83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

2 Ogos 2017                         Analisis Harian

 

Kiwi dikuasai pesimis, dolar A.S. cuba memulih kembali.

                Dolar New Zealand (kiwi) telah ditawarkan dengan lebih rendah semasa sesi dagangan Asia pada hari Rabu berikutan dengan pembebasan data pekerjaan yang telah mengecewakan para pelabur. Bagi suku kedua, data Employment Change telah menunjukan penurunan sebanyak 0.2% berbanding dengan ramalan untuk meningkat sebanyak 0.7%. Walaupun kadar pengangguran telah kekal stabil di 4.8%, kadar penyertaan susut dari 70.60% ke 70.00%. Pasangan NZD/USD menurun sebanyak 0.51% ke paras rendah seminggu yang baru di $0.7431. Sebaliknya, dolar A.S. menstabilkan posisi di 92.83 sementara para pelabur mencerna prestasi data ekonomi yang bercampuran dari malam semalam. Walaupun indeks harga PCE yang digemari Bank Pusat A.S. telah memberikan sedikit sokongan kepada momentum menaik, komponen perbelanjaan peribadi telah gagal untuk meningkat buat pertama kali di dalam tempoh tujuh bulan. Ini memberikan isyarat kepada pertumbuhan yang sederhana bagi perbelanjaan pengguna untuk suku ketiga. Selain itu, data ISM Manufacturing PMI telah memberikan tersasar daripada jangkaan dengan hanya 56.3 berbanding dengan 56.5.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah susut sebanyak 0.73% ke $48.80 selepas American Petroleum Institute melaporkan peningkatan pada inventori minyak sebanyak 1.8 juta tong. Selain itu, harga emas susut sebanyak 0.38% ke $1,267.82 selepas dolar A.S. memulih kembali pada awal sesi Asia.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
06:45 NZD – Employment Change (QoQ) (Q2) 1.2% 0.7% -0.2%
09:30 AUD – Building Approvals (MoM) (Jun) -5.6% 1.5% 10.9%
16:30 GBP – Construction PMI (Jun) 54.8 54.5
20:15 USD – ADP Nonfarm Employment Change (Jul) 158K 185K
22:30 Crude Oil – Crude Oil Inventories -7.208M -2.957M

 

GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 20-MA (merah) sambil menutup niaga di bawah tahap sokongan kukuh iaitu 1.3200. Penunjuk MACD histogram yang memaparkan isyarat menurun mencadangkan GBPUSD untuk melanjutkan kerugiannya ke sasaran tahap sokongan di 1.3170.

 

Tahap rintangan: 1.3200, 1.3240

Tahap sokongan: 1.3170, 1.3125

 

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.1850. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan EURUSD untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal ke sasaran 1.1775.

 

Tahap rintangan: 1.1850, 1.1900

Tahap sokongan: 1.1775, 1.1700

 

 

NZDUSD

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan yang kukuh iaitu 0.7465. Penutupan niaga di bawah garisan 60-MA (hijau) baru-baru ini mencadangkan NZDUSD untuk menurun selanjutnya ke sasaran tahap sokongan di 0.7400.

 

Tahap rintangan: 0.7465, 0.7520

Tahap sokongan: 0.7400, 0.7335

 

 

USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 110.00 dan kini sedang menguji di garisan 20-MA (merah). Penutupan niaga di atas garisan tersebut akan mencadangkan USDJPY untuk meneruskan kenaikan ke sasaran berikutnya di 111.00.

 

Tahap rintangan: 111.00, 111.65

Tahap sokongan: 110.00, 109.70

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah melanjutkan kerugiannya selepas ia berundur dari tahap rintangan 49.25. Penutupan niaga di bawah tahap sokongan 48.45 akan mencadangkan harganya untuk menurun selanjutnya selepas itu.

 

Tahap rintangan: 49.25, 50.40

Tahap sokongan: 48.45, 47.20

 

 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah melanjutkan aliran menurunnya selepas ia berundur dari garisan 20-MA (merah) dan kini sedang menguji di tahap sokongan kukuh iaitu 1265.60. Penutupan niaga di bawah tahap tersebut akan mencadangkan harganya untuk menurun selanjutnya ke sasaran 1261.30.

 

Tahap rintangan: 1270.00, 1273.95

Tahap sokongan: 1265.60, 1261.30