83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

2 November 2018                              Analisis Sesi Pagi

 

Dolar kehilangan momentum, sterling melonjak tinggi.

Dolar AS telah kehilangan momentum bullish selepas data memaparkan bahawa aktiviti sektor pembuatan di AS telah mengecut ke paras terendah sejak enam bulan lepas. Indeks dolar telah memangkas kerugiannya sebanyak 0.05% ke 96.05 semasa sesi dagangan Asia. Menurut kepada Institute for Supply Management (ISM), PMI bagi sektor pembuatan untuk bulan Oktober telah mengecut dari 58.8 ke 57.7, tersasar daripada jangkaan ekonomis iaitu 59.0. Data tersebut telah mencatat penurunan bagi bulan kedua berlatarkan penyusutan pada perbelanjaan sementara pengeluaran dan aktiviti pengambilan pekerjaan berkembang dengan kadar yang lebih rendah berbanding dengan bulan September. Tambahan pula, dolar menerima tekanan menurun yang lebih lanjut selepas pound sterling melonjak berlatarkan berita Brexit yang optimis. Menurut kepada laporan, Britain sedang berkemungkinan untuk mencapai perjanjian dengan EU yang membolehkan syarikat perkhidmatan kewangan di UK untuk mengakses pasaran EU selepas Brexit. Selain itu, sterling menerima sokongan yang lebih lanjut selepas Bank Pusat England memberi isyarat untuk meningkatkan kadar faedah dengan lebih kerap sekiranya UK dan EU mencapai konsensus mengenai syarat perjanjian Brexit. Semasa penulisan, pasangan GBP/USD susut sebanyak 0.11% ke 1.2999.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menjunam sebanyak 2.25% ke $63.58 setong. Harga komoditi ini telah meneruskan kerugiannya selepas India dan Korea Selatan bersetuju dengan rangka kerja AS untuk membenarkan pengimportan minyak dari Iran namun dengan kuantiti yang lebih rendah. Berita tersebut telah menurunkan prospek sekatan AS ke atas Iran yang berkemungkinan untuk mencetuskan kekurangan stok minyak global. Sementara itu, harga emas menokok sebanyak 0.02% ke $1,232.97 se troy auns berikutan dengan dolar yang lebih lemah.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran            Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran            Acara

N/A

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16:55 EUR – German Manufacturing PMI (Oct) 52.3 52.3
17:30 GBP – Construction PMI (Oct) 52.1 52.0
20:30 USD – Average Hourly Earnings (MoM) (Oct) 0.3% 0.2%
20:30 USD – Nonfarm Payrolls (Oct) 134K 193K
20:30 USD – Unemployment Rate (Oct) 3.7% 3.7%
20:30 CAD – Employment Change (Oct) 63.3K 12.7K
22:00 USD – Factory Orders (MoM) (Sep) 2.3% 0.5%
01:00 (3hb) CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count 875

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 95.95. MACD yang memaparkan pembentukan silang emas mencadangkan indeks ini untuk meneruskan kenaikannya dan menuju ke arah 96.20.

 

Tahap rintangan: 96.20, 96.60

Tahap sokongan: 95.95, 95.55

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3015. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.3015, 1.3100

Tahap sokongan: 1.2955, 1.2895

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.1415. MACD yang memaparkan pembentukan isyarat silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.1415, 1.1445

Tahap sokongan: 1.1385, 1.1330

 

USDJPY, H1: USDJPY kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang mula untuk membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 112.95, 113.30

Tahap sokongan: 112.60, 112.10

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang secara tipis sementara kini sedang menguji di tahap rintangan 0.7205. MACD yang memaparkan pembentukan silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.7205, 0.7235

Tahap sokongan: 0.7170, 0.7135

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 0.6610. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 0.6660.

 

Tahap rintangan: 0.6660, 0.6700

Tahap sokongan: 0.6610, 0.6575

 

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3080. MACD yang memaparkan pembentukan silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek selepas ia menutup di atas garisan 20-Ma (merah).

 

Tahap rintangan: 1.3115, 1.3155

Tahap sokongan: 1.3080, 1.3010

 

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan trend menaik. MACD yang memaparkan pembentukan corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya selepas ia memecahkan sasaran di 1.0025.

 

Tahap rintangan: 1.0025, 1.0055

Tahap sokongan: 0.9990, 0.9960

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan yang kukuh di 64.80. MACD yang masih memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 62.50.

 

Tahap rintangan: 64.80, 65.45

Tahap sokongan: 62.50, 60.25

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1237.25. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harga komoditi ini untuk meneruskan kerugiannya bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1237.25, 1242.10

Tahap sokongan: 1228.00, 1215.95