4 Mei 2017 Analisis Harian
Bank Pusat A.S. meningkatkan keyakinan untuk kenaikan kadar.
Dolar A.S. telah mengukuhkan kedudukannya semasa sesi Asia pada hari Khamis berikutan dengan keputusan kadar faedah dari Bank Pusat A.S. manakala para peserta pasaran menunggu akan pembebasan laporan pekerjaan Nonfarm Payrolls yang dinanti-nantikan pada hari esok. Indeks dolar meningkat sebanyak 0.14% ke 99.15 semasa penulisan laporan ini. Semalaman, Bank Pusat A.S. telah mengambil keputusan untuk mengekalkan kadar faedah mereka di antara 0.75-1.00%. Bank tersebut memberikan kenyataan yang seiring dengan bulan lalu dan mengulangi bahawa kadar faedah semasa akan ditingkatkan secara beransur-ansuran untuk tahun ini. Mereka berpendapat bahawa walaupun aktiviti ekonomi adalah perlahan untuk suku pertama dan perbelanjaan isi rumah meningkat dengan kadar yang sederhana, pasaran buruh mereka masih kukuh berikutan dengan peningkatan pada kadar pekerjaan yang sedia ada untuk beberapa bulan ini. Selepas kenyataan tersebut, dolar A.S. meningkat secara mendadak manakala harga emas susut ke paras rendah sesi. Merujuk kepada Fed Rate Monitor Tool, hampir 70% para pelabur menjangkakan kenaikan kadar faedah pada bulan Jun nanti, berbanding dengan hanya 60% sebelum keputusan kadar faedah dilepaskan.
Melihat kepada pasaran komoditi, harga minyak mentah telah kehilangan kekukuhannya selepas ia menurun sebanyak 0.27% ke $47.69 berikutan dengan inventori minyak mentah yang menurun hanya 930,000 tong, tersasar daripada jangkaan. Pada masa yang sama, harga emas menurun sebanyak 0.42% ke $1,241.18 selepas dolar A.S. menokok selanjutnya selepas pengumuman keputusan kadar faedah oleh Bank Pusat A.S.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
All Day JPY Greenery Day
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
00:30 EUR ECB President Draghi Speaks
04:25 CAD BoC Gov Poloz Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
09:30 | AUD – Trade Balance (Mar) | 3.574B | 3.400B | 3.107B |
16:30 | GBP – Services PMI (Apr) | 55.0 | 54.5 | – |
20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 257K | 247K | – |
20:30 | USD – Trade Balance (Mar) | -43.60B | 44.50B | – |
20:30 | CAD – Trade Balance (Mar) | -0.97B | -0.80B | – |
22:00 | USD – Factory Orders (MoM) (Mar) | 1.0% | 0.4% | – |
GBPUSD
GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2860. Lantunan tersebut mencadangkan GBPUSD untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Arah aliran jangka panjang masih mencadangkannya untuk melanjutkan momentum menurun oleh kerana kedua-dua garisan MA masih melebarkan jarak dan menuju ke bawah selepas pembentukan corak silang kematian.
Tahap rintangan: 1.2885, 1.2915
Tahap sokongan: 1.2860, 1.2835
EURUSD
EURUSD, H4: EURUSD kekal didagang di dalam saluran sisi selepas ia berundur dari paras atas saluran tersebut. Penutupan niaga di bawah tahap sokongan 1.0880 akan mencadangkan EURUSD untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek ke paras bawah saluran tersebut.
Tahap rintangan: 1.0950, 1.1000
Tahap sokongan: 1.0880, 1.0850, 1.0800
USDJPY
USDJPY, H4: USDJPY telah melanjutkan momentum menaiknya selepas ia memecahkan tahap rintangan 112.20. Ia dijangka untuk meneruskan kenaikannya selepas ia memecahkan tahap rintangan di 112.90.
Tahap rintangan: 112.90, 113.55
Tahap sokongan: 112.20, 111.40
CrudeOIL
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih nipis berdekatan dengan tahap sokongan 47.40 selepas ia melanjutkan penurunannya. Oleh kerana garisan isyarat dari MACD histogram menyempit dan menuju ke atas, harga minyak mentah berkemungkinan untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Arah aliran jangka panjang masih mencadangkannya untuk menurun selanjutnya.
Tahap rintangan: 48.80, 50.25
Tahap sokongan: 47.40, 46.15
GOLD
GOLD_, H4: Harga emas telah memecah keluar dari paras bawah saluran menurun, memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menurun selanjutnya. Oleh kerana petunjuk MACD histogram masih memaparkan isyarat dan momentum menurun, penutupan niaga di bawah tahap sokongan 1235.60 akan mencadangkan harga emas untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 1250.00, 1261.35
Tahap sokongan: 1235.60, 1222.70