03 Januari 2019 Analisis Sesi Petang
Dolar menjunam menjelang pengumuman data.
Indeks dolar telah melemah berbanding dengan enam pasangan mata wang utama selepas mencecah paras tinggi 96.50 di tengah-tengah risiko pertumbuhan global yang makin tinggi dan menyebabkan para pelabur untuk mencari keselamatan pelaburan di pasaran aset selamat seperti Yen Jepun dan emas. Semasa sesi awal dagangan Asia, kenaikan dolar telah dihadkan oleh amaran daripada ramalan pendapatan syarikat Apple yang bakal menurun bagi suku pertama. Hal ini adalah disebabkan oleh pandangan aktiviti perkilangan yang makin lemah di seluruh dunia yang didorong oleh data pembuatan. Untuk setakat ini, para pelabur akan menumpukan perhatian mereka kepada pengumuman data penting di AS seperti data ADP Non-farm Employment Change dan juga ISM Manufacturing bagi mendapatkan hala aliran dolar. Indeks dolar telah menurun sebanyak 0.32% ke 96.05 semasa penulisan. Dalam berita lain, pasangan AUD/USD telah menjunam sebanyak 0.70% ke 0.6935, paras terendah dalam setahun di tengah-tengah data China yang lemah dan terus mendorong pelabur untuk meninggalkan pasaran Australia dan memasuki ke pasaran aset selamat. Oleh kerana negara Australia merupakan salah satu rakan dagangan terbesar dengan China, para pelabur kini berharap bahawa penyusutan ketegangan perang perdagangan antara AS dan China akan mendorong kepada pemulihan nilai dolar Australia.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menjunam sebanyak 1.80% ke $45.50 setong di tengah-tengah kekacauan dan ketidakpastian terhadap pasaran mata wang dan ekuiti pada awal hari ini. Selain itu, peningkatan dalam pengeluaran minyak di AS pada tahun lepas dan juga jangkaan permintaan terhadap minyak untuk menurun telah menyebabkan kelebihan bekalan pada awal tahun 2019. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.40% ke $1289.45 se troy auns di tengah-tengah permintaan terhadap dolar yang lebih kurang.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 17:30 | GBP – Construction PMI (Dec) | 53.4 | 52.9 | – |
| 21:15 | USD – ADP Nonfarm Employment Change | 179K | 179K | – |
| 23:00 | USD – ISM Manufacturing PMI (Dec) | 59.3 | 57.7 | – |
| 23:00 | USD – New Home Sales (Nov) | 1K | 1K | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 96.05. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 96.30, 96.65
Tahap sokongan: 96.05, 95.65

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 1.2550. MACD yang memaparkan permulaan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2550, 1.2625
Tahap sokongan: 1.2490, 1.2425

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 1.1370. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.1370.
Tahap rintangan: 1.1370, 1.1395
Tahap sokongan: 1.1335, 1.1310

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 107.00. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 107.70, 108.40
Tahap sokongan: 107.00, 106.50

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 0.6900. MACD yang menunjukkan permulaan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 0.6950.
Tahap rintangan: 0.6950, 0.7005
Tahap sokongan: 0.6900, 0.6850

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.6630. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.6575.
Tahap rintangan: 0.6630, 0.6685
Tahap sokongan: 0.6575, 0.6525

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.3595. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.3650.
Tahap rintangan: 1.3650, 1.3680
Tahap sokongan: 1.3595, 1.3565

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 0.9860. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya sekira ia berjaya untuk menutupkan lilinnya di bawah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9920, 0.9960
Tahap sokongan: 0.9860, 0.9835

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 46.65. MACD yang memaparkan permulaan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 44.60.
Tahap rintangan: 46.65, 48.35
Tahap sokongan: 44.60, 43.70

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1288.05. MACD yang memaparkan permulaan momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan emas untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1293.50.
Tahap rintangan: 1293.50, 1300.90
Tahap sokongan: 1288.05, 1283.80