4 Julai 2018 Daily Analysis
Kenaikan dolar tergendala selepas Euro melantun.
Dolar AS susut berbanding dengan mata wang utama yang lain pada semalam susulan dengan lantunan pada Euro selepas Canselor Jerman Angela Merkel berjaya untuk mengelakkan ketidaksepaduan di dalam kerajaan gabungan beliau yang rapuh dengan mencapai kompromi dengan anggota partinya. Semalam, Merkel telah menyelesaikan masalah dasar migrasi dengan mencapai kata sepakat dengan Menteri Dalam Negeri Horts Seehofer untuk mengetatkan kawalan sempadan dan menubuhkan pusat pegangan tertutup bagi mempercepatkan pemprosesan dan menghantar balik pendatang asing yang tidak diberi kelayakan. Walaubagaimanapun, kerugian yang dialami oleh dolar adalah terhad susulan dengan pembebasan laporan ekonomi yang lebih baik daripada jangkaan. Menurut kepada Commerce Department, pesanan kilang AS bagi bulan Mei telah meningkat sebanyak 0.4%, lebih tinggi daripada ramalan untuk bertumbuh hanya 0.1%. Secara keseluruhannya, isi padu dagangan adalah tipis selepas para pelabur mengurangkan posisi dagangan mereka menjelang Hari Kemerdekaan di AS. Semasa penulisan, indeks dolar mencatat kerugian sebanyak 0.46% ke 94.35 manakala pasangan EUR/USD meningkat sebanyak 0.02% ke $1.1660.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah memangkas kerugiannya sebanyak 0.42% ke $74.69 setong selepas ia menjunam secara mendadak dari tahap psikologi $75.00 pada semalam. Momentum bearish tersebut telah tercetus selepas Arab Saudi bersetuju dengan Presiden AS Donald Trump untuk meningkatkan pembekalan minyak mereka bagi menstabilkan pasaran minyak dunia. Sementara itu, harga emas memulih sebanyak 0.07% ke $1,253.78 se troy auns susulan dengan kelemahan dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
All Day USD Independence Day
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 09:30 | AUD – Retail Sales (MoM) (May) | 0.4% | 0.3% | – |
| 09:45 | CNY – Caixin Services PMI (Jun) | 52.9 | 52.7 | – |
| 15:55 | EUR – German Services PMI (Jun) | 53.9 | 53.9 | – |
| 16:30 | GBP – Services PMI (Jun) | 54.0 | 53.9 | – |
GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan paras atas segi tiga menyempit. Pergerakan harga baru-baru ini serta kedua-dua garisan MA yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya dan menuju ke arah 1.3235.
Tahap rintangan: 1.3235, 1.3290
Tahap sokongan: 1.3185, 1.3150
EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD kekal didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah keluar dari paras atas segi tiga menyempit. Kedua-dua garisan MA yang masih melebar ke atas mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya dan menuju ke arah 1.1680.
Tahap rintangan: 1.1680, 1.1710
Tahap sokongan: 1.1640, 1.1590
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah melanjutkan kerugiannya selepas ia berundur dari tahap rintangan 111.05. MACD histogram yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 110.30.
Tahap rintangan: 110.55, 111.05
Tahap sokongan: 110.30, 110.00
CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dan memasuki semula ke dalam saluran menaik. MACD histogram yang memaparkan pembentukan silang emas mencadangkan bias bullish. Namun, pemecahan dari 74.90 adalah diperlukan untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut.
Tahap rintangan: 74.90, 76.10
Tahap sokongan: 72.80, 71.15
GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan paras atas saluran menurun. Kedua-dua garisan MA yang telah membentuk corak silang emas mencadangkan harganya untuk melanjutkan kenaikan dan menuju ke arah tahap rintangan 1260.00.
Tahap rintangan: 1260.00, 1267.00
Tahap sokongan: 1254.00, 1249.15