83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

04 Januari 2019                  Analisis Sesi Petang

 

Dolar memulih kekuatannya menjelang NFP.

Indeks dolar telah melantun dari paras rendahnya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama ketika harapan terhadap perbincangan perdagangan antara negara AS dan China telah memulih kembali. Sentimen pasaran telah ditambah baik berikutan dengan laporan mengenai kementerian perdagangan China telah mengesahkan bahawa perbincangan perdagangan dengan AS bakal diadakan di Beijing minggu depan dan hasilnya berkemungkinan untuk mengurangkan ketegangan perang perdagangan. Walau bagaimanapun, pasaran kekal bimbang terhadap kelembapan pertumbuhan ekonomi global dan menumpukan perhatian kepada data Nonfarm Payroll (NFP) pada hari ini untuk menentukan hala aliran dolar dengan selanjutnya. Indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.08% ke 96.91 semasa penulisan. Dalam berita lain, pasangan AUD/USD telah meningkat sebanyak 0.25% ke 0.7020 susulan dengan data Caixin Services PMI China yang melebihi jangkaan ahli ekonomi. Menurut kepada Caixin, data perkhidmatan telah meningkat ke 53.9 berbanding dengan 52.9 dan data tersebut telah menunjukkan pertumbuhan yang mantap dalam industri perkhidmatan China.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.86% ke $47.19 setong semasa penulisan berikutan dengan reaksi pasaran terhadap pemotongan bekalan oleh OPEC. Bekalan minyak oleh OPEC telah mencatatkan pengurangan pembekalan sebanyak 460,000 tong sehari ke 32.68 juta tong sehari. Selain itu, American Petroleum Institute juga mengumumkan stok minyak mentah mereka sebanyak -4.5M berbanding dengan bacaan terdahulunya sebanyak 6.92M dan hal ini telah menambah baik sentimen pasaran minyak. Selain itu, harga emas telah menokok sebanyak 0.02% ke $1294.15 semasa penulisan akibat kebimbangan dan ketidakpastian terhadap pertumbuhan ekonomi global yang makin menyusut.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

23:15                     USD                                        Fed Chair Powell Speaks


Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16:55 EUR – German Unemployment Change -16K -12K
17:30 GBP – Services PMI (Dec) 50.4 50.7
21:30 USD – Nonfarm Payrolls (Dec) 155K 178K
21:30 USD – Unemployment Rate (Dec) 3.7% 3.7%
21:30 CAD – Employment Change (Dec) 94.1K 6.8K

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 95.75. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 96.55.

 

Tahap rintangan: 96.55, 97.15
Tahap sokongan: 95.75, 95.25

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.2620. MACD yang memaparkan permulaan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.2720.

 

Tahap rintangan: 1.2720, 1.2785

Tahap sokongan: 1.2620, 1.2550

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.1350. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.1425.

 

Tahap rintangan: 1.1425, 1.1480

Tahap sokongan: 1.1350, 1.1305

 

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 108.10. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang ketara mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 108.70.

 

Tahap rintangan: 108.70, 109.35

Tahap sokongan: 108.10, 107.55

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 0.7005. MACD yang memaparkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 0.7070.

 

Tahap rintangan: 0.7070, 0.7140

Tahap sokongan: 0.7005, 0.6950

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 0.6680. MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 0.6715.

 

Tahap rintangan: 0.6715, 0.6740
Tahap sokongan: 0.6680, 0.6640

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.3505. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan didagang ke arah tahap rintangan di 1.3505.

 

Tahap rintangan: 1.3505, 1.3570

Tahap sokongan: 1.3420, 1.3330

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 0.9920. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.9855.

 

Tahap rintangan: 0.9920, 0.9985
Tahap sokongan: 0.9855, 0.9795

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 46.60. MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 49.95.

 

Tahap rintangan: 49.95, 53.00

Tahap sokongan: 46.60, 44.65

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1290.70. MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan emas untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1300.90.

 

Tahap rintangan: 1300.90, 1319.35

Tahap sokongan: 1290.70, 1278.75