83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

03 Mei 2018                        Analisis Harian

 

Dolar AS gagal memulih susulan sentimen berjaga-jaga dari FOMC.

Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas mesyuarat FOMC namun keuntungan yang dialami adalah buat sementara waktu susulan dengan kekurangan isyarat yang hawkish dari Bank Pusat AS (Fed). Dolar AS telah memangkas keuntungannya sebanyak 0.19% dan kini berlegar di paras 92.34 semasa sesi dagangan Asia. Semalaman, Fed telah mengekalkan kadar faedah secara tidak berubah di dalam lingkungan 1.75% – 2.00% seperti yang telah dijangkakan secara meluas. Namun, mereka juga menegaskan bahawa kadar inflasi bakal mencapai sasaran 2% bagi jangka pertengahan dan isyarat tersebut telah mengukuhkan lagi prospek para pelabur terhadap kenaikan kadar faedah pada bulan Jun nanti. Secara ringkasnya, dolar gagal untuk melanjutkan kenaikannya selepas Fed menegaskan bahawa tekanan inflasi yang melebihi sasaran tidak semestinya mendorong kepada kenaikan kadar yang lebih agresif. Sebaliknya, pasangan GBP/USD menurun sebanyak 0.05% ke paras $1.3588 walaupun data pembangunan UK adalah lebih optimistik selepas prospek para pelabur terhadap kenaikan kadar faedah oleh Bank Pusat England di dalam bulan ini makin menyusut.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah melonjak sebanyak 1.01% ke $67.81 setong walaupun stok minyak mentah AS meningkat sebanyak 6.218 juta tong, jauh lebih tinggi apabila dibandingkan dengan ramalan untuk meningkat hanya 0.739 juta tong. Momentum bullish tersebut telah tercetus oleh kerana para pelabur masih memberikan optimisme mereka ke atas OPEC dan bukan ahli OPEC yang masih meneruskan pelan pembekuan minyak harian. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.54% ke $1,309.66 se troy auns berikutan dengan pengunduran dolar AS pada pagi ini.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
09:30 AUD – Building Approvals (MoM) (Mar) -6.2% 1.0% 2.6%
09:30 AUD – Trade Balance (Mar) 1.349B 0.650B 1.527B
16:30 GBP – Services PMI (Apr) 51.7 53.3
17:00 EUR – CPI (YoY) (Apr) 1.3% 1.3%
20:30 USD – Initial Jobless Claims 209K 216K
20:30 USD – Trade Balance (Mar) -57.60B -55.60B
20:30 USD – Unit Labor Costs (QoQ) (Q1) 2.5% 3.1%
22:00 USD – ISM Non-Manufacturing Employment (Apr) 56.6
22:00 USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Apr) 58.8 58.1

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari tahap sokongan di 1.3550. MACD yang memaparkan silang keemasan memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan keuntungan ke tahap rintangan di 1.3610.

 

Tahap rintangan: 1.3610, 1.3670

Tahap sokongan: 1.3550, 1.3490

 

 

EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari tahap sokongan di 1.1940. MACD yang memaparkan silang keemasan memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan keuntungan ke tahap rintangan di 1.2010.

 

Tahap rintangan: 1.2010, 1.2050

Tahap sokongan: 1.1940, 1.1870

 

 

USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah setelah ia berundur dari tahap rintangan di 109.90. MACD yang menunjukkan silang kematian memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan kerugian ke tahap sokongan di 109.40.

 

Tahap rintangan: 109.90, 110.20

Tahap sokongan: 109.40, 109.10

 


CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari tahap sokongan di 67.50. MACD yang memaparkan kenaikan momentum bullish memberi cadangan kepada harga komoditi tersebut untuk melanjutkan keuntungan ke tahap rintangan di 68.00.

 

Tahap rintangan: 68.00, 68.40

Tahap sokongan: 67.50, 67.00

 


 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia memecah tahap rintangan di 1307.40. MACD yang menunjukkan silang keemasan memberi cadangan kepada harga aset selamat tersebut unutk melanjutkan keuntungan ke tahap rintangan di 1315.70.

 

Tahap rintangan: 1315.70, 1321.30

Tahap sokongan: 1307.40, 1303.60