3 Ogos 2017 Analisis Harian
ADP mengecewakan, NFP bakal mengikutinya?
Dolar A.S. melantun dari paras rendah 14 bulan pada hari Khamis selepas laporan pekerjaan sektor swasta yang merosot telah menurunkan sentimen pasaran terhadap gergasi ekonomi tersebut. Menurut kepada ADP dan Moody’s Analytics, ekonomi A.S. telah menjana hanya 178,000 pekerjaan di dalam sektor swasta pada bulan Julai, tersasar daripada ramalan untuk meningkat sebanyak 185,000. Prestasi yang lebih perlahan ini telah memberi isyarat kepada kelembapan pasaran buruh yang boleh menghalang Bank Pusat A.S. dari melaksanakan pendekatan untuk mengetatkan dasar kewangan secara beransur-ansuran. Indeks dolar meningkat sebanyak 0.14% dan disebut niaga pada 92.81 pada pagi ini. Sebaliknya, pound sterling mempertahankan posisinya di $1.3217 berbanding dengan dolar A.S. sementara para pelabur menantikan keputusan dasar kewangan dari Bank Pusat England serta kenyataan mereka untuk mendapatkan isyarat mengenai pendirian dasar bagi masa hadapan.
Di bahagian komoditi, harga minyak mentah merosot sebanyak 0.34% ke $49.92 selepas EIA melaporkan pengurangan yang lebih rendah daripada jangkaan di dalam inventori minyak A.S. Selain itu, harga emas susut sebanyak 0.75% ke $1,262.20 selepas dolar A.S. melantun kembali dari paras rendah 14 bulan.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 09:30 | AUD – Trade Balance (Jun) | 2.471B | 1.800B | 0.856B |
| 16:30 | GBP – Services PMI (Jul) | 53.4 | 53.6 | – |
| 19:00 | GBP – BoE Interest Rate Decision (Aug) | 0.25% | 0.25% | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 244K | 242K | – |
| 22:00 | USD – Factory Orders (MoM) (Jun) | -0.8% | 2.9% | – |
| 22:00 | USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Jul) | 57.4 | 57.0 | – |
GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD kekal didagang di dalam saluran menaik dan kini sedang menguji berhampiran dengan paras bawahnya. Lantunan dari paras bawah akan mencadangkannya untuk kekal didagang di dalam aliran tersebut dan sasaran berikut berada di 1.3240.
Tahap rintangan: 1.3240, 1.3280
Tahap sokongan: 1.3200, 1.3170
EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah memangkas keuntungan seawalnya selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.1900. MACD yang menunjukan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan EURUSD untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Arah aliran jangka panjang masih mencadangkannya untuk melanjutkan aliran menaik.
Tahap rintangan: 1.1850, 1.1900
Tahap sokongan: 1.1775, 1.1700
USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan trend menurun. Penutupan niaganya di bawah garisan 20-MA (merah) baru-baru ini mencadangkan USDJPY untuk menurun selanjutnya ke sasaran tahap sokongan di 110.45.
Tahap rintangan: 110.80, 111.05
Tahap sokongan: 110.45, 110.20
CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah mematahkan kenaikannya sambil didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 20-MA (merah). Pergerakan harga ini mencadangkan bias menurun kepada harganya untuk menuju ke arah tahap sokongan 49.25.
Tahap rintangan: 49.85, 50.40
Tahap sokongan: 49.25, 48.45
GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah meneruskan kerugiannya selepas ia menutup niaga di bawah tahap sokongan 1265.50. Penunjuk MACD histogram yang memaparkan negative divergence mencadangkan harga emas untuk meneruskan penurunannya ke arah tahap sokongan yang kukuh di 1257.60.
Tahap rintangan: 1265.50, 1273.95
Tahap sokongan: 1257.60, 1247.45