2 Ogos 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Australia bakal ditekan oleh tarif AS.
Dolar Australia telah meneruskan kerugiannya walaupun data ekonomi terkini memaparkan perbelanjaan pengguna yang lebih kukuh bagi rantau tersebut. Menurut kepada Australian Bureau of Statistics, Retail Sales bagi bulan Jun memberi bacaan sebanyak 0.4%, lebih tinggi daripada ramalan iaitu 0.3%. Namun, dolar Australia gagal untuk menerima sebarang sokongan bullish selepas Perdana Menteri AS Donald Trump mengumumkan untuk mengenakan tarif tambahan sebanyak 10% ke atas $300 bilion barangan China mulai 1hb September. Pengumuman tersebut telah mengurangkan keyakinan para pelabur terhadap China yang juga salah satu rakan dagangan utama bagi Australia. Risiko ekonomi dari pengumuman tarif tersebut telah meningkatkan kekhuatiran para pelabur sambil mendorong para pedagang untuk mengalihkan portfolio mereka dari aset berisiko ke dalam aset selamat seperti Yen Jepun dan emas. Untuk setakat ini, para pelabur akan memantau perkembangan mengenai rundingan perdagangan diantara AS dan China bagi mendapat isyarat yang lebih lanjut. Sementara itu, pound sterling telah meneruskan kerugiannya selepas spekulasi ke atas Brexit keras makin meningkat. Dengan tarikh akhir Brexit makin menjelang, kebanyakan para penganalisis berpendapat bahawa PM UK Boris Johnson tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk merunding semula perjanjian Brexit bersama EU. Ini telah meningkatkan risiko Brexit keras dengan ketara. Semasa penulisan, pasangan AUD/USD susut sebanyak 0.03% ke 0.6807 sementara GBP/USD susut sebanyak 0.32% ke 1.2094.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak memulih sebanyak 1.03% ke $54.95 setong. Harga minyak melantun dari paras rendahnya selepas ia menjunam dengan ketara pada semalam akibat daripada pengumuman tarif AS ke atas China. Tarif bakal menjejaskan aktiviti perdagangan diantara AS dan China dan ia bakal meningkatkan risiko kemelesetan ekonomi serta mengurangkan permintaan minyak bagi jangka panjang. Selain itu, harga emas susut sebanyak 0.91% ke $1,431.19 se troy auns selepas para pelabur menghentikan pesanan yang menguntungkan dari kenaikan harganya pada semalam.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16.30 | GBP – Construction PMI (Jul) | 43.1 | 46.0 | – |
| 20.30 | USD – Average Hourly Earnings (MoM) (Jul) | 0.2% | 0.2% | – |
| 20.30 | USD – Nonfarm Payrolls (Jul) | 224K | 164K | – |
| 20.30 | USD – Unemployment Rate (Jul) | 3.7% | 3.7% | – |
| 22.00 | USD – Michigan Consumer Sentiment (Jul) | 90.1 | 90.3 | – |
| 01:00 (3hb | CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count | 776 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 98.00. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan harganya untuk meningkat dan menuju ke arah 98.40.
Tahap rintangan: 98.40, 98.65
Tahap sokongan: 98.00, 97.50

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2100. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1.2100.
Tahap rintangan: 1.2155, 1.2220
Tahap sokongan: 1.2100, 1.1990

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di garisan 20-MA (merah). MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia ditutup di bawah garisan MA tersebut.
Tahap rintangan: 1.1085, 1.1115
Tahap sokongan: 1.1030, 1.0985

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 107.40. MACD yang memaparkan bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 106.75.
Tahap rintangan: 107.40, 107.75
Tahap sokongan: 106.75, 106.05

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 0.6825. MACD yang memaparkan bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 0.6765.
Tahap rintangan: 0.6825, 0.6865
Tahap sokongan: 0.6765, 0.6695

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6540. MACD yang memaparkan bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan sasaran di 0.6540.
Tahap rintangan: 0.6570, 0.6600
Tahap sokongan: 0.6540, 0.6490

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3220. MACD yang memaparkan bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan sasaran di 1.3220.
Tahap rintangan: 1.3220, 1.3275
Tahap sokongan: 1.3140, 1.3095

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan di 0.9890. MACD yang memaparkan bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 0.9890.
Tahap rintangan: 0.9945, 1.0005
Tahap sokongan: 0.9890, 0.9840

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 54.95. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian dan menuju ke arah 55.90.
Tahap rintangan: 55.90, 57.15
Tahap sokongan: 54.95, 53.10

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan sasaran di 1430.45. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian dan menuju ke arah 1424.05.
Tahap rintangan: 1431.45, 1445.60
Tahap sokongan: 1424.05, 1415.40