83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

3 Disember 2018                                Analisis Sesi Pagi

 

Trump dan Xi menghentikan perang perdagangan.

Dolar AS telah dibuka dengan lebih rendah berbanding dengan mata wang utama yang lain pada hari Isnin sementara para pelabur mencerna berita mengenai Presiden AS Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping dalam menghentikan perang perdagangan. Indeks dolar menurun sebanyak 0.13% ke paras 97.06 semasa awal sesi dagangan Asia. Menurut kepada laporan, Trump dan Xi telah bersetuju untuk membendung risiko perang perdagangan dari meningkat dengan memasuki perjanjian bagi menghentikan sebarang pengenalan tarif baru di dalam tempoh 90 hari. Pada masa yang sama, China juga telah bersetuju untuk membeli “sejumlah” besar produk pertanian, perindustrian dan tenaga dari AS. Pemberhentian tersebut telah diumumkan di dalam pertemuan di luar sidang kemuncak G20 yang diadakan di Argentina. Susulan dengan laporan tersebut, selera risiko telah meningkat di dalam pasaran untuk dolar Australia, New Zealand dan China Yuan. Sementara itu, ekuiti dari pasaran baru juga telah menerima permintaan yang lebih tinggi sementara aset selamat seperti Yen Jepun dan Swiss Franc telah mengalami kerugian yang ketara. Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada laporan pekerjaan AS yang dijangka untuk memberi isyarat mengenai dasar kewangan AS yang lebih lanjut.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sebanyak 3.06% ke $52.15 setong. Komoditi tersebut menerima permintaan yang lebih tinggi berikutan dengan penyusutan risiko perang perdagangan dan ia telah menurunkan jangkaan terhadap kelembapan ekonomi pada masa depan. Sementara itu, harga emas menokok sebanyak 0.04% ke $1,222.68 se troy auns berlatarbelakangkan kelemahan dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16:55 EUR – German Manufacturing PMI (Nov) 51.6 51.6
17:30 GBP – Manufacturing PMI (Nov) 51.1 51.6
23:00 USD – ISM Manufacturing PMI (Nov) 57.7 57.5
23:00 USD – ISM Manufacturing Employment (Nov) 56.8

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah dibuka dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan indeks ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 96.80.

 

Tahap rintangan: 97.00, 97.40

Tahap sokongan: 96.80, 96.60

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2725. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia menutup di atas sasaran 1.2770.

 

Tahap rintangan: 1.2770, 1.2835

Tahap sokongan: 1.2725, 1.2690

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1310. MACD yang mula untuk memaparkan isyarat silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia menutup niaga di atas garisan 20-MA (merah).

 

Tahap rintangan: 1.1360, 1.1410

Tahap sokongan: 1.1310, 1.1265

 

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 113.85. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia menutup di bawah garisan 60-MA (hijau).

 

Tahap rintangan: 113.70, 113.85

Tahap sokongan: 113.30, 112.95

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari 0.7370. Namun, MACD yang masih memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya selepas ia memecahkan tahap rintangan di 0.7370.

 

Tahap rintangan: 0.7370, 0.7415

Tahap sokongan: 0.7300, 0.7265

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi semasa sesi Asia pada hari ini. MACD yang memaparkan isyarat dan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan sasaran di 0.6940.

 

Tahap rintangan: 0.6940, 0.7000

Tahap sokongan: 0.6890, 0.6830

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan garisan trend menaik.

 

Tahap rintangan: 1.3255, 1.3285

Tahap sokongan: 1.3210, 1.3155

 

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.0000. MACD yang memaparkan isyarat dan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia menutup di bawah garisan 20-MA (merah).

 

Tahap rintangan: 1.0000, 1.0040

Tahap sokongan: 0.9955, 0.9930

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah melanjutkan kenaikannya selepas ia memecahkan garisan trend menurun. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya bagi jangka pendek dan menuju ke arah 53.90.

 

Tahap rintangan: 53.90, 55.35

Tahap sokongan: 52.00, 50.25

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari sasaran 1215.95. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya bagi jangka pendek selepas penutupan niaga di atas garisan 20-MA (merah).

 

Tahap rintangan: 1228.00, 1237.25

Tahap sokongan: 1220.00, 1215.95