kedudukannya dengan lebih lanjut berikutan dengan penjualan yang mendadak bagi mata wang Pound Sterling. Aliran bearish tersebut telah tercetus selepas aktiviti sektor pembuatan di UK menjunam ke paras rendah 17 bulan sementara pasangan GBP/USD kini berlegar di paras $1.3615. Bagi hari ini, para peserta pasaran akan memberi tumpuan kepada keputusan mesyuarat FOMC yang bakal dilepaskan pada hari esok (Khamis), pukul 2 pagi (waktu Malaysia) untuk mendapatkan isyarat yang lebih lanjut mengenai arah tuju dasar kewangan mereka.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah memangkas keuntungannya sebanyak 0.30% ke $67.35 setong susulan dengan kemungkinan AS untuk mengenakan sekatan antarabangsa ke atas Iran, iaitu salah satu pengeksport minyak utama di seluruh dunia. Selain itu, harga emas telah menokok sebanyak 0.33% namun masih berlegar di paras rendah $1,307.40 se troy auns sementara para pelabur menunggu isyarat yang lebih lanjut dari mesyuarat FOMC.

 

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

02:00 (Thu)           USD                       FOMC Statement

 

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
06:45 NZD – Employment Change (QoQ) (Q1) 0.5% 0.4% 0.6%
06:45 NZD – Unemployment Rate (Q1) 4.5% 4.5% 4.4%
09:45 CNY – Caixin Manufacturing PMI (Apr) 51.0 50.9 51.1
15:55 EUR – German Manufacturing PMI (Apr) 58.1 58.1
16:30 GBP – Construction PMI (Apr) 47.0 50.9
17:00 EUR – GDP (QoQ) 2.7% 2.5%
20:15 USD – ADP Nonfarm Employment Change (Apr) 241K 194K
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories 2.170M
22:30 CrudeOIL – Gasoline Inventories 0.840M -0.625M
02:00 USD – Fed Interest Rate Decision 1.75% 1.75%

 

 

GBPUSD

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah tahap sokongan di 1.3610. Namun, MACD yang memaparkan silang keemasan memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk didagang dengan lebih tinggi sekiranya ia berjaya memecah paras terendah sebelum tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3610, 1.3790

Tahap sokongan: 1.3450, 1.3300


 

EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah tahap sokongan di 1.2050. MACD yang menunjukkan silang keemasan memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal secara jangka masa pendek bagi didagang dengan lebih tinggi sebelum meneruskan bias menurun.

 

Tahap rintangan: 1.2050, 1.2100

Tahap sokongan: 1.1940, 1.1870

 

 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah setelah ia berundur dari garisan trend menaik. MACD yang memaparkan silang kematian memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk didagang dengan lebih rendah ke tahap sokongan di 109.70.

 

Tahap rintangan: 110.20, 110.90

Tahap sokongan: 109.70, 109.40

 


CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari tahap sokongan di 67.00. MACD yang memaparkan silang keemasan memberi cadangan kepada harga komoditi tersebut untuk didagang dengan lebih tinggi ke tahap rintangan di 67.50.

 

Tahap rintangan: 67.50, 68.30

Tahap sokongan: 67.00, 66.10

 


 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah tahap sokongan di 1307.40 dan harga aset selamat tersebut kini sedang menguji paras terendah sebelum tersebut. MACD yang memaparkan silang keemasan memberi cadangan kepada harga komoditi tersebut untuk didagang dengan lebih tinggi sekiranya ia berjaya pemecahan telah berjaya.

 

Tahap rintangan: 1307.40, 1315.70

Tahap sokongan: 1297.70, 1288.20