83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

3 Julai 2019                          Analisis Sesi Tengah Hari

 

Perang perdagangan yang lebih lanjut? Aset selamat menguasai pasaran.

Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah didagang secara rata berdekatan paras 96.20 menjelang penutupan awal pasaran AS sempena Hari Kemerdekaan. Pada masa yang sama, aset selamat telah menerima permintaan yang tinggi berikutan dengan ketidakpastian di dalam pasaran selepas Presiden AS Donald Trump mengancam untuk mengenakan tarif ke atas $4 bilion barangan Kesatuan Eropah akibat sebagai bantahan terhadap subsidi bagi syarikat kapal terbang di Eropah. Selain itu, beliau juga mengumumkan duti import sebanyak 400% ke atas keluli Vietnam selepas menuduh bahawa komoditi tersebut telah dihantar daripada negara-negara di Asia Timur bagi mengelakkan cukai. Di dalam satu temu duga pada minggu lepas, Presiden AS juga menyatakan bahawa Vietnam adalah pendera perang perdagangan yang paling teruk oleh kerana kebanyakan syarikat telah memindahkan kilang mereka ke Vietnam bagi mengelakkan sekatan daripada AS. Sikap perlindungan Trump ke atas perniagaan domestik AS bakal menjejaskan ekonomi global, menganggu pasaran serta mencetuskan ketidakpastian kepada para pelabur. Tambahan pula, jangkaan yang hampir pasti mengenai pemotongan kadar oleh Fed semasa keputusan kadar pada bulan Julai telah meningkatkan penghindaran risiko pasaran dan ia menyebabkan para pelabur untuk mencari perlindungan dana mereka di dalam pasaran aset selamat seperti Yen Jepun dan emas. Pasangan USD/JPY telah menurun sebanyak 0.24% ke 107.61 semasa penulisan.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.05% ke $56.40 setong walaupun OPEC dan sekutunya telah mengesahkan penerusan pelan pemotongan bekalan mereka. Pasaran minyak mentah masih ditekan oleh kebimbangan kemelesetan ekonomi global yang bakal menjejaskan sektor pembekalan dan mendorong kepada pengurangan permintaan minyak. Di samping itu, harga emas telah berundur sebanyak 0.02% ke $1426.60 se troy auns selepas ia melonjak lebih daripada $40 susulan dengan peningkatan risiko di dalam pasaran.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                                               Pasaran                   Acara

Ditutup awal – 01:00 (4hb)               USD                        Independence Day

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                                              Pasaran                   Acara

N/A

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15:55 EUR – German Services PMI (Jun) 55.6 55.6
16:30 GBP – Services PMI (Jun) 51.0 51.0
20:15 USD – ADP Nonfarm Employment Change (Jun) 27K 140K
20:30 USD – Initial Jobless Claims 227K 220K
22:00 USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Jun) 56.9 56.1
22:00 USD – ISM Non-Manufacturing Employment (Jun) 58.1
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories -12.788M -2.964M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 96.35. MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan dolar untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 95.80.

 

Tahap rintangan: 96.35, 96.90

Tahap sokongan: 95.80, 95.35

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.2610. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan melantun ke arah tahap rintangan di 1.2610.

 

Tahap rintangan: 1.2610, 1.2675

Tahap sokongan: 1.2520, 1.2440

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 1.1280. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 1.1335.

 

Tahap rintangan: 1.1335, 1.1395

Tahap sokongan: 1.1280, 1.1235

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 107.60. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 108.15, 108.70

Tahap sokongan: 107.60, 107.05

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan 0.7000. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7000, 0.7035

Tahap sokongan: 0.6965, 0.6930

 

NZUDSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan 0.6675. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6675, 0.6720

Tahap sokongan: 0.6640, 0.6600

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang secara rata dalam saluran sisi sementara menguji berdekatan tahap sokongan 1.3080. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3160, 1.3230

Tahap sokongan: 1.3080, 1.2970

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.9855. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish dengan permulaan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.9800.

 

Tahap rintangan: 0.9855, 0.9910

Tahap sokongan: 0.9800, 0.9750

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 57.95. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 55.75.

 

Tahap rintangan: 57.95, 59.60

Tahap sokongan: 55.75, 54.50

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1421.40. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan emas untuk melanjutkan kenaikannya ke arah tahap rintangan 1437.95.

 

Tahap rintangan: 1437.95, 1475.50

Tahap sokongan: 1421.40, 1403.15