03 Disember 2018 Analisis Sesi Petang
Dolar menyusut sementara para pelabur menanti PMI.
Indeks dolar yang dibandingkan dengan enam mata wang utama telah jatuh selepas mencecah tahap 97.20 berikutan dengan para pelabur menghindari daripada aset selamat. Pada masa yang sama, permintaan terhadap aset berisiko telah meningkat selepas China dan Amerika Syarikat bersetuju untuk menghentikan perang perdagangan mereka selama 90 hari. Semasa Sidang Kemuncak Argentina G20, Donald Trump menafikan apa yang diumumkannya pada minggu lalu dan berjanji dengan Perdana Menteri China bahawa beliau tidak akan menaikkan tarif pada $200 bilion barangan import China kepada 25 peratus. Selain itu, para pelabur juga mengawasi data ISM Manufacturing PMI yang akan dikeluarkan pada hari ini. Pakar ekonomi telah menjangka bacaan data tersebut akan datang pada 57.5 sementara bacaan yang lebih tinggi daripada jangkaan akan mencetuskan momentum naik kepada Dolar AS. Semasa penulisan, indeks dolar telah menurun sebanyak 0.30% ke 96.85. Sebaliknya, AUD / USD telah naik sebanyak 0.75% kepada 0.7458 semasa sesi perdagangan Asia di tengah-tengah berita Caixin PMI yang diumumkan pagi ini. Menurut Biro Perangkaan Kebangsaan (NBS), data PMI China telah mencapai bacaan sebanyak 50.2,sedikit lebih tinggi daripada jangkaan ekonomis dengan bacaan sebanyak 50.0 dan menghasilkan momentum positif terhadap dolar Australia. Dolar Australia sangat sensitif terhadap data ekonomi China kerana China adalah rakan perdagangan terbesar dengan Australia.
Dalam pasaran komoditi, minyak mentah telah melonjak sebanyak 5.89% kepada $ 53.65 selepas pengumuman dari Kanada bahawa Alberta akan memaksa pengeluar minyak untuk mengurangkan pengeluaran minyak kepada 325 ribu tong sehari. Seterusnya, harga emas meningkat sebanyak 0.28% kepada $ 1225.50 berikutan dengan kelemahan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| 16:55 | EUR – German Manufacturing PMI (Nov) | 51.6 | 51.6 | – |
| 17:30 | GBP – Manufacturing PMI (Nov) | 51.1 | 51.6 | – |
| 23:00 | USD – ISM Manufacturing PMI (Nov) | 57.7 | 57.5 | – |
| 23:00 | USD – ISM Manufacturing Employment (Nov) | 56.8 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 96.90. MACD yang memaparkan momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 96.65.
Tahap rintangan: 96.90, 97.05
Tahap sokongan: 96.65, 96.25

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.2725. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.2785.
Tahap rintangan: 1.2785, 1.2835
Tahap sokongan: 1.2725, 1.2670

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.1365. MACD yan memaparkan momentum bearish yang telah berkurangan dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan 1.1365.
Tahap rintangan: 1.1365, 1.1395
Tahap sokongan: 1.1330, 1.1270

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah dalam saluran sisi berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 113.75. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 113.75.
Tahap rintangan: 113.75, 114.00
Tahap sokongan: 113.20, 112.45

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.7360. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7380
Tahap rintangan: 0.7380, 0.7405
Tahap sokongan: 0.7360, 0.7325

NZDUSD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.3225. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3190.
Tahap rintangan: 1.3225, 1.3250
Tahap sokongan: 1.3190, 1.3140

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1.3290. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3335.
Tahap rintangan: 1.3335, 1.3380
Tahap sokongan: 1.3290, 1.3260

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah dalam saluran sisi berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.0005. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.9955.
Tahap rintangan: 1.0005, 1.0045
Tahap sokongan: 0.9955, 0.9920

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 53.20. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan komoditi tersebut untuk melanjutkan keeuntungannya ke arah tahap rintangan 55.15.
Tahap rintangan: 55.15, 57.65
Tahap sokongan: 53.20, 50.10

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1223.30. MACD yang memaparkan bias bullish mencadangkan komoditi tersebut untuk melanjutkan keuntungan ke arah tahap sokongan 1228.50
Tahap rintangan: 1228.50, 1235.65
Tahap sokongan: 1223.30, 1218.60