83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

3 Mei 2017                           Analisis Harian

 

Tumpuan pada Fed: bakalkah isyarat kenaikan kadar diberikan?

Dolar A.S. didagang secara berayun pada awal sesi perdagangan Asia pada hari Rabu selepas para peserta pasaran menanti kenyataan dari Bank Pusat Amerika Syarikat bagi petunjuk lanjut mengenai kenaikan kadar faedah. Bank pusat tersebut telah dijangkakan untuk mengekalkan kadar faedah mereka pada akhir sesi mesyuarat yang berlangsung untuk dua hari. Namun, para pelabur akan memberi fokus kepada ulasan yang diberikan dan melihat jika bank pusat mengetepikan prestasi ekonomi yang suram dan membuka pintu kepada kenaikan kadar faedah pada bulan Jun nanti. Indeks dolar susut sebanyak 0.05% dan disebut niaga pada 98.72. “Kebimbangan sebelumnya mengenai risiko geopolitik, terutamanya Korea Utara telah menyusut dan kini tumpuan para pelabur telah beralih kepada prestasi ekonomi dan laporan pekerjaan yang bakal dilepaskan pada hari Jumaat nanti,” kata Satoshi Okagawa, penganalisis pasaran global. Di rantau yang lain, euro telah didagang secara stabil berdekatan dengan $1.0933 manakala para pelabur akan menunggu pusingan kedua pilihan raya Perancis diantara calon Emmanuel Macron dan Marine Le Pen pada hujung minggu ini.

 

Melihat ke dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sebanyak 1.05% ke $48.16 selepas inventori minyak mentah di Amerika syarikat menurun sebanyak 4.2 juta tong bagi minggu lalu. Pada masa yang sama, harga emas telah meningkat sebanyak 0.10% ke $1,256.34 selepas minat para pelabur untuk aset berisiko tinggi telah menyusut menjelang keputusan kadar faedah pada lewat malam nanti.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

All Day                     HKD                     Hong Kong – The Birthday of the Buddha

All Day                     KRW                    South Korea – The Birthday of the Buddha

All Day                     JPY                      Japan – Constitution Day

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

02:00                       USD                     FOMC Statement

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
06:45 NZD- Employment Change (QoQ) (Q1) 0.8% 0.8% 1.2%
15:55 EUR – German Unemployment Change (Apr) -30K -12K
16:30 GBP – Construction PMI (Apr) 52.2 52.0
17:00 EUR – GDP (QoQ) (Q1) 0.4% 0.5%
20:15 USD – ADP Nonfarm Employment Change (Apr) 263K 175K
22:00 USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Apr) 55.2 55.8
22:30 Crude Oil – Crude Oil Inventories -3.641M -2.333M
02:00 USD – Fed Interest Rate Decision 1.00% 1.00%

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2860. Garisan isyarat di MACD histogram telah mula memaparkan isyarat menaik mencadangkan GBPUSD untuk didagang dengan lebih tinggi dan menguji semula di tahap rintangan 1.2965.

 

Tahap rintangan: 1.2965, 1.3085

Tahap sokongan: 1.2860, 1.2770

 

 

EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD kekal didagang di dalam segi tiga menyempit dan kini sedang menguji di paras atas segi tiga tersebut. Pemecahan keluar dari paras ini akan memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menaik selanjutnya. Namun, penyusutan dari paras atas ini akan mencadangkan EURUSD untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek di dalam segi tiga tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.0935, 1.0950

Tahap sokongan: 1.0920, 1.0895

 

 

USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY kekal didagang di dalam saluran menurun dan ia telah menutup niaganya di atas garisan 60-moving average (hijau) baru-baru ini. Pemecahan pada tahap rintangan 112.15 akan mencadangkan USDJPY untuk menguji di paras atas saluran tersebut selepas itu.

 

Tahap rintangan: 112.15, 113.40

Tahap sokongan: 110.60, 108.10

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H1:  Harga minyak mentah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 47.70. Petunjuk dari MACD yang mula berlegar di luar momentum menurun mencadangkannya untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Arah aliran jangka panjang masih mencadangkan harga minyak mentah untuk meneruskan penurunannya.

 

Tahap rintangan: 48.15, 48.50

Tahap sokongan: 47.80, 47.40

 

 

GOLD

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia melantun dari tahap sokongan 1251.45. Lantunan tersebut mencadangkan harga emas untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Arah aliran jangka panjang masih mencadangkannya untuk mengikuti trend aliran saluran menurun.

 

Tahap rintangan: 1260.85, 1267.40

Tahap sokongan: 1251.45, 1239.50