83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

3 April 2017                Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: April 3 – 7

Kajian Pasaran (Forex): Mac 27 – 31

U.S. Dollar

Dolar AS didagang secara rata berbanding mata wang utama lain Jumaat lepas selepas beberapa pegawai Fed menghantarkan kenyataan ‘dovish’ bersama dengan kekurangan data ekonomi AS. Indeks dolar AS tidak berubah banyak di sekitar 100.22 semasa waktu dagangan lewat Jumaat. Selain itu, Indeks tersebut telah menaik 0.78% bagi minggunya, melantun semula selepas penurunan 3 minggu berturut-turut. Bagi bulan Mac, indeks itu telah menurun 0.9% dan hampir 3% untuk suku pertama kerana keraguan makin berkembang terhadap keupayaan Trump kerajaan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi di AS dengan cadangan ekonomi beliau dan membenarkan Fed untuk mengetatkan dasar mereka dengan lebih agresif.

 

Sentimen pesimis mengelilingi dolar AS selepas Presiden Fed New York, William Dudley mengandaikan pada Jumaat lalu bahawa bank pusat tidak tergesa-gesa untuk mengetatkan dasar kewangan mereka dengan lebih cepat. Kenyataan itu dihantarkan selepas satu laporan menunjukkan bahawa perbelanjaan peribadi AS hanya menaik 0.1% pada bulan lepas, menunjukkan bahawa Fed akan cenderung untuk mematuhi pandangan berhati-hati dalam menaikkan kadar faedah mereka.

 

 

US Personal Spending

—– Forecast

Bacaan perbelanjaan peribadi AS dicatatkan 0.1%, terlepas 0.2% yang dijangkakan oleh ahli ekonomi.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah menurun 0.47% kepada 111.39, manakala jatuh 1.2% bagi bulannya.

 

EUR/USD

Mata wang euro semakin lebih dengan pasangan EUR/USD menurun 0.2% kepada $1.0655, paras terendahnya sejak Mac 15hb. Euro mengakhiri minggu lalu dengan 1.7% lebih rendah kerana pelabur menjangkakan terhadap langkah Bank Pusat Eropah untuk mengetatkan dasar monetari mereka.

 

GBP/USD

Pound sterling telah menaik 0.65% dan mengakhiri minggunya pada $1.2550.

 

Market Review (Commodities): March 27 – 31

GOLD

Harga emas telah menterbalikkan sedikit penurunan Jumaat selepas satu pegawai Fed mengatakan bahawa bank pusatnya tidak tergesa-gesa untuk mengetatkan dasar monetari mereka pada tahun ini. Harga emas menaik 0.19% kepada $1,247.40. Harga logam kuning ini mengakhiri sukunya dengan kenaikan berhampiran 8.5%, disokong oleh kelemahan dolar AS dan keraguan yang makin berkembang terhadap keupayaan pentadbiran Trump untuk merangsang pertumbuhan ekonomi AS yang membolehkan Fed untuk mengetatkan dasar kewangan mereka dengan lebih cepat.

 

Crude Oil

Harga minyak diselesaikan lebih tinggi bagi sesi keempatnya pada Jumaat lalu, melanjutkan kenaikannya sehingga paras tertinggi dalam tempoh masa lebih daripada 3 minggu kerana keyakinan lebih tinggi terhadap OPEC untuk melanjutkan perjanjian pemotongan pengeluaran melampaui separuh pertama tahun ini. Harga minyak mentah telah menaik 25 sen manakala berakhir pada $50.60 setong semasa waktu dagangan lewat pada Jumaat lalu manakala mengakhiri minggu tersebut dengan kenaikan $2.63 atau 5.2%. Sentimen pasaran minyak kini menjadi lebih baik pada minggu lalu kerana sokongan yang makin kuar dari beberapa ahli OPEC yang bersedia untuk melanjutkan pemotongan pengeluaran OPEC sehingga separuh kedua tahun ini. Satu jawatankuasa menteri dari OPEC dan pengeluar minyak yang bukan OPEC akan bertemu pada akhir April untuk membentangkan cadangannya kepada nasib pakatan itu manakala keputusan muktamad akan diambil menjelang 25 Mei.

 

 

U.S. Baker Hughes Oil Rig Count

Pembekal perkhidmatan medan minyak Baker Hugher melaporkan bahawa kiraan pelantar minyak as yang aktif telah meningkat sebanyak 10 sehingga 662 minggu lepas.

 

U.S. Crude Oil Stocks Change

—– Forecast

Pentadbiran Maklumat Tenaga melaporkan peningkatan dalam inventori minyak mentah sebanyak 867,000 tong minggu lalu, menghantar jumlah inventori ke rekod tertinggi sebanyak 534 juta tong.

 

Pandangan Mingguan: April 3 – 7

Minggu ini, pelabur akan melihat kepada minit mesyuarat Fed Rabu ini untuk petunjuk baru terhadap masa kenaikan kadar faedah AS menjelang laporan NFP yang dinanti-nantikan pada Jumaat. Selain itu, pelabur juga akan mengintai aktiviti sektor swasta UK pertengahan kebimbangan berterusan terhadap Brexit.

