83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

03 September 2019                           Analisis Sesi Petang

 

Dolar kekal tinggi walaupun dengan tarif baru.

Indeks dolar telah meneruskan kenaikannya berbanding dengan sebakul enam pasangan mata wang utama susulan dengan para pelabur kekal positif terhadap perkembangan perdagangan. Pada hari Ahad, A.S. telah mengenakan 15% tarif ke atas pelbagai barang Cina manakala China juga mengenakan duti baru ke atas minyak mentah A.S. Walaupun dengan perkembangan tersebut, pasaran tetap berharap untuk kesepakatan di antara dua kuasa ekonomi. Presiden A.S. Donald Trump telah menyatakan bahawa kedua-dua negara tersebut akan mengadakan perbincangan pada bulan September. Pada masa yang sama, pelabur juga terus memberi tumpuan kepada data yang akan datang untuk menentukan arah selanjutnya untuk dolar AS. Indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.36% ke 99.17 pada masa penulisan. Sementara itu, AUD/USD telah meningkat sebanyak 0.02% ke 0.6712 semasa penulisan selepas keputusan kadar faedah. Menurut kepada data, Royal Bank of Australia (RBA) telah meninggalkan kadar faedah dengan tidak berubah pada 1.00% seperti yang dijangkakan oleh pasaran Selain itu. Ia juga menawarkan tinjauan yang positif mengenai pekerjaan dan jangkaan pertumbuhan ekonomi. Prospek tersebut telah memulihkan keyakinan para pelabur dan juga memberi dorongan kepada dolar Aussie.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melantun sebanyak 0.36% ke $54.88 setong semasa penulisan susulan dengan sentimen yang bercampuran dari perang perdagangan dan OPEC. A.S dan China baru-baru ini telah mengenakan tarif baru di antara satu sama lain,para pasaran takut pertikaian tersebut yang berterusan boleh mengurangkan permintaan komoditi minyak. Bagaimanapun, terdapat juga berita positif yang memberi sokongan kepada komoditi di mana OPEC, Rusia dan ahli lain, yang dikenali sebagai OPEC + telah bersetuju pada bulan Disember untuk mengurangkan pengurangan sebanyak 1.2 juta tong sehari dari 1 Januari tahun ini. Para pelabur kini menunggu data stok untuk hala tuju selanjutnya. Akhir sekali, harga emas telah jatuh sebanyak 0.35% kepada $ 1523.88 se troy auns berikutan dengan dolar yang kukuh dan risiko global.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

05:00 (4th)             USD                      FOMC Member Rosengren Speaks 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16:30 GBP – Construction PMI (Aug) 45.3 45.9
22:00 USD – ISM Manufacturing PMI (Aug) 51.2 51.1

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 99.10. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 99.60.

 

Tahap rintangan: 99.60, 99.95

Tahap sokongan: 99.10, 98.65

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.2015. MACD yang memaparkan isyarat bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan.

 

Tahap rintangan: 1.2090, 1.2170

Tahap sokongan: 1.2015, 1.1915

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.0930. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap rintangan 1.0980.

 

Tahap rintangan: 1.0980, 1.1030

Tahap sokongan: 1.0930, 1.0860

 

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang dalam saluran sisi. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga isyarat yang lebih lanjut muncul sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 106.75, 107.75

Tahap sokongan: 105.15, 103.60

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.6695. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.6740.

 

Tahap rintangan: 0.6740, 0.6780

Tahap sokongan: 0.6695, 0.6650

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.6275. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6345, 0.6400

Tahap sokongan: 0.6275, 0.6210

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.3335. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 1.3280.

 

Tahap rintangan: 1.3335, 1.3415

Tahap sokongan: 1.3280, 1.3225

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 0.9905. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan dengan permulaan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.9950, 1.0005

Tahap sokongan: 0.9905, 0.9865

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 54.50. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 55.45.

 

Tahap rintangan: 55.45, 56.65

Tahap sokongan: 54.50, 53.60

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1519.00. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap rintangan 1548.10.

 

Tahap rintangan: 1548.10, 1588.40

Tahap sokongan: 1519.00, 1488.85