83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

2 Jun 2017                            Analisis Harian

 

Dollar-bull menunggu masanya, NFP dijangka positif.

                Dolar A.S. telah mengukuhkan kedudukannya di paras tinggi seminggu berbanding dengan Yen Jepun manakala dollar-bull kini menantikan laporan pekerjaan Nonfarm Payroll yang dinanti-nantikan. Indeks dolar susut sebanyak 0.01% ke 97.21 manakala pasangan USD/JPY meningkat sebanyak 0.22% ke 111.62. Semalaman, dolar A.S. telah menokok berbanding dengan mata wang utama yang lain berikutan dengan data pekerjaan sektor swasta di A.S. yang menunjukan prestasi yang mantap dan menjangkaui ramalan yang telah diberikan. Data ADP Nonfarm Employment Change memberikan bacaan 253,000 pekerjaan bagi bulan Mei, jauh melebihi ramalan Wall Street dengan hanya 185,000. Ia telah meningkatkan suasana sentimen untuk kenaikan kadar faedah di dalam bulan ini. Selain itu, dolar telah mendapat sokongan selanjutnya selepas aktiviti sektor pembuatan di A.S. meningkat ke 53.5 pada bulan lalu manakala ramalan yang diberikan adalah 52.8. “Jika laporan pekerjaan pada malam ini adalah kukuh, maka kita berkemungkinan untuk melihat dolar melanjutkan kemajuannya oleh kerana keputusan positifnya bakal mendorong spekulator untuk mengurangkan posisi pendek (short) pada mata wang tersebut dan bon Perbendaharaan A.S.

 

Melihat ke dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah merosot hampir 1% dan disebut niaga berdekatan dengan $48.10 selepas kebimbangan para pelabur makin meningkat terhadap kelebihan stok global yang masih tidak dikurangkan lagi walaupun stok simpanan A.S. telah susut. Begitu juga dengan aset emas, harga logam tersebut menurun sebanyak 0.31% ke $1,263.03 selepas dolar ditawarkan dengan lebih tinggi menjelang laporan pekerjaan A.S. pada malam ini.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16:30 GBP – Construction PMI (May) 53.1 52.7
20:30 USD – Nonfarm Payrolls (May) 211K 185K
20:30 USD – Unemployment Rate (May) 4.4% 4.4%
20:30 USD – Trade Balance (Apr) -43.70B -46.10B
20:30 CAD – Trade Balance (Apr) -0.14B -0.07B
01:00 Crude Oil – US Baker Hughes Oil Rig Count 722

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD kekal didagang di dalam segi tiga menyempit selepas ia berundur dari paras atas segi tiga tersebut. Penutupan niaga di bawah garisan 20-moving average (merah) akan mencadangkan GBPUSD untuk menurun selanjutnya dan menuju ke sasaran tahap sokongan di 1.2850.

 

Tahap rintangan: 1.2890, 1.2930

Tahap sokongan: 1.2850, 1.2815

 

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih nipis berdekatan dengan tahap rintangan 1.1220 selepas ia berundur dari paras tinggi. Walaubagaimanapun, oleh kerana petunjuk MACD mula berlegar di luar momentum menaik, EURUSD berkemungkinan untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Arah aliran jangka panjang mencadangkan EURUSD untuk menaik selanjutnya selepas ia memecahkan tahap 1.1220.

 

Tahap rintangan: 1.1220, 1.1265

Tahap sokongan: 1.1165, 1.1100

 

 

USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah memecah keluar dari garisan aliran menurun baru-baur ini, memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menaik selanjutnya. MACD histogram yang memaparkan garisan isyarat menaik masih melebarkan jaraknya, ia mencadangkan USDJPY untuk meningkat selanjutnya ke sasaran tahap rintangan di 111.80.

 

Tahap rintangan: 111.80, 112.30

Tahap sokongan: 111.20, 110.65

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 20-moving average (merah). Kedua-dua garisan MA yang masih melebarkan jarak dan menuju ke bawah mencadangkan harga minyak mentah untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan 47.85.

 

Tahap rintangan: 48.85, 50.05

Tahap sokongan: 47.85, 46.90

 

 

GOLD

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia berundur dari paras atas saluran tersebut. Penutupan niaga di bawah tahap sokongan 1261.40 akan mencadangkan harga emas untuk melanjutkan kerugiannya ke paras bawah saluran selepas itu.

 

Tahap rintangan: 1271.00, 1278.20

Tahap sokongan: 1261.40, 1253.80