 

Bagi pedagang minyak, mereka akan memberi tumpuan kepada maklumat mingguan terkini tentang stok simpanan minyak mentah AS yang akan dikeluarkan pada hari Rabu untuk petunjuk lanjut mengenai permintaan pengguna minyak terbesar dunia. Selain itu, mereka juga akan memberikan tumpuan kepada komen daripada pengeluar minyak global untuk bukti lain mengenai pematuhan mereka untuk mengurangkan pengeluaran tahun ini.

 

Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: April 3 – 7

Monday, April 3  

Data

JPY – Tankan Large Manufacturers Index (Q1)

JPY – Tankan Large Non-Manufacturers Diffusion Index (Q1)

AUD – Retail Sales (MoM) (Feb)

EUR – German Manufacturing PMI (Mar)

GBP – Manufacturing PMI (Mar)

USD – ISM Manufacturing PMI (Mar)

 

Events

N/A

 

Tuesday, April 4  

Data

NZD – NZIER Business Confidence (Q1)

AUD – RBA Interest Rate Decision (Apr)

GBP – Construction PMI (Mar)

USD – Trade Balance (Feb)

CAD – Trade Balance (Feb)

Crude Oil – API Weekly Crude Oil Stock

 

Events

AUD – RBA Rate Statement

EUR – ECB President Draghi Speaks

 

Wednesday, April 5  

Data

GBP – Services PMI (Mar)

USD – ADP Nonfarm Employment Change (Mar)

USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Mar)

Crude Oil – Crude Oil Inventories

 

Events

USD – FOMC Meeting Minutes

 

Thursday, April 6  

Data

EUR – German Factory Orders (MoM) (Feb)

USD – Initial Jobless Claims

CAD – Building Permits (MoM) (Feb)

 

Events

EUR – ECB President Draghi Speaks

EUR – ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting

 

 

Friday, April 7

 

 

Data

GBP – Halifax House Price Index (MoM) (Mar)

GBP – Manufacturing Production (MoM) (Feb)

GBP – Trade Balance (Feb)

USD – Nonfarm Payrolls (Mar)

USD – Unemployment Rate (Mar)

CAD – Employment Change (Mar)

Crude Oil – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count

 

Events

GBP – BoE Gov Carney Speaks

 

 

 

 

Analisis Teknikal Mingguan: April 3 – 7

Dollar Index

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar AS kekal didagang dalam saluran menurun manakala kini sedang berlegar di bawah tahap rintangan 100.40. Merujuk kepada penunjuk MACD yang menunjukkan isyarat menaik dan momentumnya dicatatkan di atas tahap 0, penutupan harga indeks di atas 100.40 akan mencadangkan kenaikan lanjut.

 

Tahap rintangan: 100.40, 101.65

Tahap sokongan: 99.30, 98.30

 

GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD kekal didagang dalam corak segi tiga penyempitan manakala kini sedang berlegar pada paras tertinggi segi tiga ini. Pecahan harga GBPUSD keluar dari paras tertinggi segi tiga ini memberikan isyarat peralihan arah aliran untuk menaik selanjutnya. Jika tidak, pengunduran dari paras kini akan mencadangkan GBPUSD untuk didagang lebih rendah dalam jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.2605, 1.2770

Tahap sokongan: 1.2470, 1.2380

 

USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang lebih rendah berikutan pengunduran daripada tahap rintangan 112.00 bersama juga dengan perkembangan kedua-dua garisan MA yang menuju ke bawah selepas pembentukan corak silang kematian. Walau bagaimanapun, garisan pergerakan dalam penunjuk MACD mula untuk berlegar di luar dari momentumnya, USDJPY dicadangkan untuk mengalami jangka pengunduran pendek dan dijangkakan untuk didagang dalam julat antara 100.90 dan 112.00. Untuk arah aliran bagi jangka masa lebih panjang ia masih menuju ke bawah.

 

Tahap rintangan: 112.00, 114.50

Tahap sokongan: 109.90, 107.85

 

EURUSD

EURUSD, Daily: EURUSD kekal didagang dalam saluran menaik berikutan pengunduran sebelum ini dari paras tertinggi saluran. Merujuk kepada kedua-dua garisan pergerakan dalam penunjuk MACD yang menunjukkan isyarat menurun dan momentumnya dicatatkan di bawah tahap 0, EURUSD dijangkakan untuk menurun selanjutnya ke arah tahap sokongan 1.0565.

 

Tahap rintangan: 1.0705, 1.0820

Tahap sokongan: 1.0565, 1.0340

 

GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas telah membentuk corak ‘Double Top’ dalam carta hariannya, menunjukkan tahap rintangan kuat pada 1255.25. Merujuk kepada kedua-dua garisan MA yang melanjutkan perkembangannya sambil menuju ke atas, harga emas dijangkakan untuk menaik selanjutnya dan boleh mencecah tahap 1255.25 sekali lagi. Penutupan harga emas di atas tahap ini akan mencadangkan harga emas untuk menaik selanjutnya.

 

Tahap rintangan: 1255.25, 1291.30

Tahap sokongan: 1229.90, 1204.55

 

Crude Oil

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang lebih tinggi berikutan pemulihan daripada tahap sokongan 47.15 manakala bersama dengan penutupan harga di atas garisan MA20 (Merah). Merujuk kepada penunjuk MACD yang menunjukkan isyarat menaik dengan momentumnya dicatatkan di atas tahap 0, harga minyak dicadangkan untuk melanjutkan kenaikannya.

 

Tahap rintangan: 52.15, 55.20

Tahap sokongan: 50.25, 48.70