83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

3 Mei 2019                           Analisis Sesi Tengah Hari

 

Pasaran dolar bersinar menjelang NFP.

Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah melanjutkan keuntungan dan dijangka untuk menutupkan pasaran minggu ini dengan lebih kukuh. Momentum tersebut telah didorong oleh penyusutan jangkaan pemotongan kadar oleh Bank Pusat AS (Fed). Walaupun dengan pembebasan data ekonomi yang bercampuran, sentimen pasaran dolar kekal optimis selepas Pengerusi Fed Jerome Powell memberi komen mengenai penyusutan kadar inflasi dan mencadangkan bahawa pemotongan kadar adalah tidak sewajar. Pada masa yang sama, peningkatan dolar juga didorong oleh kenaikan hasil bon perbendaharaan AS yang berterusan. Untuk setakat ini, para pelabur sedang menunggu data Non-farm Payroll yang bakal membawa impak yang ketara ke atas momentum pasaran. Indeks dolar menokok sebanyak 0.03% ke 97.55 semasa penulisan. Sebaliknya, Aussie telah menyusut sebanyak 0.06% ke 0.6997 semasa penulisan. Mata wang tersebut telah mengalami penjualan secara mendadak akibat dengan tekanan terhadap pasaran komoditi seperi tembaga dan minyak mentah di tengah-tengah peningkatan risiko global dan pengurangan permintaan. Oleh kerana eksport utama Australia bergantung kepada komoditi tersebut, penurunan dalam harga komoditi tersebut telah memburukkan sentimen pasaran Australia. Tambahan pula, kelemahan dalam kadar inflasi terkini telah melanjutkan momentum bearish bagi Aussie.

 

Di dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melanjutkan kerugiannya akibat dengan peningkatan pembekalan minyak di AS. Pembekalan minyak AS telah mencecah paras tertinggi sebanyak 12.3 juta tong sehari bagi minggu lepas serta mencecah 3 juta tong sehari bagi kali pertama dalam tahun ini. Selain itu, laporan mengenai penghentian pemotongan bekalan oleh Rusia telah melanjutkan kerugian harga minyak. Harga minyak mentah telah menurun sebanyak 0.12% ke $61.45 setong semasa penulisan. Di samping itu, harga emas telah menyusut sebanyak 0.03% ke $1271.55 se troy auns di tengah-tengah peningkatan dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

Sehari                    Jepun     Constitution Day

Sehari                    China      Labour Day

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16:30 GBP – Services PMI (Apr) 48.9 50.4
17:00 EUR – CPI (YoY) (Apr) 1.4% 1.6%
20:30 USD – Average Hourly Earnings (MoM) (Apr) 0.1% 0.3%
20:30 USD – Nonfarm Payrolls (Apr) 196K 181K
20:30 USD – Unemployment Rate (Apr) 3.8% 3.8%
22:00 USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Apr) 56.1 57.2
01:00

(4hb)

CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count 805

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 97.60. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan di 97.00.

 

Tahap rintangan: 97.60, 98.25

Tahap sokongan: 97.00, 96.35

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari paras tingginya. MACD yang memaparkan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 1.3015.

 

Tahap rintangan: 1.3105, 1.3185

Tahap sokongan: 1.3015, 1.2945

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan pada tahap sokongan di 1.1185. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.1145.

 

Tahap rintangan: 1.1185, 1.1240

Tahap sokongan: 1.1145, 1.1100

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang secara rata berdekatan garisan MA-20 (hujau). Oleh kerana kekurangan isyarat dan momentum daripada MACD, pemecahan pada tahap rintangan 111.75 atau tahap sokongan 111.35 adalah diperlukan untuk mendapatkan pengesahan yang selanjutnya sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 111.75, 112.20

Tahap sokongan: 111.35, 110.95

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 0.6990. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan melantun ke arah tahap rintangan di 0.7050.

 

Tahap rintangan: 0.7050, 0.7090

Tahap sokongan: 0.6990, 0.6930

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari paras rendahnya. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 0.6635.

 

Tahap rintangan: 0.6635, 0.6670

Tahap sokongan: 0.6580, 0.6540

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.3435. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan di 1.3435.

 

Tahap rintangan: 1.3485, 1.3530

Tahap sokongan: 1.3435, 1.3380

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 1.0190. MACD yang menunjukkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk menutupkan lilinnya di atas tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.0190, 1.0265
Tahap sokongan: 1.0100, 0.9980

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 61.85. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan minyak untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 61.85, 63.15

Tahap sokongan: 60.15, 58.45

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1266.35. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan emas untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1277.30.

 

Tahap rintangan: 1277.30, 1285.80

Tahap sokongan: 1266.35, 1253.25