83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

02 September 2019                           Analisis Sesi Pagi

 

Dolar kekal teguh walaupun dengan data keyakinan yang lemah.

Indeks dolar kekal melanjutkan keuntungannya berbanding dengan sekumpulan enam pasangan mata wang utama walaupun dengan sentimen pengguna menunjukkan angka tersebut menurun. Menurut kepada University of Michigan yang membebaskan data tersebut, keyakinan pengguna telah menyusut ke tahap paling rendah sejak Oktober 2016 di mana bacaannya cuma mencapai sebanyak 89.8, lebih rendah daripada jangkaan pasaran dengan bacaan sebanyak 92.3. Namun, dolar masih kekal kukuh berbanding dengan mata wang lain kerana pasaran tetap yakin dengan harapan dalam perang perdagangan. Pada minggu lalu, A.S. dan China telah panggil satu sama lain dengan tenang mengenai runding perdagangan. Berita tersebut menandakan bahawa perjanjian perdagangan yang berpotensi masih boleh berlaku pada masa akan datang. Menurut kepada Kementerian Luar China, A.S dan China kini sedang mengekalkan komunikasi yang berkesan, justerunya ia meningkatkan harapan para pelabur dalam pengakhiran perang perdagangan untuk masa depan. Walau bagaimanapun, pasaran kekal memberi tumpuan kepada perkembangan dalam rundingan perdagangan untuk menentukan arah selanjutnya bagi dolar. Sebaliknya, USD/CAD telah jatuh berikutan dengan data baru-baru ini menunjukkan bahawa pertumbuhan Kanada telah melonjak. Menurut kepada Statistics Canada, ekonomi dalam Kanada telah berkembang sebanyak 0.2% pada bulan Jun, lebih baik daripada jangkaan ekonomis sebanyak 0.1%. Data tersebut telah tekanan penjualan untuk pasangan ini. Semasa penulisan, indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.30% ke 98.72 manakala USD/CAD telah jatuh sebanyak 0.03% kepada 1.3315.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menurun sebanyak 0.60% kepada $54.78 setong pada masa penulisan berikutan dengan peningkatan dalam pengeluaran OPEC. Menurut kepada tinjauan dari Reuters, pengeluaran minyak OPEC telah meningkat untuk kali pertama pada tahun 2019 dengan bacaan menunjukkan bahawa kartel tersebut telah menjana minyak sebanyak 29.61 juta, peningkatan sebanyak 80,000 pada bulan Julai. Seterusnya, harga emas telah melantun sebanyak 0.52% kepada $ 1528.45 se troy auns semasa penulisan susulan dengan ketidakpastian global seperti Brexit dan Timur Tengah kekal menyokong komoditi tersebut.

 

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

All Day                   CAD                      Labor Day

All Day                   USD                      Labor Day

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15.55 EUR – German Manufacturing PMI (Aug) 43.6 43.6
16.30 GBP – Manufacturing PMI (Aug) 48.4 48.0

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 98.65. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan dolar untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan 98.65.

 

Tahap rintangan: 99.10, 99.60

Tahap sokongan: 98.65, 98.20

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.2170. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2090.

 

Tahap rintangan: 1.2170, 1.2295

Tahap sokongan: 1.2090, 1.2015

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.0980. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 1.1030.

 

Tahap rintangan: 1.1030, 1.1105

Tahap sokongan: 1.0980, 1.0930

 

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang dalam saluran sisi berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 108.75. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 105.15.

 

Tahap rintangan: 106.75, 107.75

Tahap sokongan: 105.15, 103.60

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.6740. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6695.

 

Tahap rintangan: 0.6740, 0.6780

Tahap sokongan: 0.6695, 0.6650

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.6275. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 0.6345.

 

Tahap rintangan: 0.6345, 0.6400

Tahap sokongan: 0.6275, 0.6210

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.3335. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3335, 1.3415

Tahap sokongan: 1.3280, 1.3225

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.9905. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 1.2090.

 

Tahap rintangan: 0.9905, 0.9950

Tahap sokongan: 0.9865, 0.9820

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 54.50. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 55.45, 56.65

Tahap sokongan: 54.50, 53.60

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1519.00. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap rintangan 1548.10.

 

Tahap rintangan: 1548.10, 1588.40

Tahap sokongan: 1519.00, 1488.85