83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

3 December 2021                              Analisis Sesi Petang

Aussie melanjutkan kerugiannya susulan data China yang suram.

Dolar Australia yang didagang terhadap dolar dan pasangan mata wang lain telah jatuh susulan dengan pengeluaran data yang suram dari China. Menurut kepada tinjauan swasta daripada Reuters, aktiviti dalam sektor perkhidmatan China telah berkembang pada kadar yang lebih perlahan pada bulan November disebabkan oleh peningkatan inflasi dan wabak COVID-19. data Caixin Services PMI China telah memberi bacaan sebanyak 52.1, lebih lemah daripada bacaan sebelumnya sebanyak 53.8. Pada masa yang sama, data Composite PMI yang merangkumi kedua-dua perkhidmatan dan aktiviti pembuatan juga lemah daripada bacaan sebelumnya daripada 51.5 kepada 51.2. Selain itu, ketegangan AS-China yang diperbaharui juga menambah tekanan yang lebih lanjut di mana Didi Global Inc bersedia untuk dikeluarkan daripada bursa saham A.S. dan duta China memanggil A.S. untuk pemansuhan tarif ke atas barangan China. Sebaliknya, peningkatan kes Omicron di dunia turut melemahkan sentimen pasaran yang seterusnya membebankan Aussie. Pada masa penulisan, AUD/USD jatuh 0.27% kepada $0.7075.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah melantun semula 0.44% kepada $67.67 setong semasa penulisan berikutan dengan rancangan OPEC untuk bertemu sekiranya Omicron menjejaskan permintaan untuk minyak. Menurut kepada laporan, OPEC dan sekutunya menyatakan bahawa mereka akan bertemu semula dan mengkaji peningkatan bekalan menjelang mesyuarat yang dijadualkan seterusnya jika varian Omicron mencapai permintaan bahan api. Sebaliknya, harga emas melantun sebanyak 0.24% kepada $1773.19 se troy auns pada masa penulisan susulan dengan pengunduran dolar.

 

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Acara Terdahulu Ramalan Sebenar
17:30 GBP – Composite PMI (Nov) 57.7 57.6
17:30 GBP – Services PMI (Nov) 58.6 58.6
21:30 USD – Nonfarm Payrolls (Nov) 531K 550K
21:30 USD – Unemployment Rate (Nov) 4.60% 4.50%
21:30 CAD – Employment Change (Nov) 31.2K 40.0K
23:00 USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Nov) 66.7 65

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan rata selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya 96.05. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan dolar untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 96.80.

 

Tahap rintangan: 96.80, 97.55

Tahap sokongan: 95.50, 94.90

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan rata berhampiran dengan tahap rintangan 1.3315. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 1.3195.

 

Tahap rintangan: 1.3315, 1.3430

Tahap sokongan: 1.3195, 1.3055

 

EURUSD, H4: EURUSD kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.1275. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1375, 1.1455

Tahap sokongan: 1.1275, 1.1170

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji tahap rintangan 113.20. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 113.20, 114.60

Tahap sokongan: 112.00, 110.85

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 0.7105. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.7005.

 

Tahap rintangan: 0.7105, 0.7190

Tahap sokongan: 0.7005, 0.6925

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan rata berhampiran dengan tahap rintangan 0.6815. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6725.

 

Tahap rintangan: 0.6815, 0.6905

Tahap sokongan: 0.6725, 0.6630

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan rata dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 1.2765.

 

Tahap rintangan: 1.2835, 1.2955

Tahap sokongan: 1.2765, 1.2615

 

USDCHF, H4: USDCHF kekal didagang dengan rata dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.9225. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9225, 0.9300

Tahap sokongan: 0.9145, 0.9085

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 68.25. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 68.25, 72.10

Tahap sokongan: 65.25, 61.70

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari paras tingginya dan sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1781.35. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan lantunannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1781.35, 1807.85

Tahap sokongan: 1748.55, 1725.70

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Risk Statement:
Forex, Gold, Crude Oil, Commodities, CFD and all other margin trading investmnt products involve high level of risk and may not be suitable for all investors. Your previous investment success in stock, futures or any other investment achieved does not mean that all your future investment will obtain the same results. You should carefully consider your investment objectives, risk associated and seek professional advice before deciding to trade or if you have any doubts