03 Januari 2019 Analisis Sesi Pagi
Dolar menurun akibat kekacauan pasaran stok.
Indeks dolar telah menyusut dalam nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama di tengah-tengah huru-hara dan kebimbangan di pasaran stok semasa sesi awal dagangan Asia. Menurut kepada laporan, syarikat Apple telah mengumumkan jangkaan pendapatan syarikatnya untuk menyusut pada suku pertama di tengah-tengah ketegangan perang perdagangan antara AS dan China dan juga penyusutan pertumbuhan ekonomi global. Selain itu, sektor pembuatan yang makin merosot di China juga menjejaskan pendapatan syarikat Apple dan juga mendorong kepada penurunan mata wang Australia dan New Zealand. Sentimen pasaran global dan juga jangkaan pertumbuhannya yang makin lemah telah membimbangkan para pelabur dan menyebabkan mereka untuk mencari perlindungan di pasaran aset selamat seperti emas dan Yen Jepun. Sebaliknya, penyusutan ekonomi global yang makin buruk telah menggalakkan kenaikan Yen Jepun dengan ketara sementara pasangan USD/JPY mencecah paras terendahnya dalam tempoh 9 bulan. Indeks dolar telah menurun sebanyak 0.20% ke 96.15 manakala pasangan USD/JPY telah menjunam sebanyak 1.33% ke 107.15 semasa penulisan.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menjunam sebanyak 1.15% ke $45.67 setong berikutan dengan kekacauan pasaran forex dan stok dan juga penyusutan pertumbuhan ekonomi global. Penurunan harga minyak mentah juga didorong oleh ketegangan perang perdagangan dan juga data pembuatan China yang lemah. Hal ini telah membimbangkan para pelabur bahawa permintaan terhadap minyak mentah berkemungkinan untuk terjejas dan pemotongan bekalan oleh OPEC tidak dapat mengimbangkan harga minyak mentah. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.33% ke $1288.30 se troy auns di tengah-tengah huru-hara di pasaran yang lebih berisiko, menyebabkan emas untuk mengalami permintaan yang tinggi.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 17:30 | GBP – Construction PMI (Dec) | 53.4 | 52.9 | – |
| 21:15 | USD – ADP Nonfarm Employment Change | 179K | 179K | – |
| 23:00 | USD – ISM Manufacturing PMI (Dec) | 59.3 | 57.7 | – |
| 23:00 | USD – New Home Sales (Nov) | 1K | 1K | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 96.00. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 96.25, 96.55
Tahap sokongan: 96.00, 95.70

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 1.2555. MACD yang memaparkan permulaan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2555, 1.2610
Tahap sokongan: 1.2490, 1.2425

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.1350. MACD yang menunjukkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.1395.
Tahap rintangan: 1.1395, 1.1435
Tahap sokongan: 1.1350, 1.1320

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 107.00. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 107.70, 108.40
Tahap sokongan: 107.00, 106.55

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 0.6935. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk menutupkan lilinnya di atas tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6935, 0.6970
Tahap sokongan: 0.6890, 0.6840

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.6650. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.6600.
Tahap rintangan: 0.6650, 0.6700
Tahap sokongan: 0.6600, 0.6535

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 1.3645. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3645, 1.3680
Tahap sokongan: 1.3610, 1.3565

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 0.9865. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya sekira ia berjaya untuk menutupkan lilinnya di bawah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9920, 0.9960
Tahap sokongan: 0.9865, 0.9835

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 47.00. MACD yang memaparkan permulaan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 45.20.
Tahap rintangan: 47.00, 48.50
Tahap sokongan: 45.20, 43.55

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 1288.10. MACD yang menunjukkan permulaan momentum bullish mencadangkan emas untuk melanjutkan keuntungannya sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1288.10, 1295.00
Tahap sokongan: 1283.00, 1278.00