04 Mei 2018 Analisis Harian
Dolar di tahap utama menjelang laporan NFP.
Indeks dolar telah ditawarkan dengan lebih rendah berbanding dengan mata wang utama yang lain selepas ia berundur sebanyak 0.16% ke 92.20 semasa penulisan. Momentum bearish tersebut adalah berlatarbelakangkan data ekonomi yang lebih pesimistik dan para pelabur yang melepaskan posisi ke atas dolar menjelang pembebasan laporan NFP pada malam nanti. Menurut kepada US Department of Labor, Initial Jobless Claims telah menyusut ke paras 211,000 bagi minggu lalu, lebih baik daripada jangkaan untuk meningkat ek paras 225,000. Namun, keuntungan pada dolar telah dipangkas selepas data Unit Labor Costs dan ISM Non-Manufacturing PMI tersasar daripada jangkaan dengan hanya 2.7% dan 59.1 berbanding 3.1% dan 60.0 masing-masing. Walaupun Bank Pusat AS telah memberikan keyakinan mereka ke atas pasaran pekerjaan di AS, para pelabur masih akan memberikan pemantauan yang rapi ke atas laporan NFP bagi mendapatkan keterangan yang lebih lanjut mengenai pertumbuhan ekonomi di rantau tersebut. Sebaliknya, pasangan GBP/USD meningkat sebanyak 0.15% ke $1.3579 selepas data Services PMI tersasar daripada jangkaan dengan hanya 52.8 berbanding 53.5.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia meningkat sebanyak 0.74% ke $68.39 setong. Aliran menaik tersebut telah dipacu selepas prospek mengenai sekatan antarabangsa yang bakal dilaksanakan oleh AS ke atas Iran makin meningkat oleh kerana Iran tidak ingin untuk berunding mengenai perjanjian nuklear yang telah dicapai sebelum ini. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.65% ke paras $1,312.70 se troy auns selepas risiko geopolitik diantara AS dan Iran makin meningkat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
00:00 (Sat) USD FOMC Member Dudley Speaks
03:00 (Sat) USD FOMC Member Williams Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 09:45 | CNY – Caixin Services PMI (Apr) | 52.3 | 52.4 | 52.9 |
| 15:55 | EUR – German Services PMI (Apr) | 54.1 | 54.1 | – |
| 16:00 | EUR – Markit Composite PMI (Apr) | 55.2 | 55.2 | – |
| 16:00 | EUR – Services PMI (Apr) | 55.0 | 55.0 | – |
| 17:00 | EUR – Retail Sales (MoM) (Mar) | 0.1% | 0.5% | – |
| 20:30 | USD – Average Hourly Earnings (MoM) (Apr) | 0.3% | 0.2% | – |
| 20:30 | USD – Nonfarm Payrolls (Apr) | 103K | 185K | – |
| 20:30 | USD – Unemployment Rate (Apr) | 4.1% | 4.0% | – |
| 22:00 | CAD – Ivey PMI (Apr) | 59.8 | 60.2 | – |
| 01:00 | CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count | 825 | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari tahap sokongan di 1.3550. MACD yang memaparkan silang keemasan memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka masa pendek untuk didagang dengan lebih tinggi ke tahap rintangan di 1.3610.
Tahap rintangan: 1.3610, 1.3670
Tahap sokongan: 1.3550, 1.3490
EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari tahap sokongan di 1.1940. MACD yang memaparkan silang keemasan memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan keuntungan sekiranya lilin berjaya menutup di atas garisan trend pada saluran menurun tersebut.
Tahap rintangan: 1.2010, 1.2050
Tahap sokongan: 1.1940, 1.1870
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah tahap sokongan di 109.20 dan pasangan tersebut kini sedang menguji balik paras terendah tersebut. MACD yang memaparkan momentum menurun yang berterusan memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan kerugian sekiranya lilin berjaya menutup di bawah paras Fibonacci 50.0 tersebut.
Tahap rintangan: 109.20, 109.40
Tahap sokongan: 108.50, 108.00
CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah setelah ia berundur dari garisan trend menurun. MACD yang memaparkan isyarat menurun memberi cadangan kepada harga komoditi tersebut untuk melanjutkan kerugian sekiranya ia berjaya memecah tahap sokongan di 68.30.
Tahap rintangan: 68.70, 69.20
Tahap sokongan: 68.30, 68.00
GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah setelah ia gagal untuk memecah tahap rintangan di 1315.70. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan memberi cadangan kepada harga aset selamat tersebut untuk melanjutkan keuntungan bagi menguji balik tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1315.70, 1321.30
Tahap sokongan: 1307.40, 1303.60