83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

4 April 2017                         Analisis Harian

 

Selera risiko menyusut, acara utama di fokus.

                Dolar A.S. didagang dengan lebih rendah apabila dibandingkan dengan mata wang utama yang lain manakala para pelabur menantikan Bank Pusat Australia melepaskan keputusan dasar mereka. Indeks dolar menyusut sebanyak 0.09% dan disebut niaga pada paras 100.28. Minat para pelabur terhadap risiko telah ditundukkan menjelang mesyuarat yang akan datang diantara Presiden A.S. Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping sementara laporan Nonfarm Payroll yang dinanti-nantikan masih di dalam fokus. Serentak dengan itu, Bank Pusat Australia dijangka untuk mengulas kembali dasar kewangan mereka pada tengah hari nanti dan para ekonomis mengulas bahawa kadar faedah akan dikekalkan pada paras rekod rendah di 1.50%. Bank Pusat itu dicadangkan untuk tidak tergesa-gesa dalam melonggarkan lagi dasar mereka oleh kerana kebimbangan dalam menjejaskan kedudukan kewangan isi rumah manakala masih kekal optimistik terhadap ekonomi global. Dolar Australia telah menurun sebanyak 0.20% ke paras $0.7591 berbanding dengan dolar A.S. pada pagi ini.

 

Melihat kepada pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sedikit manakala bacaan terkini mengenai inventori A.S. pada pagi esok dijangkakan untuk menetapkan nada pasaran. Selain itu, harga emas menokok sebanyak 0.46% ke $1,256.52 selepas ia disokong oleh insiden pengeboman di stesen metro St Petersburg, Rusia .

 

Pasaran Cuti Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

All Day                     HKD                     Hong Kong – Ching Ming Festival

All Day                     CNY                     China – Tomb Sweeping Day

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

12:30                      AUD                      RBA Rate Statement

21:30                      EUR                      ECB President Draghi Speaks

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran dan Data Terdahulu Ramalan Sebenar
06:00 NZD – NZIER Business Confidence (Q1) 28% 17%
12:30 AUD – RBA Interest Rate Decision (Apr) 1.50% 1.50%
16:30 GBP – Construction PMI (Mar) 52.5 52.4
20:30 USD – Trade Balance (Feb) -48.50B -44.80B
20:30 CAD – Trade Balance (Feb) 0.81B 0.50B
04:30 Crude Oil – API Weekly Crude Oil Stock 1.900M

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD kekal didagang di dalam saluran menaik dan kini sedang menguji berdekatan dengan paras bawah saluran. Pemecahan keluar dari paras ini akan memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menurun selanjutnya. Namun, lantunan dari paras ini akan mencadangkan GBPUSD untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek selepas itu.

 

Tahap rintangan: 1.2495, 1.2520

Tahap sokongan: 1.2465, 1.2430

 

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan yang kukuh berdekatan dengan 1.0650. Merujuk kepada petunjuk MACD di mana ia telah berlegar di luar momentum menurun, ini mencadangkan EURUSD untuk mengalami tempoh kemunduran dan didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek. Namun, arah aliran jangka panjang masih mencadangkan EURUSD untuk melanjutkan penurunannya.

 

Tahap rintangan: 1.0700, 1.0780

Tahap sokongan: 1.0650, 1.0580

 

 

AUDUSD

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan yang kukuh di 0.7590. Merujuk kepada isyarat menurun dari MACD histogram yang kini menyempit ke arah sisi, AUDUSD dijangkakan untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai tempoh pembetulan teknikal. Arah aliran jangka panjang masih mencadangkannya untuk menurun selanjutnya oleh kerana pelebaran jarak diantara kedua-dua garisan MA sambil menuju ke arah bawah.

 

Tahap rintangan: 0.7620, 0.7650

Tahap sokongan: 0.7590, 0.7545

 

 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pelebaran jarak diantara kedua-dua garisan MA sambil menuju ke bawah selepas pembentukan corak silang kematian. Oleh kerana MACD histogram masih memaparkan isyarat dan momentum menurun, pemecahan pada tahap sokongan 110.55 akan mencadangkan USDJPY untuk melanjutkan penurunannya.

 

Tahap rintangan: 110.90, 111.15

Tahap sokongan: 110.55, 110.10

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dan kini menguji berdekatan dengan garisan 20-moving average (merah). Merujuk kepada MACD histogram yang kini mula untuk memaparkan isyarat dan momentum menurun, penutupan niaga di bawah garisan tersebut akan mencadangkan harga minyak mentah untuk menurun selanjutnya dan menuju ke sasaran tahap sokongan 49.60.

 

Tahap rintangan: 50.40, 51.20

Tahap sokongan: 49.60, 48.60

 

 

GOLD

GOLD_, H1: Sebelumnya, harga emas telah memecah keluar dari paras atas saluran menurun, mencadangkan pertukaran arah aliran untuk menurun. Namun, ia telah berundur dari paras tinggi 1256.30 dan ini mencadangkannya untuk mengalami pembetulan teknikal dan didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek. Arah aliran jangka panjang masih mencadangkannya untuk melanjutkan kenaikan berikutan dengan pelebaran jarak garisan diantara kedua-dua MA sambil menuju ke arah atas.

 

Tahap rintangan: 1256.30, 1259.00

Tahap sokongan: 1252.70, 1250.20