83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

3 April 2019                         Analisis Sesi Tengah Hari

 

AUD melantun susulan data positif.

Dolar Australia melantun dari paras rendahnya susulan dengan pembebasan data ekonomi yang optimis dari rantau tersebut. Semasa penulisan, pasangan AUD/USD meningkat sebanyak 0.43% ke paras 0.7098. Menurut kepada Australian Bureau of Statistics, data Retail Sales bagi bulan Mac memberikan bacaan sebanyak 0.8%, lebih tinggi daripada ramalan ekonomis dengan hanya 0.3%. Data tersebut telah mengurangkan kekhuatiran para pelabur oleh kerana perbelanjaan pengguna yang kukuh bakal menyokong pertumbuhan ekonomi serantau. Tambahan pula, dolar Australia menerima sokongan menaik yang lebih lanjut selepas Caixin Services PMI dari China memberi bacaan sebanyak 54.4 berbanding dengan jangkaan hanya 52.3. Kedua-dua data dari China baru-baru ini telah memaparkan lantunan dari segi sektor pembuatan dan perkhidmatan dan ia telah mengurangkan ketakutan terhadap kemungkinan kemelesetan ekonomi global. Sebaliknya, indeks dolar berundur sebanyak 0.16% ke 96.71 sementara para pelabur masih memberi fokus ke atas data ekonomi yang suram dari semalam. Selain itu, lantunan kadar bon AS telah terhenti selepas majoriti daripada bank pusat global memberikan pandangan dovish ke atas pertumbuhan ekonomi domestik dan global.

 

Untuk pasaran komoditi, harga minyak mentah melanjutkan keuntungannya sebanyak 0.34% ke $62.63 setong. Harga minyak mencatat keuntungan bagi hari ketiga susulan dengan optimisme terhadap pemotongan pembekalan dari OPEC serta sekatan AS ke atas Iran dan Venezuela yang boleh mengurangkan kelebihan stok global. Sementara itu, harga emas menokok sebanyak 0.04% ke $1,293.10 se troy auns susulan dengan kelemahan dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16.30 GBP – Service PMI 51.3 51.0
20.15 USD – ADP NonFarm Employment Change 183K 184K
22.00 USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Mar) 54.4
22.30 CrudeOIL-Crude Oil Inventories 2.800M 0.425M

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 96.80. MACD yang memaparkan momentum bearish serta isyarat silang kematian mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah 96.40.

 

Tahap rintangan: 96.80, 97.20

Tahap sokongan: 96.40, 96.15

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3145. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di tahap tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3145, 1.3215

Tahap sokongan: 1.3065, 1.3020

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.1220. MACD yang memaparkan momentum bullish serta silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di sasaran 1.1220.

 

Tahap rintangan: 1.1220, 1.1280

Tahap sokongan: 1.1180, 1.1120

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 111.40. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish serta silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek dan menuju ke arah 111.40.

 

Tahap rintangan: 112.00, 112.35

Tahap sokongan: 111.40, 110.85

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 0.7070. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 0.7120.

 

Tahap rintangan: 0.7120, 0.7145

Tahap sokongan: 0.7070, 0.7045

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6775. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 0.6775.

 

Tahap rintangan: 0.6775, 0.6820

Tahap sokongan: 0.6740, 0.6715

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3345. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish serta silang emas mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke arah 1.3345.

 

Tahap rintangan: 1.3345, 1.3375

Tahap sokongan: 1.3290, 1.3220

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas pemecahan berlaku di tahap sokongan 0.9985. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah 0.9965.

 

Tahap rintangan: 0.9985, 1.0020

Tahap sokongan: 0.9965, 0.9930

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas pemecahan berlaku di tahap rintangan 62.60. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan harganya untuk melanjutkan kenaikan dan menuju ke arah 64.10.

 

Tahap rintangan: 64.10, 65.90

Tahap sokongan: 62.60, 61.25

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1292.30. MACD yang memaparkan momentum bullish serta silang emas mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 1292.30.

 

Tahap rintangan: 1292.30, 1300.25

Tahap sokongan: 1283.70, 1277.05