02 September 2019 Analisis Sesi Petang
Indeks dolar telah menyusut susulan tarif baru berkuatkuasa.
Indeks dolar telah menyerah kembali semula sedikit keuntungannya berbanding dengan sekumpulan enam pasangan utama susulan dengan tarif baru antara kedua-dua U.S. dan China telah berkuat kuasa dan menandakan langkah seterusnya dalam perang perdagangan yang berterusan. Tarif terbaru sebanyak 15% ke atas import China seperti kasut, jam tangan pintar dan televisyen panel rata yang bernilai $ 110 bilion secara rasmi telah berkuat kuasa manakala tarif dari China juga berkuat kuasa pada hujung minggu. Walaupun demikian, pasaran kekal berharap untuk kesepakatan dalam perdagangan antara dua kuasa ekonomi yang terbesar berikutan dengan Presiden A.S Donald Trump telah menyatakan kedua-dua pihak masih akan bertemu untuk ucapan yang akan datang bulan ini. Dengan pasaran A.S telah menutup untuk Hari Buruh, para pelabur kini menunggu berita lanjut untuk sentimen selanjutnya. Indeks dolar jatuh 0.10% ke 98.63 pada masa penulisan. Sementara itu, AUD / USD telah menokok sebanyak 0.06% ke 0.6730 semasa penulisan susulan dengan data China yang memberangsangkan. Menurut kepada Caixin, aktiviti pembuatan China telah berkembang ke paras tertinggi sejak Mac dengan bacaan sebanyak 50.4. Bacaan tersebut juga melampaui jangkaan pasaran sebanyak 49.8. Oleh kerana China adalah rakan perdagangan terbesar kepada Australia, data tersebut juga memberi kesan positif kepada mata wang tersebut.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah kekal tertekan dan menurun sebanyak 0.16% ke $ 55.11 setong pada masa penulisan di tengah-tengah tarif AS dan China. Dengan tarif baru telah berkuat kuasa, pelabur kini bimbang tentang ancaman terhadap permintaan global dalam minyak mentah, justerunya, menyeret harga lebih lanjut ke tahap rendah. Sebaliknya, harga emas melonjak sebanyak 0.36% kepada $ 1526.01 se troy auns berikutan dengan peningkatan sentimen untuk mengelak risiko.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
All Day CAD Labor Day
All Day USD Labor Day
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15.55 | EUR – German Manufacturing PMI (Aug) | 43.6 | 43.6 | – |
| 16.30 | GBP – Manufacturing PMI (Aug) | 48.4 | 48.0 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 98.65. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan dolar tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 98.65.
Tahap rintangan: 99.10, 99.60
Tahap sokongan: 98.65, 98.20

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.2170. Namun,MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap rintangan 1.2170.
Tahap rintangan: 1.2170, 1.2295
Tahap sokongan: 1.2090, 1.2015

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.0980. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 1.1030.
Tahap rintangan: 1.1030, 1.1105
Tahap sokongan: 1.0980, 1.0930

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang dalam saluran sisi berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 108.75. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 105.15.
Tahap rintangan: 106.75, 107.75
Tahap sokongan: 105.15, 103.60

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.6740. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6695.
Tahap rintangan: 0.6740, 0.6780
Tahap sokongan: 0.6695, 0.6650

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.6275. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 0.6345.
Tahap rintangan: 0.6345, 0.6400
Tahap sokongan: 0.6275, 0.6210

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.3335. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3335, 1.3415
Tahap sokongan: 1.3280, 1.3225

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.9905. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 1.2090.
Tahap rintangan: 0.9905, 0.9950
Tahap sokongan: 0.9865, 0.9820

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 54.50. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 55.45.
Tahap rintangan: 55.45, 56.65
Tahap sokongan: 54.50, 53.60

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1519.00. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap rintangan 1548.10.
Tahap rintangan: 1548.10, 1588.40
Tahap sokongan: 1519.00, 1488.85