3 September 2019 Analisis Sesi Pagi
Sterling menjunam akibat Brexit, dolar AS mengukuh.
Indeks dolar telah meneruskan kenaikannya berbanding dengan mata wang utama yang lain berikutan dengan ketegangan perdagangan diantara AS dan China yang masih menghantui pasaran FX. Menurut kepada berita terkini, China dan AS akan mengadakan mesyuarat di dalam bulan September selepas Washington enggan menangguhkan pengenalan tarif tambahan pada 1hb September. Di China, Beijing telah membuat aduan ke atas tindakan AS yang mengenakan tarif ke atas barangan import China ke AS. Walaupun kes tersebut tidak memaparkan butiran yang teliti dari China, namun, tindakan AS baru-baru ini telah melanggar konsensus yang telah dicapai semasa mesyuarat G20 di Osaka. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.16% ke 98.85. Sementara itu, pasangan GBP/USD susut sebanyak 0.02% ke 1.2065 sebelum PM Boris Johnson dan parti pembangkang bertemu di Parlimen pada hari ini. Untuk setakat ini, parti pembangkang telah membentuk koalisi diantara satu sama lain bagi menakluki agenda House of Common untuk menghalang Brexit keras. Selain itu, 21 ahli dari Parti Konservatif dijangka untuk memberikan sokongan mereka juga. Namun, Boris Johnson masih tegas atas pendiriannya dan menegaskan bahawa UK akan berpisah dari EU pada tarikh akhir 31hb Oktober tanpa sebarang lanjutan atau penangguhan.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.05% ke $54.70 setong sementara Ribut Taufan Dorian menghala ke perairan Timur AS di dalam minggu ini. Ribut taufan ini dijangka untuk menjejaskan pengeluaran minyak di AS sekiranya ia menghala ke perairan Mexico. Sementara itu, harga emas menurun sebanyak 0.18% ke $1,526.15 se troy auns berikutan dengan peningkatan sentimen risiko yang mengurangkan penampilan emas.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
12:30 AUD RBA Rate Statement
05:00 (4hb) USD FOMC Member Rosengren Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 12:30 | AUD – RBA Interest Rate Decision (Sep) | 1.00% | 1.00% | – |
| 16:30 | GBP – Construction PMI (Aug) | 45.3 | 45.9 | – |
| 22:00 | USD – ISM Manufacturing PMI (Aug) | 51.2 | 51.1 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 98.95. MACD yang memaparkan bias bullish mencadangkan indeks ini untuk meningkat dan menuju ke arah 99.40.
Tahap rintangan: 99.40, 99.70
Tahap sokongan: 98.95, 98.65

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1.2085. MACD yang memaparkan bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 1.2015.
Tahap rintangan: 1.2085, 1.2125
Tahap sokongan: 1.2015, 1.1980

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 20-MA (merah). MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk menurun dan menuju ke arah 1.0930.
Tahap rintangan: 1.0985, 1.1030
Tahap sokongan: 1.0930, 1.0865

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 106.20. MACD yang memaparkan bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan keuntungannya selepas pemecahan berlaku di 106.20.
Tahap rintangan: 106.20, 106.65
Tahap sokongan: 106.20, 105.60

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6750. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 0.6695.
Tahap rintangan: 0.6750, 0.6795
Tahap sokongan: 0.6695, 0.6635

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 0.6330. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 0.6270.
Tahap rintangan: 0.6330, 0.6395
Tahap sokongan: 0.6270, 0.6200

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3335. MACD yang memaparkan bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 1.3335.
Tahap rintangan: 1.3335, 1.3385
Tahap sokongan: 1.3275, 1.3220

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 0.9890. Namun, MACD yang memaparkan bias bearish mencadangkan harganya untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek dan menuju ke arah 0.9890.
Tahap rintangan: 0.9945, 1.0005
Tahap sokongan: 0.9890, 0.9840

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 54.65. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek dan menuju ke arah 55.90.
Tahap rintangan: 55.90, 56.80
Tahap sokongan: 54.75, 53.00

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di garisan 50-MA (biru). MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan harganya untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek dan menuju ke arah 1526.90.
Tahap rintangan: 1526.90, 1548.5
Tahap sokongan: 1507.10, 1490.00