83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

03 April 2018                       Analisis Harian

 

Dolar ditekan susulan risiko perang perdagangan AS-China.

Indeks dolar susut berbanding dengan mata wang utama yang lain sebanyak 0.06% ke 89.62 berlatarbelakangkan data sektor pembuatan AS yang lebih suram dan peningkatan risiko persaingan perdagangan diantara AS dan China. Semalaman, indeks PMI bagi sektor pembuatan dari ISM telah memberikan bacaan yang lebih rendah dengan 59.3, tersasar daripada ramalan ekonomis sebanyak 60.1. Tambahan pula, dolar AS telah menerima tekanan yang lebih lanjut selepas China memperkenalkan tindak balas mereka ke atas tindakan pentadbiran Trump untuk mengenakan tarif ke atas import China yang berjumlah $50 bilion sehingga $60 bilion produk teknologi. China telah mula untuk mengenakan tarif sebanyak 25% ke atas 128 produk dari AS yang merangkumi paip keluli, buah-buahan, kacang dan wain sejak semalam. Pengumuman tersebut telah meningkatkan keraguan diantara para pelabur di mana ketegangan perdagangan diantara dua buah negara yang mempunyai ekonomi terbesar di dunia boleh mendorong kepada perang perdagangan. Sementara itu, pasangan USD/JPY susut sebanyak 0.24% ke 105.88 berikutan dengan risiko persaingan perdagangan diantara AS dan China yang makin meningkat.

 

Di dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melanjutkan kerugiannya sebayak 1.57% ke $63.15 setong selepas Rusia dilaporkan telah meningkatkan pembekalan minyak mereka dari 10.95 juta tong sehari ke 10.97 juta tong sehari pada bulan Februari yang lalu. Berita tersebut telah meningkatkan kebimbangan para pelabur terhadap kelebihan stok global yang masih tidak dapat diselesaikan lagi. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 1.63% ke $1,338.10 se troy auns berikutan dengan risiko persaingan dagangan diantara AS dan China yang telah tertimbul semula.

 

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                                               Acara

N/A

 

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                                                 Acara

12:30                     AUD                                                       RBA Rate Statement

21:30                     USD                                                        FOMC Member Kashkari Speaks

04:30                     USD                                                        FOMC Member Brainard Speaks

 

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Massa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
12:30 AUD – RBA Interest Rate Decision (Apr) 1.50% 1.50%
14:00 EUR – German Retail Sales (MoM) (Feb) -0.7% 0.7%
15:55 EUR – German Manufacturing PMI (Mar) 58.4 58.4
16:00 EUR – Manufacturing PMI (Mar) 56.6 56.6
16:30 GBP – Manufacturing PMI (Mar) 55.2 54.8
04:30 CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock 5.321M

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang secara mengayun di antara tahap rintangan di 1.4080 dan tahap sokongan di 1.4010. Ketiadaan isyarat yang jelas dari segi pembentukan corak lilin dan MACD memberi cadangan supaya menunggu sehingga berlakunya pemecahan bagi mengesahkan pergerakan pasangan tersebut dalam jangka masa yang terdekat.

 

Tahap rintangan: 1.4080, 1.4130

Tahap sokongan: 1.4010, 1.3910

 

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah setelah ia berundur dari garisan 200-MA. Garisan isyarat MACD yang memaparkan silang kematian memberi cadangan bias menurun kepada pasangan tersebut tetapi pemecahan ke bawah paras Fibonacci 23.6 dan garisan trend menaik diperlukan bagi mengesahkan isyarat tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2345, 1.2415

Tahap sokongan: 1.2290, 1.2220

 

 

USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah tahap sokongan di 106.00. Susunan lilin yang lebih bersifat bearish dan histogram MACD yang menunjukkan kenaikan momentum bearish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan kerugian ke tahap sokongan di 105.40.

 

Tahap rintangan: 106.00, 106.50

Tahap sokongan: 105.40, 104.60

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah tahap sokongan di 63.30. Namun, histogram MACD yang memaparkan penyusutan momentum bearish memberi cadangan kepada harga komoditi tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal secara jangka masa pendek bagi didagang dengan lebih tinggi untuk menguji paras terendah sebelumnya.

 

Tahap rintangan: 63.30, 63.80

Tahap sokongan: 62.40, 61.40

 

 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah berikutan kegagalan untuk memecah tahap rintangan di 1342.80. Garisan isyarat MACD yang menunjukkan silang kematian memberi cadangan kepada harga aset selamat tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal secara jangka masa pendek bagi didagang dengan lebih rendah ke tahap sokongan di 1338.10.

 

Tahap rintangan: 1342.80, 1350.20

Tahap sokongan: 1338.10, 1334.90