83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

02 November 2017                           Analisis Harian

 

Dolar A.S. ditekan oleh reformasi cukai dan Powell.

Indeks dolar susut sebanyak 0.15% dari paras tinggi 3.5 bulan ke paras 94.68 berbanding dengan sebakul enam mata wang utama yang lain. Tekanan menjual pada mata wang tersebut telah dicetuskan susulan dengan penangguhan bil reformasi cukai sementara para pelabur memantau kemungkinan Jerome Powell untuk dilantik sebagai Pengerusi Bank Pusat A.S. (Fed) oleh Presiden Donald Trump. Selepas parti Republikan menangguhkan pengumuman bil reformasi cukai pada hari Rabu, ahli penggubal undang-undang telah mendedahkan bahawa reformasi cukai tersebut akan dijalankan selama 10 tahun yang berjumlah $6 trilion dolar namun tidak memberikan informasi yang lebih lanjut mengenai penampungan alternatif bagi diskaun cukai yang besar tersebut. Selain itu, kemungkinan pelantikan Gabenor Fed Jerome Powell sebagai pengerusi Fed yang seterusnya juga telah meletakan tekanan pada dolar oleh kerana beliau adalah lebih pesimis berbanding dengan calon yang lain. Di dalam acara yang berlainan, Fed telah mengekalkan kadar dengan tidak berubah sambil memacu prospek yang lebih tinggi terhadap kenaikan kadar pada bulan Disember dengan menyatakan pandangan yang positif terhadap perkembangan pasaran buruh dan ekonomi di A.S. Bagi rantau yang lain, pasangan AUD/USD meningkat sebanyak 0.46% ke 0.7712 susulan dengan data sektor perumahan dan perdagangan yang lebih positif. Imbangan dagangan Australia bagi bulan September telah mencatat surplus yang lebih tinggi sebanyak AUD 1,745 juta berbanding AUD 1,200 juta sementara building approvals melonjak ke paras 1.5% berbanding dengan ramalan untuk susut sebanyak 1.0%.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah kekal stabil di $54.25 selepas ia susut sebanyak 5 cents berikutan peningkatan pengeluaran di A.S. walaupun stok minyak mentah di dalam aliran menurun. Sementara itu, harga emas melonjak sebanyak 0.47% ke $1,280.14 susulan dengan pengunduran dolar A.S. akibat daripada penangguhan bil reformasi cukai dan pengumuman pengerusi Fed yang seterusnya.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

20:00                     GBP                        BoE Inflation Report

20:00                     GBP                        BoE MPC Meeting Minutes

20:30                     GBP                        BoE Gov Carney Speaks

20:30                     USD                        FOMC Member Powell Speaks

00:20                     USD                        FOMC Member Dudley Speaks

06:15                     USD                        FOMC Member Bostic Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
08:30 AUD – Building Approvals (MoM) (Sep) 0.1% -1.0% 1.5%
08:30 AUD – Trade Balance 0.873B 1.200B 1.745B
16:55 EUR – German Manufacturing PMI (Oct) 60.5 60.5
16:55 EUR – German Unemployment Change (Oct) -23K -11K
17:30 GBP – Construction PMI (Oct) 48.1 48.0
20:00 GBP – BoE Interest Rate Decision (Oct) 0.25% 0.50%
20:30 USD – Initial Jobless Claims 233K 235K
20:30 USD – Unit Labor Costs (QoQ) (Q3) 0.2% 0.4%

 

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah ditawarkan dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3250. MACD histogram yang susur ke atas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke tahap rintangan 1.3280.

 

Tahap rintangan: 1.3280, 1.3320

Tahap sokongan: 1.3250, 1.3215

 

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1605. Pembentukan isyarat hidden positive divergence dari garisan isyarat MACD mencadangkan pasangan tersebut untuk menaik selanjutnya ke sasaran di 1.1705.

 

Tahap rintangan: 1.1705, 1.1860

Tahap sokongan: 1.1605, 1.1475

 

 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia gagal untuk memecahkan tahap rintangan 114.15. Pembentukan lilin bearish engulfing dan garisan isyarat MACD yang susur ke bawah mencadangkan USDJPY untuk mengalami pembetulan teknikal pada jangka pendek ke sasaran di garisan 200-MA.

 

Tahap rintangan: 114.15, 114.75

Tahap sokongan: 113.45, 113.05


 

CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 53.95. MACD histogram yang susur ke atas mencadangkan harga komoditi ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke tahap rintangan di 54.85 sekiranya ia mampu untuk menutup niaga di atas 54.35.

 

Tahap rintangan: 54.35, 54.85

Tahap sokongan: 53.95, 53.70

 


 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1272.80 dan garisan 200-MA. Pembentukan corak silang emas dari MACD mencadangkan harga komoditi ini untuk melanjutkan kenaikannya jika ia berjaya untuk memecahkan tahap rintangan di 1280.00.

 

Tahap rintangan: 1280.00, 1291.00

Tahap sokongan: 1272.80, 1269.00