2 Mei 2019 Analisis Sesi Pagi
Dolar melantun susulan Fed yang neutral.
Dolar AS telah melantun dari paras rendah apabila dibandingkan dengan mata wang yang lain selepas Bank Pusat AS (Fed) mengemukakan “kesabaran” mereka bagi aspek dasar kewangan. Indeks dolar memangkas kerugiannya sebanyak 0.14% ke 97.32 semasa penulisan. Seperti yang dijangkakan, Fed telah mengekalkan kadar di paras 2.50% sambil “menunggu dan memantau” keadaan sebelum melaksanakan perubahan ke atas dasar kewangan. Isyarat ini memaparkan bahawa Fed berkemungkinan besar untuk tidak memotong kadar faedah bagi tempoh masa yang terdekat. Selain itu, walaupun Fed menegaskan bahawa kadar inflasi telah mengalami penyusutan dari sasaran 2%, mereka masih memberikan pandangan yang optimis terhadap perbelanjaan domestik dan pelaburan bisnes. Namun, Fed mengulas bahawa sebarang perubahan akan bergantung kepada prestasi ekonomi dari segi pasaran pekerjaan, inflasi dan perkembangan global. Sementara itu, sebarang kenaikan pada dolar adalah terhad susulan dengan pembebasan data yang bercampuran sebelum keputusan kadar faedah dari Fed pada semalam. Walaupun ADP Nonfarm Employment Change melebihi ramalan dengan kadar 275,000, PMI sektor pembuatan dari ISM memaparkan pengecutan dari 55.3 ke 52.8 bagi bulan April.
Untuk pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.16% ke $63.45 setong. Komoditi ini telah dijual selepas Energy Information Administration melaporkan peningkatan pada stok minyak sebanyak 9.9 juta tong, lebih tinggi daripada ramalan iaitu 1.485 juta tong. Bacaan ini mencadangkan bahawa pembekalan dari AS masih meningkat sementara permintaan pasaran makin menyusut. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.07% ke $1,277.56 se troy auns susulan dengan penurunan jangkaan kenaikan kadar di AS dan ia telah meningkatkan penampilan aset yang tidak membawa pulangan faedah.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Sehari Jepun Cuti
Sehari China Hari Pekerja
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
17:00 EUR EU Economic Forecasts
19:00 GBP BoE Inflation Report
19:00 GBP BoE MPC Meeting Minutes
19:30 GBP BoE Gov Carney Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:55 | EUR – German Manufacturing PMI (Apr) | 44.5 | 44.5 | – |
| 16:30 | GBP – Construction PMI (Apr) | 49.7 | 50.4 | – |
| 19:00 | GBP – BoE Interest Rate Decision (May) | 0.75% | 0.75% | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 230K | 220K | – |
| 20:30 | USD – Unit Labor Costs (QoQ) (Q1) | 2.0% | 1.5% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 96.85. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan indeks ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia menutup niaga di atas garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 97.65, 98.60
Tahap sokongan: 96.85, 95.90

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dan kini sedang menguji di sasaran 1.3050. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia menutup di bawah 1.3050.
Tahap rintangan: 1.3120, 1.3200
Tahap sokongan: 1.3050, 1.3000

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di sasaran 1.1200. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 1.1200.
Tahap rintangan: 1.1250, 1.1300
Tahap sokongan: 1.1200, 1.1155

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras tengah saluran menurun. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat bagi jangka pendek dan menuju ke paras atasnya.
Tahap rintangan: 111.75, 112.00
Tahap sokongan: 111.35, 111.05

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup di bawah 0.7035. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah 0.6990.
Tahap rintangan: 0.7035, 0.7070
Tahap sokongan: 0.6990, 0.6935

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup di bawah 0.6630. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.6580.
Tahap rintangan: 0.6630, 0.6670
Tahap sokongan: 0.6580, 0.6540

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang di dalam segi tiga menyempit sementara kini menguji di paras atasnya. Walaupun MACD telah memaparkan isyarat bullish, pemecahan di paras atasnya adalah diperlukan untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut.
Tahap rintangan: 1.3485, 1.3530
Tahap sokongan: 1.3435, 1.3400

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.0135. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek selepas ia menutup niaga di atas garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 1.0205, 1.0320
Tahap sokongan: 1.0135, 1.0095

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam segi tiga menyempit. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek selepas penutupan niaganya di bawah garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 63.70, 64.65
Tahap sokongan: 63.15, 61.60

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1285.80. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup niaga di bawah 1275.30.
Tahap rintangan: 1285.80, 1295.65
Tahap sokongan: 1275.30, 1267.00