2 Oktober 2019 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS susut selepas data ISM mengecewakan.
Dolar AS telah mengalami tekanan menurun pada semalam susulan dengan pembebasan data sektor pembuatan dari rantau tersebut. Menurut kepada Institute for Supply Management (ISM), data PMI bagi sektor pembuatan untuk bulan September mencatat pengecutan ke paras 47.8, tersasar daripada ramalan ekonomis iaitu 50.4. Bacaan bagi bulan September mencatat pengecutan untuk bulan kedua berturut-turut dan ia juga adalah paras yang paling terendah semenjak Jun 2009. Laporan tersebut telah meningkatkan kekhuatiran para pelabur terhadap risiko kemelesetan selepas perkembangan ekonomi global mengalami tekanan bearish susulan dengan perang perdagangan diantara AS dan China yang masih belum diselesaikan lagi. Untuk setakat ini, para pelabur akan meneruskan pemantauan mereka ke atas data ekonomi yang lebih lanjut dari AS untuk mendapat isyarat pasaran. Sementara itu, pound sterling telah melanjutkan kerugiannya sementara tarikh akhir Brexit makin menjelang. Baru-baru ini, laporan dari kerajaan UK telah tertiris dan ia memaparkan bahawa mereka ingin menubuhkan kawalan kastam diantara sempadan Ireland Utara dan Republik Ireland di mana EU dan Ireland pernah membantah sebelum ini. Semasa penulisan, indeks dolar susut sebanyak 0.2!% ke 98.75 sementara pasangan GBP/USD menurun sebanyak 0.10% ke 1.2289.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.11% ke $54.05 setong. Niaga hadapan minyak menerima sokongan bullish selepas API melaporkan penurunan pada inventori minyak minggu lepas sebanyak -5.920 juta tong. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.01% ke $1,478.72 se troy auns berikutan dengan dolar AS yang lebih lemah.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Sehari CNY China – National Day
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | GBP – Construction PMI (Sep) | 45.0 | 45.0 | – |
| 20:15 | USD – ADP Nonfarm Employment Change (Sep) | 195K | 140K | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 2.412M | 1.567M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di 98.65. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan indeks ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan 98.65.
Tahap rintangan: 99.00, 99.30
Tahap sokongan: 98.65, 98.30

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.2325, 1.2400
Tahap sokongan: 1.2260, 1.2170

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.0930. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek selepas pemecahan berlaku di 1.0930.
Tahap rintangan: 1.0930, 1.1010
Tahap sokongan: 1.0870, 1.0800

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 107.60. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 107.60.
Tahap rintangan: 108.10, 108.45
Tahap sokongan: 107.40, 107.05

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6705. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek selepas pemecahan berlaku di 0.6705.
Tahap rintangan: 0.6705, 0.6745
Tahap sokongan: 0.6670, 0.6600

NZDUSD, Weekly: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan 0.6300. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya bagi jangka pertengahan dan menuju ke arah 0.6035.
Tahap rintangan: 0.6300, 0.6435
Tahap sokongan: 0.6030, 0.5790

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3220. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 1.3220.
Tahap rintangan: 1.3255, 1.3280
Tahap sokongan: 1.3220, 1.3190

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9925. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia ditutup di bawah 0.9925.
Tahap rintangan: 0.9970, 1.0010
Tahap sokongan: 0.9925, 0.9865

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 54.45, 55.55
Tahap sokongan: 53.00, 51.60

GOLD_, Daily: Harga emas kekal didagang di dalam saluran menurun menyempit. Petunjuk Stochastic Oscillator yang memaparkan isyarat lantunan mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek selepas ia berjaya untuk melantun dari paras bawahnya.
Tahap rintangan: 1484.05, 1511.00
Tahap sokongan: 1460.00, 1442.85