03 Jun 2019 Analisis Sesi Pagi
Pasaran ditekan oleh ketegangan global perang perdagangan.
Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah menjunam sebanyak 0.54% ke 97.55 semasa penulisan sementara pasaran kekal ditekan oleh ketegangan perdagangan di AS. Presiden AS Donald Trump baru-baru ini telah memburukkan sentimen pasaran dengan pelan untuk mengenakan tarif ke atas barangan Mexico. Menurut kepada twitter beliau, Trump telah menyatakan bahawa dia akan mengenakan tarif mulai 10hb Jun dan tarif tersebut akan berlangsung sehingga isu imigrasi haram ke dalam AS diselesaikan. Selain itu, sentimen pasaran juga dijejaskan oleh komen terkini daripada Naib Pengerusi Bank Pusat AS (Fed) Richard Clarida yang telah membincangkan tentang kemungkinan bagi pemotongan kadar sekiranya ekonomi AS menambah buruk. Ketegangan geopolitik yang menambah buruk telah menyebabkan penghindaran risiko di kalangan para pelabur sementara mereka mengalihkan portfolio mereka kepada aset selamat seperti Yen Jepun dan Swiss Franc. Pasangan USD/JPY telah melanjutkan kerugiannya dan menurun sebanyak 0.04% ke 109.15.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menjunam sebanyak 0.90% ke $52.86 setong semasa penulisan berikutan dengan ketegangan perdagangan. Ancaman tarif oleh Presiden Trump bakal mengganggu perdagangan tenaga rentas sempadan serta menjejaskan pengguna minyak Mexico di AS dan meningkatkan kos pengeluaran mereka. Di samping itu, oleh kerana Mexico adalah salah satu rakan perdagangan yang terbesar dengan AS, ketegangan perdagangan telah meningkatkan kebimbangan bahawa Mexico berkemungkinan untuk membalas dendam terhadap AS. Tambahan pula, harga emas telah melonjak sebanyak 0.27% ke $1309.07 se troy auns berikutan dengan peningkatan permintaan terhadap aset selamat di tengah-tengah ketegangan perdagangan.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 97.60. MACD yang menunjukkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan indeks untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 97.35.
Tahap rintangan: 97.60, 97.95
Tahap sokongan: 97.35, 97.00

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.2615. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.2690.
Tahap rintangan: 1.2690, 1.2785
Tahap sokongan: 1.2615, 1.2555

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 1.1180. MACD yang menunjukkan momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1180, 1.1240
Tahap sokongan: 1.1120, 1.1010

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 108.45. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 107.80.
Tahap rintangan: 108.45, 109.15
Tahap sokongan: 107.80, 107.15

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 0.6930. MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya ke arah tahap rintangan di 0.6970.
Tahap rintangan: 0.6970, 0.7030
Tahap sokongan: 0.6930, 0.6895

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 0.6540. MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6540, 0.6580
Tahap sokongan: 0.6500, 0.6470

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan garisan MA-20 (hijau). MACD yang memaparkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk menutupkan lilinnya di bawah garisan MA tersebut.
Tahap rintangan: 1.3530, 1.3575
Tahap sokongan: 1.3490, 1.3435

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 0.9980. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.0020, 1.0070
Tahap sokongan: 0.9980, 0.9945

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan pada tahap sokongan sebelumnya di 53.40. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 52.05.
Tahap rintangan: 53.40, 55.05
Tahap sokongan: 52.05, 50.55

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1302.50. MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1311.40.
Tahap rintangan: 1311.40, 1318.80
Tahap sokongan: 1295.50, 1287.85