04 Jun 2019 Analisis Sesi Pagi
Dolar menjunam selepas para pelabur memasuki pasaran aset selamat, euro meningkat.
Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah menjunam kembali ke paras 97.00 di tengah-tengah data pembuatan yang negatif. Menurut kepada Institute of Supply Management, data ISM Manufacturing PMI telah menyusut ke paras terendah dalam tempoh dua tahun setengah ke 52.1, tersasar dengan ramalan ekonomi sebanyak 53.0 serta mengisyaratkan penyusutan aktiviti dalam sektor pembuatan. Dolar sebelum ini telah ditekan oleh ketegangan perdagangan diantara AS dengan China dan juga Mexico, berikutan dengan pembebasan data yang negatif telah menambah buruk sentimen dolar serta menyebabkan para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke dalam pasaran aset selamat seperti Yen dan emas. Namun, data ISM Manufacturing Employment telah memberi bacaan yang lebih tinggi daripada jangkaan, menunjukkan kemungkinan untuk bacaan bullish bagi data Nonfarm Payroll pada minggu ini. Untuk setakat ini, para pelabur akan memberi fokus kepada ucapan daripada Pengerusi Bank Pusat AS Jerome Powell untuk mendapat isyarat yang selanjutnya mengenai pasaran dolar. Dalam berita lain, euro telah berjaya untuk mengekalkan kekukuhannya berbanding dengan dolar berikutan dengan data pembuatan yang mencapai jangkaannya dari Zon Eropah dan negara Jerman serta mengurangkan kebimbangan penyusutan ekonomi yang lebih selanjutnya di rantau tersebut. Indeks dolar telah menokok sebanyak 0.03% ke 97.04 sementara pasangan EUR/USD meningkat sebanyak 0.09% ke 1.1250 semasa penulisan.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melantun sebanyak 0.59% ke $53.12 setong selepas ia menjunam lebih daripada 15% pada minggu lepas. Menurut kepada menteri tenaga Saudi Arab Khalid al-Falih, beliau telah menyatakan bahawa OPEC akan memastikan kestabilan pasaran minyak serta mengisyaratkan bahawa OPEC dan sekutunya akan meneruskan pelan pemotongan bekalan mereka semasa mesyuarat di Vienna pada hujung bulan ini. Di samping itu, harga emas telah meningkat sebanyak 0.17% ke $1326.75 se troy auns di tengah-tengah kelemahan dolar yang menyebabkan penghindaran risiko para pelabur sementara mereka mengalihkan portfolio mereka ke dalam emas yang selamat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
12:30 AUD RBA Rate Statement
21:45 USD Fed Chair Powell Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 12:30 | AUD – RBA Interest Rate Decision (Jun) | 1.50% | 1.25% | – |
| 16:30 | GBP – Construction PMI (May) | 50.5 | 50.5 | – |
| 17:00 | EUR – CPI (YoY) (May) | 1.7% | 1.3% | – |
| 22:00 | USD – Factory Orders (MoM) (Apr) | 1.9% | -0.9% | – |
| 05:30 (5hb) | CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | -5.265M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 97.00. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang ketara mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 97.40, 97.70
Tahap sokongan: 97.00, 96.45

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.2610. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.2680.
Tahap rintangan: 1.2680, 1.2745
Tahap sokongan: 1.2610, 1.2550

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 1.1245. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1245, 1.1280
Tahap sokongan: 1.1215, 1.1175

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 107.85. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 108.50, 109.15
Tahap sokongan: 107.85, 107.10

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 0.6965. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6995, 0.7035
Tahap sokongan: 0.6965, 0.6930

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 0.6600. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 0.6570.
Tahap rintangan: 0.6645, 0.6680
Tahap sokongan: 0.6570, 0.6545

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.3490. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.3415.
Tahap rintangan: 1.3490, 1.3535
Tahap sokongan: 1.3415, 1.3380

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 0.9910. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan melantun ke arah tahap rintangan di 0.9965.
Tahap rintangan: 0.9965, 1.0005
Tahap sokongan: 0.9910, 0.9855

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang secara rata dalam saluran sisi selepas ia memecahkan pada tahap sokongan sebelumnya di 53.75. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan di 53.75.
Tahap rintangan: 53.75, 54.90
Tahap sokongan: 52.05, 50.55

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1323.10. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan di 1323.10.
Tahap rintangan: 1331.95, 1345.55
Tahap sokongan: 1323.10, 1310.70