83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

03 April 2019                       Analisis Sesi Pagi

 

Dolar memangkas keuntungannya susulan dengan Durable Goods Orders yang suram.

Indeks dolar telah menyusut dalam nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama pada hari Selasa susulan dengan penyusutan data Durable Goods Orders. Menurut kepada Census Bereau AS, data tersebut telah menyusut buat kali pertama dalam tiga bulan dengan bacaan sebenar sebanyak 0.1%, tersasar dengan ramalan ekonomis sebanyak 0.3%. Data yang suram tersebut telah mengisyaratkan penyusutan dalam ekonomi AS yang berkemungkinan untuk dilanjutkan ke hujung tahun ini. Selain itu, International Monetary Fund (IMF) juga menyatakan bahawa mereka menjangkakan sebanyak 70% ekonomi global akan menghadapi penyusutan dalam pertumbuhan dan momentum. Hal ini telah menjejaskan sentimen dolar dan mengakibatkan kepada penurun dolar sebanyak 0.07% ke 96.83. Sebaliknya, pasangan GBP/USD telah menokok sebanyak 0.02% ke 1.3127 semasa penulisan di tengah-tengah penyusutan kebimbangan Brexit tanpa perjanjian. Menurut kepada laporan terkini, Perdana Menteri Theresa May telah menyatakan bahawa beliau akan berminta penangguhan Brexit yang lebih lama dari pihak EU dan mengadakan perbincangan dengan pemimpin pembangkang Jeremy Corbyn bagi mengatasi kebuntuan Brexit. Tinggal dengan hanya 10 hari sehingga tarikh akhir Brexit, Theres May juga memberi jaminan bahawa beliau akan bersetuju dengan pelan baru bersama Corbyn dan mengadakan undian sebelum 10hb April.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah berkekal bullish walaupun dengan peningkatan dalam tahap inventori minyak. Menurut kepada data daripada API, stok minyak mingguan telah meningkat ke 2.963 juta, lebih tinggi berbanding dengan terdahulunya sebanyak 1.930 juta. Namun, pelabur minyak masih yakin terhadap harga minyak di tengah-tengah pemotongan bekalan yang berterusan daripada pihak OPEC dan sekutunya serta pemadaman tenaga di Venezuela yang menekankan pembekalan minyak. Harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.32% ke $62.62 setong semasa penulisan. Sebaliknya, harga emas telah menokok sebanyak 0.05% ke $1291.60 se troy auns semasa penulisan berikutan dengan data AS yang suram.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16.30 GBP – Service PMI 51.3 51.0
20.15 USD – ADP NonFarm Employment Change 183K 184K
22.00 USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Mar) 54.4
22.30 CrudeOIL-Crude Oil Inventories 2.800M 0.425M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 97.05. MACD yang menunjukkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan indeks untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 96.70.

 

Tahap rintangan: 97.05, 97.60

Tahap sokongan: 96.70, 96.20

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.3085. MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.3180.

 

Tahap rintangan: 1.3180, 1.3300

Tahap sokongan: 1.3085, 1.3000

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 1.1215. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1215, 1.1260

Tahap sokongan: 1.1175, 1.1125

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 111.45. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan di 110.95.

 

Tahap rintangan: 111.45, 112.00

Tahap sokongan: 110.95, 110.35

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan kedua-dua garisan MA. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk menutupkan lilinnya di atas kedua-dua garisan MA tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7115, 0.7150

Tahap sokongan: 0.7070, 0.7025

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 0.6730. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 0.6775.

 

Tahap rintangan: 0.6775, 0.6820

Tahap sokongan: 0.6730, 0.6685

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.3350. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 1.2390.

 

Tahap rintangan: 1.3350, 1.3400

Tahap sokongan: 1.3290, 1.3245

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 0.9980. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk menutupkan lilinnya di bawah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.0010, 1.0040

Tahap sokongan: 0.9980, 0.9950

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 62.50. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan di 61.85.

 

Tahap rintangan: 62.50, 63.30

Tahap sokongan: 61.85, 61.15

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1285.70. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan emas untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1294.50.

 

Tahap rintangan: 1294.50, 1299.50

Tahap sokongan: 1285.70, 1279.70