2 Julai 2019 Analisis Sesi Pagi
Dolar melantun, dihadkan oleh pemotongan kadar.
Dolar AS telah melanjutkan kenaikannya pada semalam berlatarbelakangkan data ekonomi yang bullish dari rantau tersebut. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.71% ke 96.32 berbanding dengan enam mata wang utama yang lain. Menurut kepada Institute for Supply Management, Manufacturing PMI bagi bulan Jun meningkat ke paras 51.7 dan ia telah melebihi ramalan ekonomis iaitu 51.0. Data tersebut telah mengurangkan kekhuatiran para pelabur terhadap kemelesetan ekonomi di AS selepas data semasa baru-baru ini memaparkan penyusutan pada momentum ekonomi. Namun, keuntungan pada dolar AS adalah masih terhad sementara para pelabur memberi tumpuan kepada data ekonomi yang lebih lanjut dari AS seperti ADP Nonfarm Employment Change dan Nonfarm Payrolls. Kedua-dua data ini bakal membekalkan isyarat yang lebih lanjut mengenai pasaran pekerjaan AS dan ia bakal mengakibatkan pergerakan yang besar di dalam pasaran. Data tersebut juga akan mengesahkan kelemahan di dalam pengambilan pekerjaan yang dialami baru-baru ini. Buat setakat ini, Fed Rate Monitor Tool memaparkan kemungkinan setinggi 100% untuk berlakunya pemotongan kadar faedah pada bulan Julai. Sementara itu, pasangan EUR/USD menurun sebanyak 0.02% ke 1.1285. Euro menerima tekanan bearish selepas data dari Jerman seperti Manufacturing PMI dan Unemployment Change tersasar daripada ramalan ekonomis.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut sebanyak 0.44% ke $58.77 setong. Harga minyak mengalami tekanan menurun selepas OPEC mengumumkan untuk melanjutkan pelan pemotongan pembekalan sehingga ke Mac 2020. Isyarat tersebut telah dihargai sepenuhnya sebelum pengumumannya. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.22% ke $1,387.35 se troy auns sementara pemotongan kadar faedah yang bakal dilaksanakan di AS telah meningkatkan penampilan aset selamat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
12:30 AUD RBA Rate Statement
22:05 GBP BoE Gov Carney Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 12:30 | AUD – RBA Interest Rate Decision (Jul) | 1.25% | 1.00% | – |
| 16:30 | GBP – Construction PMI (Jun) | 48.6 | 49.3 | – |
| 04:30
(3hb) |
CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | -7.550M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 96.35. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan indeks ini untuk menaik selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 96.35.
Tahap rintangan: 96.35, 97.05
Tahap sokongan: 95.80, 95.50

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2630. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 1.2630.
Tahap rintangan: 1.2670, 1.2745
Tahap sokongan: 1.2630, 1.2575

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.1275. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas ia memecahkan sasaran di 1.1275.
Tahap rintangan: 1.1345, 1.1380
Tahap sokongan: 1.1275, 1.1210

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang secara rata berhampiran dengan tahap sokongan 108.25. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya bagi jangka pertengahan ke arah 108.70.
Tahap rintangan: 108.70, 109.20
Tahap sokongan: 108.25, 107.70

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6960. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 0.6960.
Tahap rintangan: 0.7005, 0.7040
Tahap sokongan: 0.6960, 0.6900

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6710. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 0.6655.
Tahap rintangan: 0.6710, 0.6765
Tahap sokongan: 0.6655, 0.6590

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3050. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.3220.
Tahap rintangan: 1.3220, 1.3325
Tahap sokongan: 1.3120, 1.3050

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selepas pemecahan berlaku di 0.9890.
Tahap rintangan: 0.9890, 0.9970
Tahap sokongan: 0.9835, 0.9805

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam saluran menaik. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek dan menuju ke paras bawah saluran tersebut.
Tahap rintangan: 58.85, 59.60
Tahap sokongan: 57.25, 55.70

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1390.00. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di garisan trend menaik.
Tahap rintangan: 1390.00, 1415.00
Tahap sokongan: 1374.10, 1340.00