04 April 2018 Analisis Harian
Dolar susut sementara risiko perang perdagangan berlegar.
Indeks dolar telah ditawarkan dengan lebih rendah selepas ia berundur sebanyak 0.18% ke 89.71 berbanding dengan mata wang utama yang lain semasa penulisan. Momentum bearish tersebut telah didorong oleh risiko perang perdagangan diantara Amerika Syarikat dan China yang makin meningkat sementara para peserta pasaran menunggu pembebasan laporan Non-farm Payrolls (NFP) yang bakal dilepaskan pada hari Jumaat ini. Dolar telah gagal untuk melakukan pemulihan yang ketara selepas China mengumumkan perlaksanaan tarif ke atas 128 produk AS yang bernilai $3 bilion. Selain itu, pentadbiran Trump telah menegaskan bahawa mereka akan mengenakan tarif ke atas produk teknologi canggih dari China yang berjumlah $50 bilion sebagai denda ke atas kecurian hak polisi teknologi AS oleh negara tersebut. Ketegangan yang makin meningkat diantara dua ekonomi yang terbesar di dunia telah mencetuskan kebimbangan di dalam kalangan para pelabur oleh kerana ia mampu mendorong kepada perang perdagangan berskala besar dan membawa kepada kemelesetan ekonomi global. Seirasnya, pasangan USD/JPY mencatat kerugian sebanyak 0.1% ke 106.48 susulan dengan penghindaran risiko yang tinggi dan permintaan terhadap aset selamat berlatarbelakangkan ketegangan perdagangan diantara AS dan China.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melanjutkan kerugiannya sebanyak 0.31% ke $63.31 setong selepas pembekalan minyak di Rusia meningkat ke paras tinggi 11 bulan sebanyak 10.97 juta tong sehari bagi bulan Mac untuk mengatasi masalah pembekalan yang terjejas akibat daripada cuaca. Sementara itu, harga emas telah memangkas kerugiannya sebanyak 0.32% ke $1,332.85 se troy auns susulan dengan ketegangan perdagangan diantara AS dan China.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
21:45 USD FOMC Member Bullard Speaks
23:00 USD FOMC Member Mester Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 09:30 | AUD – Retail Sales (MoM) (Feb) | 0.2% | 0.3% | 0.6% |
| 09:45 | CNY – Caixin Services PMI (Mar) | 54.2 | 54.5 | 52.3 |
| 16:30 | GBP – Construction PMI (Mar) | 51.4 | 51.2 | – |
| 17:00 | EUR – CPI (YoY) (Mar) | 1.1% | 1.4% | – |
| 17:00 | EUR – Unemployment Rate (Feb) | 8.6% | 8.5% | – |
| 20:15 | USD – ADP Nonfarm Employment Change (Mar) | 235K | 206K | – |
| 21:45 | USD – Services PMI (Mar) | 54.1 | 54.3 | – |
| 22:00 | USD – ISM Non-Manufacturing Employment (Mar) | 55.0 | – | – |
| 22:00 | USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Mar) | 59.5 | 59.2 | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 1.643M | -0.287M | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Gasoline Inventories | -3.472M | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang secara mengayun di antara tahap rintangan di 1.4080 dan tahap sokongan di 1.4010. Ketiadaan isyarat yang jelas dari segi pembentukan corak lilin dan MACD memberi cadangan supaya menunggu sehingga berlakunya pemecahan bagi mendapat gambaran yang selanjutnya mengenai pergerakan harga pasangan tersebut dalam jangka masa yang terdekat.
Tahap rintangan: 1.4080, 1.4130
Tahap sokongan: 1.4010, 1.3910
EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari tahap sokongan di 1.2250. Silang keemasan yang dipaparkan oleh garisan isyarat MACD memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal secara jangka masa pendek bagi didagang dengan lebih tinggi sebelum melanjutkan bias menurun semula.
Tahap rintangan: 1.2300, 1.2350
Tahap sokongan: 1.2250, 1.2210
USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah setelah ia berundur dari tahap rintangan di 106.65. Silang kematian yang ditunjukkan oleh garisan isyarat MACD memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal secara jangka masa pendek sekiranya lilin berjaya untuk menutup di tahap sokongan minor di 106.40.
Tahap rintangan: 106.65, 107.00
Tahap sokongan: 106.10, 105.65
CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari tahap sokongan di 63.10. Namun, histogram MACD yang menunjukkan penyusutan momentum bullish memberi cadangan kepada harga komoditi tersebut untuk melanjutkan kerugian ke paras terendah sebelumnya.
Tahap rintangan: 64.10, 64.70
Tahap sokongan: 63.10, 62.30
GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah taahp sokongan di 1334.90. Silang kematian yang dipaparkan oleh garisan isyarat MACD memberi cadangan bias menurun kepada harga komoditi tersebut namun pengesahan dari segi pembentukan corak lilin diperlukan bagi mengesahkan arah tersebut.
Tahap rintangan: 1334.90, 1337.70
Tahap sokongan: 1327.90, 1321.10